Follow Us @soratemplates

29 June 2011

Tuhan Lahirkan Kita Kaya & Berjaya..... Tapi Kenapa Ada Yang Duit Tak Pernah Cukup?

Wednesday, June 29, 2011 0 Comments
Salam Semua

Komoditi yang paling penting yang anda ada adalah apa? Ada orang kata duit... Tidak! Komoditi yang paling penting yang kita ada, adalah MASA. Yang kedua penting apa? Yang boleh merubah hidup kita selama-lamanya? Ada lagi orang jawab duit..... Bukan! Yang kedua penting adalah ILMU. Tanpa ilmu samada secara formal atau tidak, kita tidak akan tahu bagaimana untuk memaksimakan hidup kita. Yang ketiga penting? KUASA. Ya, tenaga yang Tuhan telah berikan kepada kita pada minda kita, hati kita, pada mulut kita untuk bercakap dan yang paling power ialah Kuasa Bertindak yang ada pada kita.

Dengan 3 komoditi ini, anda bakal merubah hidup anda daripada "biasa-biasa" menjadi "Luar Biasa"!

Ramai orang yang memilih untuk hanya menjadi "pelakon tambahan" di dalam filem kehidupan mereka sendiri! Anda? Yalah, ramai orang yang pilih untuk hidupnya "biasa-biasa" dan perjalanan hidupnya ditentukan oleh orang lain. Ramai yang sepatutnya hidup lebih kaya & berjaya daripada apa yang mereka ada sekarang bukan sahaja untuk dirinya atau keluarganya tetapi supaya mereka dapat membantu lebih ramai yang lain yang memerlukan seperti anak yatim, sekolah tahfiz, ibu tunggal dan lain-lain tetapi ramai yang "rasa selesa" dengan apa yang mereka ada.... Selesalah sangat! 

 Satu ujian di makmal sekolah telah dilakukan satu ketika dahulu di mana ada seekor katak yang telah diletakkan di dalam bekas air yang mendidih, apa jadi? Melompatlah katak tu keluar daripada air yang menggelegak tu!

Satu lagi ujian telah dibuat di mana, seekor katak di letakkan terlebih dahulu di dalam penunu bunsen sebelum beberapa ketulan ais diletakkan di atas katak tersebut; seronoklah katak tersebut kerana sejuuuuk. Tidak lama kemudian, penunu bunsen tersebut dipanaskan sehingga ais menjadi cair dan kemudian menjadi air yang menggelegak!

Apa jadi dengan katak tersebut? Ia terus "bertahan" di dalam penunu bunsen tersebut dan tidqk mahu berganjak sehingga akhirnya mati di dalam air yang panas itu!

Moralnya ialah, ramai orang yang lebih rela mati di dalam situasi yang mereka rasa "selesa" dan tidak mahu bertindak keluar atau merubah situasi mereka kepada lebih baik lagi....

Mereka telah biasa hidup "biasa-biasa" dengan kehidupan yang "biasa-biasa" sedangkan sebenarnya mereka berpotensi untuk hidup "luar biasa"!

Macamana saya tahu? Sebab saya pernah hidup "biasa-biasa" dahulu dan saya telah bercakap kepada lebih 100,000 orang sepanjang 3 tahun ini serta melihat bagaimana surirumah yang "biasa-biasa, tiada pendapatan, tetapi hidupnya berubah menjadi surirumah yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan setelah 4 bulan sertai program Seminar Hidup Luar Biasa tahun lepas!

Dan banyak lagi kisah perubahan hidup yang saya telah saksikan berlaku kepada mereka yang mahu memperbaiki hidup mereka!

97% orang gagal bukanlah kerana mereka tidak pandai atau belajar tinggi atau berbakat besar tetapi, 97% orang gagal kerana mereka adalah GAGAL BERTINDAK serta TIDAK YAKIN dengan potensi diri mereka yang sebenar yang dianugerahkan Ilahi.....

Berapa ramai daripada anda yang merasakan yang anda sebenarnya sepatutnya hidup lebih bahagia, lebih kaya, lebih berjaya daripada sekarang dan bukan hidup penuh dengan tekanan kewangan?

Berapa ramai daripada anda yang merasakan anda sebenarnya mempunyai banyak potensi terpendam?

Berapa ramai daripada anda yang agak struggling dengan kerjaya anda, kewangan anda atau perniagaan anda?

Saya pakar perunding potensi diri dan saya tidak meminta anda mempercayai saya. Apa yang saya minta ialah anda bertindak hadir ke Seminar Hidup Luar Biasa bersama saya dan Afdlin Shauki di 4 lokasi terakhir di Berjaya Times Square Convention, Kuala Lumpur pada 2 Julai 2011 Sabtu ini pukul 9 pagi serta The Zone, Johor Bahru pada 3 Julai 2011, Grand Bluewave Hotel, Shah Alam pada 9 Julai 2011 dan terakhir di Tropicana Grand Ballroom di Melaka apda 10 Julai 2011.

Bermula ahad lepas, saya memberikan tiket tambahan 3,000 keping tiket tanpa yuran kursus RM450/orang, anda hanya perlu bayar kos pengurusan sebanyak RM30/orang di mana-mana 4 lokasi yang terakhir. Anda hanya perlu hubungi 019/013-2442244/019-2442400 atau layari www.HidupLuarBiasa.com. 

Jangan lepaskan peluang untuk anda melihat-lihat apakah sebenarnya potensi anda serta betul ke anda sebenarnya layak untuk hidup lebih luar biasa daripada sekarang? 

Afdlin Shauki juga akan berkongsi dengan anda tentang perjalanan jatuh bangun hidupnya yang tidak pernah dikongsikan di mana-mana media selama ini.

Saya tidak boleh menjamin hidup anda akan berubah tetapi yang pastinya jika tiada ilmu, mentor dan sistem, lagi susah untuk merubah hidup seseorang menjadi hidup luar biasa!

Tuhan tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasibnya sendiri!

Jumpa saya dan Afdlin nanti! Ingat 97% orang gagal adalah kerana mereka ...........? (Gagal bertindak)


Azizan Osman
Mentor kekayaan & kejayaan

P/S Tidak ada sesiapa yang boleh memaksa anda untuk melakukan sesuatu, ianya pilihan anda. Tetapi pilihan kitalah yang menentukan masa depan kita. Anda boleh pilih untuk gunakan masa, tenaga dan wang anda untuk menonton wayang atau anda boleh gunakan masa, tenaga dan wang anda untuk mengetahui bagaimana hidup anda boleh berubah menjadi luar biasa dalam masa yang singkat sebagaimana ramai yang lain yang telah merubah hidup mereka. Ilmu yabg bakal anda pelajari nanti mungkin menjadikan anda berubah hidup selama-lamanya tetapi mungkin tidak. Tetapi anda tidak akan tahu melainkan anda find out sendiri nanti. Jangan percaya cakap saya atau sesiapa sahaja sehingga anda sendiri datang dan dengar sendiri, betul ke mamat ni dah bantu ramai orang untuk ubah hidup mereka?  

Seeing is believing! 

27 June 2011

Jingga

Monday, June 27, 2011 0 Comments
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda. Cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insya Allah pasti mood anda akan berubah.

26 June 2011

Kurang

Sunday, June 26, 2011 1 Comments
Jika anda kekurangan fokus,
anda umpama bertaburan di merata tempat,
mencuba segalanya seperti tidak mencuba apa-apa.

25 June 2011

Lama & Bersawang

Saturday, June 25, 2011 0 Comments
Amboi..amboi CF .. 
kemain CF lama tak mengupdate kat sini.. 
ish ish ish tak patut.. 
bukan apa pegi betapa jap hehe 
mencari bahan-bahan untuk di sajikan
di laman blog ni hehe..

CF agak kurang gemar auto publish hehe

harleyideadys.blogspot.com

17 June 2011

Hijau

Friday, June 17, 2011 0 Comments
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat mengalakkan suasana  harmoni di dalam badan dan mampu melenyapkan keletihan.

Merah Jambu

Friday, June 17, 2011 0 Comments
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik ..... !

14 June 2011

Jom Shopping @ Bifa'S Collezion

Tuesday, June 14, 2011 0 Comments
Baru-baru CF terserempak kat blog wannurfazrini mm jalan-jalan cari blog hehe
CF sukala blog ni. Nak tau lebih 10 kali CF ke blog ni dalam tempoh 24 jam dari petang sampai malam dan-dan pada hari yang sama jugalah CF jadi ahli 

Jadi CF daftar kemudian CF order beg mm rahsia beg ni ... sebab otw nak sampai ke tangan CF. Nanti CF kongsi dengan anda semua ye..

koleksi Beg Bifa'S Collezion

Apa kelebihan blog ni? dan kenapa dalam tempoh 24 jam CF dah order? nak tau sebabnya?
Sekarang ni kan fesyen korean style hehe.. nak up to date la CF ni kot..

Koleksi Jacket Bifa'S Collezion


Tak juga CF suka lain dari yang lain, bagi yang nak budgetkan perbelanjaan anda bolehlah berbelanja kat blog http://bifascollezion.blogspot.com

jom kita tengok ..



  • CATEGORY 





Beribu Sesalan

Tuesday, June 14, 2011 0 Comments

[Shila]
Kususuri malam ini
Yang tidak berbintang
Sunyi sepi
Juga rembulan
Dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

[Ning]
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

[Jaclyn]
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

[Ning]
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi

[Shila]
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku

[Ning]
Di saat ku perlukanmu
[Jac]
Tertutup jua segalanya terhadapmu
[Ning]
Di sini ku tersedu-sedu
[Shila]
Setelah cinta pergi
[Jac]
Ku mengusung duka ini diiringi
[Ning]
Diiringi
[Shila]
Kisah janji
[Jac]
Dimungkiri
[Ning]
Dimungkiri
[Jac]
Sia-sia ku
[Ning]
Mencintaimu
[Shila]
Setia padamu
[Jac]
Percayakanmu

[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

[Jac]
Sia-sia ku
[Ning]
Mencintaimu
[Shila]
Setia padamu
[Jac]
Percayakanmu

[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku...



11 June 2011

Puluhan ribu penyokong Kelantan, Terengganu penuhi stadium

Saturday, June 11, 2011 0 Comments
KUALA LUMPUR: Puluhan ribu penyokong pasukan Kelantan dan Terengganu mula berkampung di perkarangan Stadium Nasional di Bukit Jalil sejak awal pagi ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA malam ini. 

Kebanyakan penyokong tiba dengan kenderaan sendiri, berkumpulan dan menyertai rombongan bas yang ditaja oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing.
Suasana di perkarangan Stadium Nasional riuh-rendah dengan kedua-dua penyokong pasukan melaungkan lagu-lagu pasukan masing-masing.


Rata-rata mereka tiba dengan mengenakan jersi pasukan negeri masing-masing dan ada di antara mereka yang mengenakan rambut palsu mengikut warna yang melambangkan pasukan serta tidak keberatan untuk mewarnakan wajah mereka. 

Seorang penyokong Kelantan, Salmi Daud, 35, berkata beliau sampai ke Stadium Nasional sejak awal pagi tadi selepas bertolak dari Kota Bharu bersama rakan-rakan pada 12 tengah malam semalam. 

"Saya bertolak awal kerana bimbang tidak akan mendapat tempat untuk letak kereta," katanya. 

Salmi berkata, beliau berharap pasukan Kelantan mampu mencatat kemenangan pertama dalam Piala FA kali ini. 
Sementara itu, penyokong pasukan Terengganu, Fatimah Abdullah, berkata beliau dan keluarga berada di stadium sejak 9 pagi tadi. 

Fatimah, 34, berkata beliau bersama suami dan anaknya bertolak dari Kuala Terengganu pada tengah malam tadi. 

"Saya berharap pasukan Terengganu mampu menjadi johan pada kali ini sebagai hadiah buat semua rakyat Terengganu," katanya. 

Sementara itu, kebanjiran puluhan ribu penyokong Kelantan dan Terengganu di sekitar Stadium Nasional turut memberi rezeki kepada peniaga kecil. 

Selain menjual makanan ringan, peniaga juga menjual jersi kedua-dua pasukan. - BERNAMA 

Gaun Salad

Saturday, June 11, 2011 2 Comments
GAO pakai daun salad bagi menjayakan kempen diet sayur di China.
Aktres China pakai baju daun salad lancar kempen PETA

BEIJING: Pakaian aktres China, Gao Yuanyuan kelihatan seperti boleh dimakan kerana diperbuat daripada daun salad.

Gao menggayakannya sebagai usaha kumpulan memperjuangkan hak haiwan, PETA untuk menggalakkan orang ramai makan lebih sayur berikutan peningkatan pengambilan daging di China.

Dihiasi daun hijau gelap yang tergantung, Gao juga memakai rantai daripada lada merah.

7 June 2011

Edisi Khas ~ Kelako ~

Tuesday, June 07, 2011 0 Comments
Sekarang. Siri Sitkom Baru : EDISI KHAS, bergenre ‘spoof news’ yang menampilkan Johan, Saiful Apek, Almy Nadia, Ropie Cecupak, Along Champ, Sharifah Shahira, Achong dan ramai lagi. Bakal ‘membincangkan’ isu semasa dengan penuh drama… (setiap Selasa, jam 10mlm)


Memang kelako gileerrr .. CF tengah taip pun tergelak...hohoh





Edisi Khas
Setiap Selasa
10 Malam @ TV3

6 June 2011

Langkah Tangani Migrain

Monday, June 06, 2011 0 Comments
Migrain sememangnya sudah sebati di kalangan masyarakat di negara kita. Penghidap penyakit ini sering kali merasakan fobia dan bimbang sekiranya serangan migrain akan berlaku kepada mereka. Kini, ada empat cara mudah untuk menangani masalah migrain.

1. Pertama ialah pergi ke tempat yang gelap dan selesa. Perkara yang biasa dan amat mudah dilakukan ialah cuba jauhkan diri kamu daripada suasana dan persekitaran yang terang dan bercahaya. Serangan migrain biasanya dikaitkan dengan berlebihan rangsangan yang masuk ke dalam sistem tubuh. Justeru, sebaiknya elakkan daripada mendapat rangsangan luar seperti cahaya, haba, suara dan sebagainya.

2. Letakkan tuala yang basah dan sejuk di dahi, kepala dan juga sekitar leher. Di samping itu, rehatkan mental kamu. Migrain sememangnya dikaitkan dengan mental dan minda yang berat. Jadi, elakkan daripada kamu dihimpit dengan pelbagai faktor dari luar.

3. Fokus kepada hidup kamu yang ceria. Lupakan sebaik mungkin apa juga masalah yang
membebani.

4. Langkah terakhir ialah dapatkan tidur yang berkualiti. Untuk mendapatkan tidur yang sempurna, memang susah. Justeru, cuba dapatkan rehat dan seboleh-bolehnya tidurlah. Apabila kamu tidur, minda akan benar-benar rehat dan bebas daripada rangsangan dan gangguan dari luar yang boleh meningkatkan migrain kamu.

Sambungannya dalam REMAJA 1 Jun 2011. Jangan lupa dapatkan di pasaran tau!

5 June 2011

5 kawasan di Melaka diisytihar zon bebas asap rokok

Sunday, June 05, 2011 0 Comments
MELAKA 5 Jun – Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, kawasan tersebut ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.

Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300, walaupun kompaun maksimum RM5,000, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Bandar Hilir di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Tiong Lai berkata, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut.

Beliau berkata, Melaka adalah negeri pertama yang mewartakan kawasan yang luas sebagai zon bebas asap rokok yang menunjukkan kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan adalah serius dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok yang memberi kesan buruk kepada kesihatan. – Bernama

6 jenis wanita mudah ditipu lelaki

Sunday, June 05, 2011 2 Comments

6 jenis wanita mudah ditipu lelaki

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki 

Sudah sayang, jadi apa saja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah 100 peratus. Bukan kena percaya pasangan separuh atau tidak sepenuhnya tetapi jangan mudah percaya membuta-tuli dan menerima apa saja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.
Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gajinya sebanyak RM1,000 sebulan bersih. Anda pula memang tahu status kewangan dan cara perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup saja.


Satu hari, dia belikan anda cincin emas berharga RM700. Anda tanya, mana dapat duit, dia kata lama menyimpan untuk memberi anda kejutan. Boleh terima. 

Bila anda tengok pakaiannya pula, semuanya berjenama. Dia mula berbelanja sakan dan untuk anda pun, macam-macam barang dia belikan. Anda tanya lagi, mana dapat duit? Dia jawab, ada berniaga dengan kawan. Anda terus percaya. 

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya apa yang ditanya atau diragui pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan saja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa saja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain? 

Jadi, jika anda berasa ragu, tanya pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuai. Percaya sepenuhnya atau sebarangan boleh meletakkan anda dalam bahaya. 


2. Wanita yang `terdesak’ untuk berkahwin 

Usia yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. 

Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, wanita berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat usianya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup. 

Risau usia semakin meningkat, ditambah pula dengan tekanan daripada ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika berkahwin lambat. 

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh `terlepas pandang’ mengenai sikap, kualiti dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu. 

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya, secara tidak langsung bermakna mereka mempunyai tahap kewangan yang stabil. Ini memungkinkan wanita begini menjadi mangsa `buaya profesional’, yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda wanita seperti ini, ingat...biar lambat, asal selamat! 

4 June 2011

Kayu Manis

Saturday, June 04, 2011 0 Comments
KAYU MANIS merupakan salah satu jenis rempah yang paling lama digunakan. Ia merupakan rempah ratus yang paling popular di negara-negara barat, jadi ia digunakan dalam kebanyakan masakan mereka. Di seluruh dunia, kulit kayu manis sering digunakan dalam masakan dan minuman. Aromanya cukup istimewa selain dapat menambahkan rasa sesuatu hidangan.

Pokok ini dikatakan berasal dari Sri Lanka. Namun ada juga sumber yang mengatakan bahawa ia sebenarnya adalah tanaman asli Indonesia. Menurut sumber lagi, tanaman ini bertumbuh di Sumatera Barat, iaitu di sekitar Padang.

Ada beberapa perbezaan antara kayu manis Indonesia, Sri Lanka, China dan Vietnam. Misalnya kayu manis Sri Lanka lebih nipis dan berwarna lebih pucat berbanding dengan kayu manis Indonesia. Sedangkan kayu manis dari China dan Vietnam pula mempunyai aroma yang lebih pahit.

Biasanya, rasa dan aroma kayu manis jenis serbuk adalah lebih tajam berbanding dengan kayu manis jenis batang. Akan tetapi, kayu manis jenis serbuk tidak tahan lama kerana ia mudah rosak dan aromanya akan hambar.

Kayu manis juga boleh dimanfaatkan dalam aromaterapi. Dipercayai minyak aromaterapi kayu manis dapat memberikan ketenangan, menghilangkan keletihan dan sakit kepala. Sementara kulit kayu manis yang direbus dengan air gula boleh menghasilkan minuman yang dapat menurunkan kepanasan badan dan meredakan selsema.

Menurut pakar herba Indonesia, Prof. Hembing Wijayakusuma, kayu manis amat berkhasiat untuk merawat salah urat, tekanan darah tinggi, gastrik, tidak ada nafsu makan, sakit kepala, masalah angin, cirit-birit, perut kembung, muntah, masalah sistem perkumuhan dan asma. Kulit batang, daun dan akarnya boleh dimanfaatkan sebagai ubat antireumatik, diaphoretic, carminative, meningkatkan nafsu makan dan meredakan kesakitan.

Menurut Pusat Kajian Kesihatan Masyarakat Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, kayu manis dapat mempercepatkan tindakan insulin dalam melancarkan metabolisme glukosa darah sebanyak 9 kali ganda. Ketua Pusat Kajian tersebut, Richard Anderson, PhD memberitahu bahawa peningkatan tindakan insulin amat baik terhadap penderita diabetes yang mempunyai masalah insulin. 

Aku Permata

Saturday, June 04, 2011 0 Comments
Cf baru dengar lagu baru Salma Mentor 5, sebelum ni terakhir Cf tengok live @ Mentor TV3. Sebelum ni CF ada memgepos Mungkin Salma akan jadi juara Mentor..

Mmm tekaan CF tepat.. suara Salma ni memang mantap dan Cf peminat suara-suara lantang ni like Ziana Zain, Sudirman dll..


Lagu Aku Permata  Salma Juara mentor 5


Aku Permata 

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Korus
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah
 memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Ulang Korus
Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan

Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kanku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanla doa

Agar permata ku terus bersinar..