23 May 2011

Ikan Siakap Limau Purut

Wow!! nak jadikan menu makan tengahari ke? mm pastinya lazat, terpikat, melekat lah nasi kat bibir, sebab sedap sangat jom kita tengok resepi dari Majalah RASA


Bahan-bahan:1 ekor ikan siakap
2 biji bawang besar |dihiris
4 sudu makan cili giling
12 biji cili api
7 batang serai
6 helai daun limau purut - dihiris
½ sudu makan gula
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama cili giling hingga garing.
3. Kemudian masukkan cili padi bersama serai dan juga daun limau purut. Kacau rata.
4. Biarkan masak seketika dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. setelah masak, angkat dan siramkan ke atas ikan yang siap digoreng tadi. sedia dihidang.


Selamat Mencuba..

0 comments:

Post a Comment