7 July 2011

Hakim tegur anak Sosilawati tidak ingat ketika disoal balas

SHAH ALAM: Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana ditegur Hakim Datuk Akhtar Tahir kerana kerap menjawab tidak ingat dan tidak pasti kepada kebanyakan soalan peguambela ketika sesi soal balas. 

Akhtar berkata: "kejadian ini baru saja berlaku Ogos tahun lalu, kamu sepatutnya masih ingat dengan jelas apa berlaku. Jawapan kamu tidak pasti dan tidak ingat sukar untuk diterima. Bagaimanapun, ia adalah keterangan kamu, namun saya nasihatkan supaya kamu cuba ingat kembali dengan baik sebelum menjawab soalan."
Gambar : BH Online
Erni berkata, beliau sukar mengingat kerana ketika itu dia dalam keadaan kelam kabut kerana ibunya hilang, manakala mereka yang bersama ibunya juga tidak dapat dihubungi.


Bagaimanapun, katanya, beliau akan berusaha cuba mengingatkan kembali dengan baik apa yang berlaku.

0 comments:

Post a Comment