29 Aug 2011

Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi akhiri zaman bujang

   No comments     
categories: 

Erni
Erni
BATU PAHAT: Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 26, anak sulung kepada pengasas dan jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, bakal mengakhiri zaman bujangnya selepas dikatakan memohon restu untuk berkahwin kepada keluarga terdekatnya, di sini, baru-baru ini. 

Berita mengenai Erni atau lebih dikenali dengan panggilan Rita yang bakal mendirikan rumah tangga itu mulai hangat diperkatakan masyarakat setempat berikutan bakal suaminya itu adalah pegawai kanan sebuah kementerian serta aktif dalam kancah politik negara, selain turut berasal dari daerah ini.
Menurut sumber, pemegang Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham, United Kingdom itu menyatakan hasrat berkenaan kepada keluarga terdekatnya sewaktu pulang ke kampung, baru-baru ini.
"Beliau (Rita) sudah meminta restu daripada sanak keluarga terdekatnya mengenai perkara berkenaan (perkahwinan) dan menyatakan mungkin ini adalah jodoh terbaiknya serta waktu yang sesuai untuk beliau memulakan hidup berkeluarga. 

"Namun, Rita tidak menyatakan pula secara terperinci mengenai perancangan perkahwinannya termasuk tarikhnya...tetapi yang pasti ini adalah berita yang amat menggembirakan keluarga berkenaan selepas apa yang mereka tempoh sejak setahun lalu," katanya. 

Perkhabaran terbaru ini sekali gus menutup segala spekulasi berhubung jejaka yang sering dikaitkan dengan Rita sebelum ini, walaupun dia menyangkal perkara itu. 

Sementara itu, Rita dan lima adik beradiknya akan pulang menyambut Aidilfitri di kampung arwah ibu mereka di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, dekat sini dan meneruskan tradisi dilakukan jutawan kosmetik berkenaan yang akan menganjurkan rumah terbuka kepada penduduk setempat. 
Ibu saudaranya, Rosnani Lawiya, 47, berkata rumah terbuka yang akan diadakan di rumah nenek Rita, Yatmah Abdul Rahman, 81, akan dianjurkan secara lebih sederhana termasuk mengadakan tahlil. 




27 Aug 2011

Nuffnang Celebrates BlogDay!

   No comments     
categories: 



26 Aug 2011

Tabah ~ Luhur ~ Takwa

   No comments     
categories: 



"Ambillah secebis ketabahan Saiyidina Abu Bakar, secangkir keluhuran Sayidina Umar, selaut ilmu Sayidina Ali, sekudus takwa Imam Ghazali"






Tips Musim Raya : 1

   No comments     
categories: 
Selamat pulang ke kampung halaman, jangan lupa laporkan kepulangan anda di balai polis berdekatan.




Dapatkan borang Maklum Polis - Rumah Selamat
klik disini
http://www.cops.org.my/images/borang_balik_kampung_muat_turun.pdf



Gambar : Google




Tips DAO

   1 comment     
categories: 
Setuju dengan DrAzizan Osman & Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman Jauhi kami drpd prasangka, hasad, dengki, khianat, loba, tamak, riya' dan takabur! Jadikanlah kami saling berkasih syg dan sokong menyokong utk kejayaan dunia & akhirat!



25 Aug 2011

Cik Nadieya yang sangat kreatif

   No comments     
categories: ,

Apa pun CF nak ucapkan terima kasih kat
kerana rajin dan kreatif nak cantikkan 
gambo CF ni
terima kasih sekali lagi Nadieya




24 Aug 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin




23 Aug 2011

Channel X!

   No comments     
categories: 



Falling In Love

   No comments     
categories: 



22 Aug 2011

My Raya with Maybank

   No comments     
categories: 



Facebook SAH

   No comments     
categories: 



21 Aug 2011

BloG Kerja

   No comments     
categories: 
Wah..wah blog kerja CF dah makin cantik, baru lah bersemangat nak post sebarang aktiviti terkini berkaitan keje.. hehe sukanya..

CF minat giler dengan dunia blogging ni.. tak lah sampai gila hehe.. tapi keseronokan mencipta perkara baru, janji tak tambah dosa dah le hehe..

Jom kita tengok blog sebelum dan selepas


SEBELUM..



SELEPAS..

                                     http://cf-ipm.blogspot.com

mmm .. amacam mengancam tak ? jangan terancam dah le.. ok nak rehat dulu.. 




Dakwaan Tentang Penggunaan Berus Bulu Babi Dalam Produk SimplySiti.

   1 comment     
categories: 
Berikut kenyataan dari Bahagian Hab Halal Jakim.



butiran penuh klik






20 Aug 2011

Friendship Report Card

   No comments     
categories: 



Trudy & Teddy

   No comments     
categories: 



Peraduan Video "Kisah Kejayaan Saya"

   1 comment     
categories: 



19 Aug 2011

Perempuan

   No comments     
categories: 
✿Perempuan yang tak cantik, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai manis..

✿Perempuan yang tak kaya, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai seorang yang redha..

✿Perempuan yang keturunan tak berdarjat, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai seorang yang rendah diri..

✿Perempuan yang tak pandai, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai seorang ibu mithali..Jom Menutup Aurat...(^_^)



kredit : FB The Faceblog



Betapa

   No comments     
categories: 
Hari ni CF masih betapa lagi, Haa kat Gua mana tu?? CF berehat, so CF tak ada pandai-pandai uolss jaga diri k, pesan kat pelajar ku..

CF dah kebah demam setelah bertarung selama seminggu, cuma suara je masih belum ada lagi, CF dah buat rawatan, dalam tekak ada radang tapi tak ada tonsil, untuk pengetahuan CF tak makan ubat kimia ye..


Tak boleh terima badan ni, CF amalkan produk berasaskan herba & homeopathy dah lebih 10 tahun CF mengamalkan kaedah ni ternyata ia berkesan.

Pada bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan ni kita akan terus di uji, berfikiran positif sangat penting, dan senyum somko.. banyakkan berdoa.. mungkin sakit ini menghapuskan dosa-dosa kecil kita..



16 Aug 2011

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

   No comments     
categories: ,
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Gambar : Google




14 Aug 2011

Chong Wei mara ke final

KUALA LUMPUR: Perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei, mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley di London.

Beliau yang juga pilihan utama kejohanan, mengenepikan pilihan keenam, Chen Jin, dari China 21-13, 21-9.
Chong Wei mempamerkan permainan cemerlang pada set pertama termasuk melakukan beberapa pukulan kilas dan lintang yang mematikan gerakan Chen Jin.

Pada set kedua, Chen Jin cuba bangkit dengan mendahului 0-4 pada awal permainan, namun Chong Wei berjaya menyamakan kedudukan 7-7 dan terus menguasai permainan sehingga mata penamat.

Ini adalah kali pertama Chong Wei berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu sepanjang bergelar pemain badminton profesional.

Beliau juga adalah perseorangan negara pertama yang melakukannya selepas Wong Choong Han pada 2003.

Dalam perlawanan akhir esok, pemain nombor satu dunia itu akan bertemu pemenang perlawanan di antara pemain China Lin Dan (pilihan kedua) dengan Peter Hoeg Gade (pilihan ketiga) dari Denmark yang akan berlangsung selepas 11.30 malam ini waktu Malaysia. - BERNAMA



Perkhidmatan Tren Elektrik sedia 65,800 tiket ke utara, selatan

IPOH: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menyediakan 65,000 tiket kepada orang ramai bagi perjalanan ke utara dan selatan bermula 25 Ogos sehingga 6 September ini bagi sambutan Aidilfitri.

Presiden KTMB Berhad, Dr Aminuddin Adnan, berkata tiket berkenaan adalah perjalanan dari Ipoh-Kuala Lumpur, Ipoh-Seremban, Kuala Lumpur-Ipoh dan Seremban-Ipoh dengan menawarkan perjalanan sehala pada harga RM45, RM35 dan RM25.

"Sehingga semalam, sebanyak 13,617 tiket sudah dijual dan masih terdapat baki 52,183 tiket yang boleh dibeli di kaunter KTM di Ipoh, Seremban dan Kuala Lumpur," katanya pada sidang akhbar selepas meraikan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Baitul Aini Perak di sini malam tadi.

Beliau berkata, harga tiket RM25 akan dijual bermula pada 26 Ogos ini, manakala tiket RM45 dan RM35 boleh didapati sekarang di mana-mana kaunter ETS Seremban, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 1-300-88-5862. - BERNAMA



Blog Pilihan AllOne Cookies

   No comments     
categories: 
Mulai minggu lepas 07.08.2011 CF telah menyiarkan laman Blog Pilihan CF.. jalan-jalan cari blog lah katakan... Minggu ni CF ada 1 lagi laman blog pilihn CF.. jom kita tengok

Apa tarikan blog ni asalnya CF hanya terpandang di FB koleksi coklat CF peminat coklat hehe.. design pada pembalut coklat ni menarik tau..

Ok CF asyik bercerita je, lupa pulak nak bagitau apa nama blog ni .. ok ni laman blog


KOD: Pembalut 04 (200g/bar)

Harga pun berpatutan & CF menyokong http://allone-cookies.blogspot.com/ sebab ada perakuan.. 

PEMBALUT DAN COKLAT LEMBAGA KOKO MALAYSIA
"Halalan Toyyiba"




13 Aug 2011

Kekal produktif pada Ramadan

   No comments     
categories: 

Oleh Sharifah Hayaati
bhagama@bharian.com.my
2011/08/13

Tak wajar jadikan puasa alasan lambat siap tugasan 

ALHAMDULILLAH, bersyukur kita kerana telah dipinjamkan 13 hari yang penuh keberkatan pada Ramadan, bulan yang dilimpahi kurniaan rahmah, magfirah serta dijanjikan ganjaran Allah yang berlipat kali ganda.

Gambar : Google
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Telah datang kepada kamu sekalian bulan penuh keberkatan, Allah mewajibkan puasa di dalamnya, pintu syurga dibuka luas, pintu neraka ditutup rapat dan syaitan dibelenggu. Allah memiliki dalam Ramadan suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa yang tidak mendapatkan kebaikan sesungguhnya ia sangat rugi.” (Hadis riwayat An-Nasa'i).







Tiada nama bulan yang disebutkan dalam al-Quran kecuali Ramadan. Dengan segala kemuliaan diberi kepada umat Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya, ‘bulan ini adalah bulan umatku’, marilah kita menilai pencapaian 13 hari yang telah dilalui untuk beramal merebut baki Ramadan. 

Pencapaian beramal pada bulan ini sewajarnya dinilai bukan saja kepada ibadat khusus seperti solat tarawih, tadarus, zikir, doa dan sedekah, juga kepada tanggungjawab bekerja mencari rezeki kerana ia suatu ibadat bahkan jihad. 

Rasulullah SAW pernah menasihati sahabat yang berjalan bersamanya apabila menegur seorang pengusaha kebun tamar dengan mengatakan bukankah lebih baik jika pengusaha kebun yang muda dan kuat itu menggunakan kekuatannya untuk pergi berjihad. 


Lalu Rasulullah SAW menegur dengan katanya, jika apa yang diusahakan itu dapat mengelakkan dirinya daripada meminta-minta kepada yang lain, maka itu adalah jihad baginya. Bahkan jika usaha itu menyebabkan ia dapat memberi nafkah kepada keluarganya, itu juga jihad baginya dan jika pula dengan usaha itu ia dapat membantu masyarakat seperti mengeluarkan zakat dan bersedekah, maka itu juga adalah jihad baginya. 
Hakikatnya bekerja juga jihad daripada sifat malas serta suka meminta. Tambahan, yang sering kita lupakan ialah dengan rezeki daripada bekerja itulah membolehkan kita bersedekah dan membayar zakat fitrah serta memberi ketenangan dalam beribadat menghidupkan Ramadan. 

Sebaliknya, apa yang sering diperkatakan ialah suasana bekerja pada Ramadan kurang efektif berbanding bulan lain. Sering juga kedengaran kata-kata sinis atau gurauan bila lambat menyiapkan tugasan, alasannya ‘puasalah’. 

Namun, mengambil kira kebajikan dan ihsan terhadap pekerja terutama dalam bulan ini adalah amalan mulia yang sangat dituntut. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang meringankan beban kerja pekerjanya pada Ramadan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan daripada api neraka.” (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah). 

Asalkan ia tidak mengganggu proses operasi, kualiti perkhidmatan, pengurangan produktiviti dan sasaran perancangan, dengan sebab itulah, ada majikan dan organisasi berusaha menyiapkan tugasan atau tindakan penting sebelum kedatangan Ramadan dan Syawal bagi mengelak kelewatan. 

Ini supaya tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan dan produktiviti. Lebih membimbangkan jika ada persepsi negatif terhadap pekerja Muslim yang dilihat kurang bersungguh-sungguh atau produktif dalam Ramadan berbanding yang lain. 

Hal ini boleh mencalarkan imej umat Islam sekali gus pensyariatan berpuasa. Oleh itu, pencapaian beramal melalui ‘ibadat kerja’ seharian perlu untuk dinilai dan dipertingkatkan kualitinya khasnya pada Ramadan. 

Bagi membugarkan semangat dan keseronokan bekerja di bulan ini ambillah iktibar kemenangan umat Islam dalam Perang Badar walaupun ia peperangan besar yang pertama dalam Islam, ia berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah. 

Kejayaan ini digerakkan oleh kekuatan dalaman walaupun jumlah tentera Islam jauh lebih sedikit. Semangat, kesabaran dan kesungguhan ditunjukkan antaranya Saad bin Muaz, Umair bin Abu Waqqas, Miqdad bin Al-Aswad, Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar bin al-Khattab membuktikan kekuatan dalaman meliputi jiwa, hati dan akal adalah komponen penting mencorakkan kejayaan bangsa. 

Oleh itu, selain ujian dan latihan, Ramadan adalah pendorong dan penguat sumber kekuatan dalaman kita. Bimbanglah pada peringatan Baginda Rasulullah SAW mengenai ramai yang berpuasa, tetapi malangnya tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga. 

Oleh itu, marilah kita berazam mempertingkatkan ibadat khusus serta kualiti kerja di bulan keberkatan ini supaya kita benar-benar dapat meraikan hari kemenangan nanti. 

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Siasah Syar’iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 






Penghargaan Buat Peserta Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK)

   1 comment     
categories: 
Penghargaan buat peserta 
Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan (IMKK) 
Julai 2011 - Dr Azizan Osman

Dapatkan Harian Metro Ahad Esok 
14.08.2011



11 Aug 2011

FB buat hal

   1 comment     
categories: 
malam ni tak tau kenapa FB ni buat hal mmm... asal like jer .. kembali ke asal macam tak like je.. nak post pun tak boleh





10 Aug 2011

Mata Hati

   No comments     
categories: 



Pelajar Malaysia cedera diserang

Pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, 20 (gambar atas), patah gigi dan cedera rahang selepas dipukul dan disamun sekumpulan perusuh di London, semalam.
Gambar dirakam di Hospital Royal London. Turutan gambar di kanan dipetik dari YouTube menunjukkan:
1.Asyraf terduduk selepas dipukul perusuh.
2. Ketika Asyraf masih dalam keadaan kesakitan selepas diserang, seorang perusuh pura-pura cuba membantu Asyraf, manakala rakanya menyelongkar beg mangsa.
3. Lelaki itu merampas dompet dan telefon bimbit Asyraf yang disimpan dalam begnya.

Pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, 20 (gambar atas), patah gigi dan cedera rahang selepas dipukul dan disamun sekumpulan perusuh di London, semalam. Gambar dirakam di Hospital Royal London. Turutan gambar di kanan dipetik dari 
YouTube menunjukkan: 
1.Asyraf terduduk selepas dipukul perusuh. 
2. Ketika Asyraf masih dalam keadaan kesakitan selepas diserang, seorang perusuh pura-pura cuba membantu Asyraf, manakala rakanya menyelongkar beg mangsa. 
3. Lelaki itu merampas dompet dan telefon bimbit Asyraf yang disimpan dalam begnya.


Asyraf Haziq dalam perjalanan berbuka puasa disamun sekumpulan perusuh

LONDON: Seorang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di sini petang kelmarin.

Ketika kejadian, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan sedang menunggang basikal dengan rakannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka. Beliau yang patah gigi dan bengkak pipinya dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.

Kejadian berkenaan dirakam oleh orang awam dan video klip rakaman itu muncul dalam YouTube yang kemudian disiarkan oleh siaran berita Sky TV.


Rakaman itu menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya. Seorang pemuda kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian menunggang basikalnya. 

Pengarah Mara di United Kingdom (UK), Dr Noorzaini Mohd Noor, berkata ibu bapa Asyraf sudah dimaklumkan kejadian itu dan pihaknya serta Jabatan Pelajar Malaysia di London sedang berusaha memindahkan pelajar yang tinggal di tempat dikenal pasti sebagai berbahaya diancam perusuh.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Zakaria Sulong, berkata setakat ini tidak ada pelajar atau rakyat Malaysia lain terbabit dalam rusuhan dan sudah menasihatkan mereka menjauhi tempat yang dianggap berbahaya bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Disebabkan rusuhan cepat merebak, kita akan mengeluarkan arahan dan nasihat dari semasa ke semasa,” katanya. 
Seorang pegawai perhubungan polis di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Nik Aziz Nik Razak juga sudah meninjau keadaan.

Rusuhan bermula di London tiga hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar. Rusuhan turut berlaku di Bayswater yang menempatkan Malaysia Hall, tetapi hanya kejadian kecil berbanding di tempat lain. 

Semalam, rusuhan menyaksikan kumpulan pemuda yang membakar dan mencuri, merebak ke bandar lain termasuk Birmingham, Liverpool. Bristol dan Manchester.



9 Aug 2011

Gambar Lama

   No comments     
categories: 
Ni yang nak gelak besau ni hehe.. Gambar ni diambil oleh Cik Iela pelajar IPM Sesi Mei 2008 .. Terima kasih Cik Iela kerana mengizinkan gambar ini di copy..

jom kita skodeng upe CF semasa 2008


Ha dah dibulatkan tu sedia maklum tu lah wajah CF 2008 .. gambo ni CF sayang tau.. ni lah kenangan .. oh ya yang di sebelah duduk bersama CF tu lah Cik Adawiah yang semakin meletop de vas gitu..

Apa pun dalam hidup ni kita perlukan perubahan lebih berjaya dan terus berjaya.. dulu kami ni banyak masalah kesihatan tapi sekarang alhamdulillah banyak makan produk Herba. Terima kasih kepada Dr2 yang pernah merawat CF.. anda hebat kaya & berjaya !!! amin...

CF sedia berkhidmat untuk pelajar kesayangan CF :)



7 Aug 2011

Blog Pilihan Jalan-Jalan Cari Makan

   No comments     
categories: 
CF baru je tengok Nasi Lemak Kopi O (NLKO) bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Maria Tunku Sabri dah keluarkan buku resepi. Keunikan buku ini tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.. mm tak payah lah kita fening-fening nak cari tempat makan .. haa tengok je buku resepi Kak Maria kita .. dah pun boleh GPS kat mana lokasi kan ekk..


http://www.jjcmmts.com/

 



Kat mana nak dapatkan buku ni? di MPH pun ada... Harga hanya RM5 sahaja.



6 Aug 2011

Ramadhan Kareem

   No comments     
categories: 
credit : Google



Kelas Blog Online @ Hadir

   No comments     
categories: 

Untuk pengetahuan anda ini adalah salah 1 kepakaran CF, Selain CF melatih untuk Kelas Blog, CF juga menyediakan perkhidmatan menyelenggarakan laman-laman blog pilihan.

Sempena bulan Ramadhan ini CF menyediakan 1 lagi projek iaitu Kelas Blog Online ini buat julung-julung kali CF adakan dan peserta kali ni CF hanya mengambil seramai 10 orang sahaja.

Jadi cepat, tawaran ini akan berakhir pada 12hb Ogos 2011 untuk maklumat lanjut layari http://kelasblogcf.blogspot.com






Putus Tunang

   No comments     
categories: 
Pagi-pagi lagi CF dah menerjah blog kawan CF yang sorang ni Zie Madini seorang blogger tegar dari Sarawak CF suka tengok Zie ni, kreatif cara penulisannya. Lagi pun CF ada membuat iklan di laman blog Cik Zie ni.. 


Dalam bulan yang sama personaliti terkenal dan penjaga gol yang lincah dan kisah mereka ni terpampang di dada akhbar, media cetak, elektronik.

Tapi kita tak tahu apa masalah mereka berdua. Jangan buat sebarang spekulasi ye.. apa pun kita tengok apa yang Cik Zie kita ni citekan.. cer cite Cik Zie

pautan :