Follow Us @soratemplates

30 May 2011

Warna Mengurangkan Tekanan di Tempat Kerja : 1

Monday, May 30, 2011 0 Comments
Merah 



Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu, jika anda mengalaminya letak tuala berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.

ESP

Monday, May 30, 2011 0 Comments

Baru-baru ini CF ada menghadiri Seminar ESP (Sehari Bersama Pengarah Urusan). Ada yang boleh di manfaatkan dalam program ini ESP Real Business 

Program ini berlangsung pada 28.05.2011 dari 9 pagi hingga 11 malam. Maaf CF hanya sampai jam 6 petang sahaja sebab keesokan harinya nak sertai Seminar Dr Azizan Osman.

Jom kita tengok corat-coret sekitar Program ESP














Monday, May 30, 2011 0 Comments


We’re sure many of you have dreamt of becoming heroes at least once in your lifetime before. Now what if we tell you we’re offering you a chance to be a hero without the need to wear any of those flashy, skin-tight costumes? Join Alex Au Yong in his pursuit of changing the lives of the underprivileged kids in the XtraMile Run and you too, can become an instant hero today!


Alex’s mission is to run a challenging 100KMs across Klang Valley to raise funds which will help support the ambitions and dreams of the children of StArt Society. StArt Society is an academy that provides art classes to the underprivileged youths. Through the use of music, drama, speech, writing and more, StArt Society aims to help the youths unlock and express their love for the arts and we are giving our full support!



Now, how do you sign yourself up to be a hero? There are TWO (2) ways how you can get actively involved for this good cause:
Option 1
You can pledge a donation of RM 10 or more and you will get a hand-made lantern specially made by the kids at StArt. For donation of RM 40 and above, you will get a memento Xtramile Run t-shirt. You can do this directly at http://www.xtramile.info and help the unfortunate grasp their dreams little by little!

29 May 2011

Salma

Sunday, May 29, 2011 0 Comments

Mungkinkah Salma Mentor 5 akan menang malam ini ? walau apa pun Salma memang power dari segi vokalnya.. setiap dari kita ada kelebihan dan jangan jadikan kekurangan itu satu kelemahan.




Filem : Nur Kasih

Sunday, May 29, 2011 0 Comments
 Cerita ni dah lama .. cerita basi hehe .. bukan apa CF tak siar biarkan berkempam lama-lama dalam camera gambo ni ..

Datang bukannye main awal, buka pukul 11 pagi .. tapi datang pukul 10 pagi
ini tiketnya... ta daaa... 3 orang..


bagi tak nak buang masa .. CF ni tak geti dok diam membaca lah jawabnyee

Cik Raihan pun tak membuang masa kan...
Terima kasih kat Tie Fatimah aka Mah yang sudi jadi cameragirl hehe..

Ulasan :
Cerita ini penuh dengan dugaan, kesabaran, kecekalan dan yang penting dalam setiap perhubungan sifat kesetiaan. Nur Amina tetap setia bersama suaminya sehingga di nafas suaminya yang terakhir.

Selebihnya nak tau.. pi tengok sendiri nooo...

26 May 2011

Cuti Rehat

Thursday, May 26, 2011 0 Comments
Assalamualaikum, selamat pagi semoga kita luar biasa bagus

bagi CF kerja sendiri ni tak ada istilah cuti, bukan apa kerja sendiri tak sama dengan kerja cukup bulan bergaji.

Tapi ada kemanisan dan cabaran kerja sendiri ni boleh menjadikan diri kita luar biasa bagus luar biasa hebat. Tapi.. ada tapi, kita penat 2 x ganda daripada kerja cukup bulan dapat gaji..


Siapa kata macam tu? kita lah yang kata sebab kita buat apa yang kita kata, lagi pulak kalau nak gaji besar, usaha pun kena besar, kalau usaha main-main dapat gaji main-main dalam erti kata sebenar gaji ciput.

Tapi harus diingatkan tak semestinya setiap usaha yang kita buat, kita akan dapat, sebab ketentuan hidup ini Allah SWT yang tentukan, jadi jangan sedih kalau apa yang kita usahakan itu tak meraih/menjanjikan satu kejayaan buat kita.

Sebab Allah akan temukan kegagalan sebelum datangnya kesenangan, kita redha ketentuan illahi kita akan perolehi kemanisan sebab bila kita sabar, kita jadi orang yang tenang, tabah dan kuat semangat.


Wallahu a'lam.

Sungguh

Thursday, May 26, 2011 0 Comments
Hanya dengan kesungguhan dan keyakinan anda akan berjaya, hanya dengan kemantapan hati anda akan dihormati.

25 May 2011

Oi Bangunlah Oi

Wednesday, May 25, 2011 0 Comments



Sinopsis
SUDAH menjadi lumrah manusia, mudah sekali alpa dan terleka. Tanpa sebarang ingatan mahupun teguran, kehidupan akan terus hanyut dibawa arus perubahan dunia yang semakin pantas dan penuh cabaran. Natijahnya, banyak jiwa yang tenat memerlukan perhatian untuk dirawat.

Buku terbaru Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, OI BANGUNLAH OI merupakan cabaran kepada sesiapa sahaja untuk bangkit, berjaga dan bersiap sedia dalam mendepani apa jua keadaan pada hari muka. Manusia sememangnya perlu dikejutkan agar ia tersentak dan tidak terus lalai dengan mimpi-mimpi indah ciptaan mereka sendiri. Moga-moga ramai yang terpanggil, segera menoleh, membuka mata dan sekali gus memberi respons yang positif dengan hadirnya bingkisan penuh motivasi ini!

Harga: RM 10.00
ISBN: 978-983-124-623-8
Halaman: ~320
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 11 Dis 2010
Kategori: Umum

Lama

Wednesday, May 25, 2011 0 Comments
Assalamualaikum,

Semoga hari ini luar biasa bagus, 2 hari CF tak post sebarang post, mm betapa agaknya, bukan apa CF mencari ilmu dan merehatkan diri, duduk depan komputer tiap-tiap hari ni boleh mendatangkan penyakit..

Mmm penyakit apa ye ? sindri mau ingat le.. hehe

Dunia

Wednesday, May 25, 2011 0 Comments
Dunia itu hanyalah TIGA hari : Hari LALU; maka tidak ada lagi kesempatan di tanganmu dari hari tersebut, hari ESOK yang tidak mengetahuinya, entah dapat menemuinya atau pun tidak; dan hari pada SAAT kamu berada di dalamnya, oleh kerana itu pergunakanlah dengan sebaik-baiknya. (Nabi Isa)

24 May 2011

Perkahwinan

Tuesday, May 24, 2011 0 Comments
Alam perkahwinan bukan sekadar seni yang boleh dilalui dengan bakat-bakat tertentu tetapi ia juga menuntut ilmu-ilmu pengetahuan yang jitu.

23 May 2011

Ikan Siakap Limau Purut

Monday, May 23, 2011 0 Comments
Wow!! nak jadikan menu makan tengahari ke? mm pastinya lazat, terpikat, melekat lah nasi kat bibir, sebab sedap sangat jom kita tengok resepi dari Majalah RASA


Bahan-bahan:1 ekor ikan siakap
2 biji bawang besar |dihiris
4 sudu makan cili giling
12 biji cili api
7 batang serai
6 helai daun limau purut - dihiris
½ sudu makan gula
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama cili giling hingga garing.
3. Kemudian masukkan cili padi bersama serai dan juga daun limau purut. Kacau rata.
4. Biarkan masak seketika dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. setelah masak, angkat dan siramkan ke atas ikan yang siap digoreng tadi. sedia dihidang.


Selamat Mencuba..

Si Comel Menaip

Monday, May 23, 2011 0 Comments

Tengok tu, baby pun nak menaip, guna kod jari lagi, kecik-kecik lagi dah rajin belajar, alhamdulillah anak yang baik adalah hasil didikan ibu bapa yang selalu memberi perhatian dan kasih sayang yang jitu..

Doakan yang terbaik untuk anak kita.. amin..

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Bapa..

22 May 2011

Emak

Sunday, May 22, 2011 0 Comments






Terima kasih mak, terima kasih mak, 
melahirkan ku dan menjaga anak mu yang banyak kerenah ni..

Mak seorang yang cekal dan tabah..
terima kasih mak terima kasih abah

Love uols..