30 Sep 2011

Walimatul Urus

   No comments     
categories: 
JAWAPAN Jika Ditanya Tentang Perkahwinan ::

Kenapa Lambat? = Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku.

Dah Berpunya? = Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing.

Siapa? = Nanti Allah akan perkenalkan kepada semua,

Bla? = Bla kami sudah disatukan.. InsyaAllah jemput datang ke Walimatul urusku nanti

P/S: Janganlah selalu bertanya bila orang tu mahu berkahwin kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah... Sampai masa Allah akan membongkarkannya.. (^_^)...jangan tanya saya bila saya nak kahwin... he3





Kredit : Zawawi Abdullah



Bengkel Solekan & Ketrampilan

   No comments     
categories: ,

Bengkel Solekan & Ketrampilan Nur Munshi Career Siri 2-2011
kini kembali lagi lagi Sertai sekarang tempat adalah terhad kepada 20 orang sahaja. 
Bengkel kali ini di anjurkan oleh :


NUR MUNSHI CAREER 
&
RAKAN USAHASAMA
BUTIK PENGANTIN COMEL

08HB OKTOBER 2011
09.00 PAGI - 1.00 PETANG






FACEBOOK : 

Untuk Tempahan Tempat Hubungi 
019 993 6840 / 014 214 2589 / 011 1511 6182



29 Sep 2011

Cinta Adam

   No comments     
categories: 









Wahai ADAM
Cintailah aku kerana KEKURANGANku
Kerana suatu hari nanti engkau akan BAHAGIA
dengan KELEBIHANku
Dan jangan pernah
mencintaiku dengan kelebihanku kerana
Suatu hari nanti engkau pasti akan KECEWA 
Ketika engkau menemukan kekurangan-kekuranganku
Jadikan Kelebihanku HADIAH Terindah Buatmu
Ketika engkau menemukannya dalam diriku..


Kredit : Kak Zulharfini Aishah



Rokok

   No comments     
categories: 
Petang ni CF nak kongsi mengenai Rokok.. CF ambil artikel ni dari FB Ustaz Zambri [TV9]

Kata Ustaz Zambri :

Harga rokok ( purata ) : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka......

Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar...





Jadi.. bak kata Nabil "Lu Pikir La Sendiri" :D

“LIKE” Fanpage Kelas Blog Pro 99 dot Blogspot dan dapatkan info-info terkini berkaitan dunia blog menangi CABUTAN BERTUAH baucar Kelas Blog Eksklusif bernilai RM499 sah sehingga 29.09.2011 



Jom "LIKE" & MENANG Baucar Kelas Blog Pro Eksklusif bernilai RM499

Assalamulaikum Selamat pagi yang luar biasa bagus hari ini..

Alhamdulillah dengan izin Allah setelah 10 hari bemula 19.09.2011 hinggalah hari ini 29.09.2011
Team Nur Munshi Career berjaya menyiapkan Projek Mini

Kelas Blog Pro 99 dot Blogspot secara OFF9 & ON9 



Semuanya dengan izin Allah Taala.


“LIKE” Fanpage Kelas Blog Pro 99 dot Blogspot dan dapatkan info-info terkini berkaitan dunia blog menangi CABUTAN BERTUAH baucar Kelas Blog Eksklusif bernilai RM499 sah sehingga 29.09.2011 



28 Sep 2011

Blog Pro 99 dot Blogspot

   No comments     
categories: 
1 lagi laman blog bakal di lancarkan esok [29.09.2011] Jam 9.00 pagi. Blog ini memberi peluang kepada bakal-bakal blogger mendalami dunia blog yang sebenar serta http://blogpro99.blogspot.com menyediakan Tutorial secara PERCUMA juga menyediakan Kelas Blog secara Eksklusif .

Jom ‎"LIKE" Fanpage Kelas BLOgPro99 dot BLOgSpot dan dapatkan info-info terkini berkaitan dunia blog serta menangi CABUTAN BERTUAH baucar Kelas Blog Eksklusif bernilai RM499.





Bihun Sufi

   No comments     
categories: 
PRODUK BIHUN SUFI KELUARAN SYARIKAT ELHAM-Q (MALAYSIA) SDN BHD, SYKT BUMIPUTERA MUSLIM YANG BERDAFTAR SEBAGAI USAHAWAN BIMBINGAN FAMA NEGERI JOHOR. MELALUI SISTEM KONTRAK SEWAAN MESIN PEMBUATAN BIHUN



BIHUN SUFI 1 QUALITY UNTUK 1 MALAYSIA JENAMA PILIHAN MUSLIM. DIPERBUAT DARI BERAS, TEPUNG JAGUNG, TEPUNG SAGU DAN AIR.. TIADA BAHAN PENGAWET. PRODUK DIPROSES BERSIH DAN SUCI. BIHUN SUFI HANYA PERLU RENDAMAN AIR BIASA (AIR PAIP) SELAMA 10-15 MINIT DAN SIAP





25 Sep 2011

4 Gadis Semasa

   1 comment     
categories: ,
yuhuuuu... wah wah entry kali de vas uuu... mmm sebenarnya lama tak jumpa dengan Dieyaa n Hidyatie yang comel tu huhu..


CA, Dieyaa, Hidayatie & CF



Apakah petua untuk cepat jodoh?

CF tertarik dengan perbincangan DR HM TUAH kita ni..

Jom CF nak kongsi / share dengan pengujung yang rajin singgah ke blog CF.. ini adalah tulisan Dr Tuah kita..


Apakah petua untuk cepat jodoh? Pada saya cepat jodoh bukanlah isunya berbanding apakah jodoh kita tepat. Berapa ramai orang mengalami petaka dalam hidup oleh jodoh yang tidak serasi. Berkahwin itu senang tetapi membina kebahagiaan hasil daripada perkahwinan itu bukanlah begitu senang.


Sepatutnya kita tidak perlu terlalu risau oleh jodoh yang lambat tetapi risaulah kalau-kalau jodoh kita itu nanti hanya memberikan kesusahan pada kita. Terlalu banyak rumahtangga yang terpaksa mengharungi onak dan duri kehidupan meskipun pada awalnya semuanya kelihatan okey.




24 Sep 2011

Muhasabah Cinta

   No comments     
categories: 


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Back to Reff

Back to *

Repeat Reff 2x





Karena Ku Cinta Kau

   No comments     
categories: 

Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Reff:
Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya pada ku
Sakitnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Back to Reff:

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau



Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Assalamualaikum,

Siapa sebenarnya Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj ? Antara banyak-banyak buku koleksi CF, Dr HM Tuah paling..paling CF minati, gaya penulisan agak santai memang mudah kita faham, bila kita baca buku tulisan Dr ni seolah-olah Dr berbicara dan ada di depan mata kita.. wah memang mengkagumkan tu..

CF juga cuba untuk memiliki setiap buku tulisan Dr ni. dan tak lupa sentiasa berkunjung di laman web  Dr atau pun selalu tinjau di laman FB drtuah dan yang menarik Dr ada buat perbincangan di laman fanpage fb drtuah.


Sebelum ini CF ada mengepos ke laman blog CF-IPM berkaitan artikel Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, setakat ni belum ada rezeki untuk berjumpa Dr Tuah kita ni.

Bila sedih hati tak bahagia, selain bermohon kepada Allah Taala, beristighfar, buku Dr juga adalah terapi minda untuk cari ketenangan dan memahami kehidupan ni hanya dipinjamkan sahaja, semua bukan hak kita, semua adalah hak Allah Taala..



23 Sep 2011

Seminar Marketing Power Terakhir 2011




Dieyaa & CF

   No comments     
categories: ,

tiada kata secantik bahasa..
tiada madah untuk berkata-kata
sebenarnya tak ada perkataan pun nak taip
apa pun tak boleh hehe..




21 Sep 2011

Takdir

   No comments     
categories: 
Credit by : Deejay Bro khaiFM

Tidak bertemu MATA,,tidak bertemu SUARA..tidak mengungkap JANJI,,tidak bermadah CINTA..cukuplah kata mengingati ALLAH,,cukuplah nasihat serta teguran..cukuplah aku tahu kau punya AGAMA & IMAN..HEARTY kita ALLAH yang punya,,HEARTY kita ALLAH yang jaga..berDOAlah,,kerana itu SENJATA kita..andai TAKDIR hidup bersama..pasti ALLAH akan mempermudahkan JALANnya.



20 Sep 2011

Tuah No.9

   No comments     
categories: 
aper cer ni CF ? mm tuah no.9 mm memang banyak tuah no. 9 ni .. alhamdulillah sebenarnya bukan tuah apenya semua Allah yang tentukan kita hanya merancang saja.. eh besday CF kan jatuh bulan 9 ape hehe..

mmm nak tau ke apa yang ada pada no.9 ni? jom klik di SINI




Jodoh

   No comments     
categories: 
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.” ♥ ♥ 
kredit : suzie kechik


Gambar :
ukhtiyfillah.wordpress.com



19 Sep 2011

Pelangi Petang

   No comments     
categories: 
Lagu ni sebenarnya, sedih.. yang pasti setiap pertemuan ada perpisahan.. Lagu ni ditujukan khas untuk permata hati CF.. pelajar-pelajar  kesayangan CF..




18 Sep 2011

Jom Kita Bersenam..

   No comments     
categories: 
CF nak share sejak 2010 CF biasa buat senaman di rumah je.. mmm kenapa ek.. tapi tak tau lah suka kot hehe.. adalah pulak kot (boleh kira dengan jari pergi jogging di luar rumah hehe)

Apa pun ia bukanlah alasan untuk kita tidak bersenam. Dengan youtube kita dah pun boleh bersenam .. CF suka dengan cara trainer ni .. antara ribuan youtube kaitan aerobik CF suka yang ni .. tak ada yang lain buat masa ni..

jom kita mulakannnn...

video 1

video 2

Mudah je.. nak atau tak nak je.. biasanya CF akan ulang 3 x youtube secara bergilir-gilir video 1 dan video 2...baru mantap dan cergas.. bila kita sihat otak pun sihat, banyak idea-idea baru dan dapat menambah nilai kehidupan diri kita dan orang lain.. so kita enjoy....




17 Sep 2011

History Sudirman Arshad [Part 5]




16 Sep 2011

Selamat Menyambut Hari Merdeka & Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang ke 54




Pasangan anda curang?


2011/09/16


Banyak faktor kerukunan rumah tangga goyah 

HUBUNGAN sulit membabitkan pasangan berkahwin sudah menjadi perkara biasa dan dianggap sebagai asam garam kehidupan masa kini terutama dengan kewujudan laman sesawang yang memberi banyak pengaruh. Berdasarkan statistik, kira-kira 68 peratus pasangan berkahwin di seluruh dunia akan berhadapan dengan masalah berkenaan hingga boleh menggugat serta menggoyahkan kerukunan rumah tangga mereka.
[komen CF : kurangnya komunikasi 2 hala serta tidak berterus terang dalam apa jua keadaan, lebih-lebih lagi berkaitan perasaan]

Kemunculan teknologi canggih menjadikan ramai pasangan berkahwin tanpa sedar atau tidak, sebenarnya menyebabkan komunikasi antara mereka semakin terbabas kerana, sebilangannya ‘leka’ melayani rakan menerusi laman facebook, twitter, blog dan sebagainya dan sekali gus memberi ruang lebih luas menjalin hubungan dengan orang lain.
Tidak ada insan yang mahu istana perkahwinan dibina khususnya yang bercinta bagai nak ‘rak’, akhirnya runtuh dek kerana perbuatan curang sama ada dicetuskan oleh suami atau isteri. 

Jika berlaku curang seharusnya ditangani segera untuk menyelamatkan perkahwinan kerana ia akan pelbagai implikasi terhadap fasa kehidupan seterusnya membabitkan hal anak, emosi, pembahagian harta dan sebagainya. 

Persoalannya, sejauh mana dan bagaimana anda bertindak mengelak keadaan menjadi semakin parah. Berikut beberapa tanda pasangan anda mempunyai hubungan sulit: 


  • Perubahan drastik dalam rutin harian mereka.

  • Pasangan anda semua secara mendadak dan terlalu mengambil berat terhadap penampilannya 

  • Pasangan anda mula untuk berpakaian berbeza, mungkin memakai pakaian tidak sesuai dengan usianya. 

  • Pasangan anda bekerja lebih lebih masa atau datang ke tempat kerja lewat daripada biasa. 

  • Ada nombor yang pelik atau asing pada bil telefon. 

  • Pasangan anda berahsia mengenai panggilan telefon bimbit. 

  • Pasangan anda lebih emosi. 

  • Menghabiskan banyak masa pada komputer 

  • Kerap marah-marah untuk perkara remeh 

    Penyelesaian: 

  • Jika menyaksikan sebarang perubahan dalam pasangan anda, sudah tiba masanya melihat dengan lebih dekat dan mengetahui apa pemangkin kepada perubahan itu. Anda mungkin boleh mengintip sendiri atau memasang pengintip peribadi untuk mendapatkan bukti sah bahawa pasangan anda curang. 

  • Boleh juga hubungi nombor telefon bimbit yang asing. 

  • Periksa pelbagai resit seperti kad kredit untuk melihat perbelanjaan berlebihan yang anda tidak tahu tujuannya. 

  • Jika anda terlalu syak wasangka, tanya dengan penuh diplomasi dengan pasangan anda dan bertanya apa yang sedang berlaku. 

    Panduan bagaimana menangani masalah bagi mengelak menjadi parah: 

    1. Jangan buat tuduhan sebelum anda jumpa bukti kecurangan. 
    Andaian pasangan ada hubungan sulit, mungkin salah. Anda mungkin terfikir atau hanya serkap jarang bahawa suami atau isteri menipu. Gincu pada baju suami, jumpa nombor telefon tidak dikenali, masih belum cukup dijadikan bukti. Jangan terus buat kesimpulan, menuding jari dan memusnahkan kepercayaan. Jangan sentiasa mempersoalkan kesetiaan pasangan mereka. 

    2. Bercakap dengan pasangan anda mengenai syak wasangka itu: 
    Mula-mula bertenang, rasional dan profesional. Bangkitkan isu dengan cara tidak menyinggung perasaan hingga mereka bertindak mempertahankan perbuatannya. Dengarnya macam ganjil tetapi anda mahu pasangan boleh terima teguran itu. Ini adalah sangat penting jika ingin cuba menyelamatkan perkahwinan anda. 

    Upah pengintip: 
    Jika anda merasa pasangan tidak jujur, alternatif lain cari pakar yang lebih profesional untuk mengintip suami sebagai bahan bukti seperti rakam gambar atau video aktivitinya. 

    Jangan anda sendiri mengekori pasangan. Anda mungkin terdedah kepada risiko 
    jika berlaku perkara tidak diingini. Sewa penyiasat persendirian yang dapat mengesahkan kebimbangan anda. Semua keterangan penting untuk bahan bukti jika antara pasangan ingin memfailkan perceraian sebagai jalan terakhir. 

    Dapatkan nasihat peguam: 
    Selepas disahkan pasangan menipu dan anda mengambil keputusan bercerai, maka berunding peguam yang boleh memberi nasihat dari segi undang-undang dan langkah seterusnya apa perlu dilakukan. Ikut nasihat peguam dan jangan babitkan diri dalam konflik dengan pasangan anda. 

    Sistem Sokongan 
    Hubungan sulit dalam perkahwinan adalah satu tamparan emosi untuk hidup anda. Dalam keadaan ini keluarga terdekat dan teman rapat adalah insan paling tepat berkongsi masalah bagi meredakan tekanan untuk meneruskan hidup dengan lebih positif. 

    Jangan salahkan diri sendiri: 
    Perkara biasa anda mempersoalkan diri dan peranan sepanjang berkongsi hidup. Anda akan tertanya-tanya apakah salah anda hingga menyebabkan pasangan curang. Mungkin juga rasa anda tidak cukup intim, keraguan tentang nilai sebagai isteri atau suami dan sebagainya. Yang penting, dalam keadaan ini, jaga harga diri dan emosi. Bertindak dengan lebih profesional. 




  • 15 Sep 2011

    Putus Terpaksa

       No comments     
    categories: 

    Seringkali kau menepis tiap persoalan
    Ada sesuatu kau sembunyikan
    Dari pengetahuanku

    Dapat aku merasakan
    Ketara perubahan
    Setelah jelas terbukti
    Sesuatu yang terlarang
    Menjadi teman hidupmu
    Selain aku...

    Demi masa hadapan kita
    Aku merayu
    Kuncikan keinginanmu
    Bernafaslah dalam sejahtera
    Ku pasti ruang untuk mu
    Masih ada...

    Sudah puas ku menghimpun doa
    Agar kau berubah
    Berpaling membentuk impian hidup kita

    Namun tiada oh kudratku untuk
    Halang keinginan
    Suaraku tak berdaya
    Menentang kemahuanmu

    Sia-sia belaka aku
    Berkorban kasih ku padamu
    Sekiranya kau
    Masih tak ubah pendirian
    Yang hanya menjanjikan
    Pemergian ngeri
    Yang tak memberi erti

    Demi masa hadapan kita
    Tak sanggup aku
    Bertemankan oh kasihmu
    Yang penuh dengan fantasi
    Terpaksa jua ku undur diri...
    Terpaksa jua ku undur diri...



    History Sudirman Arshad [Part 4]




    Tegur

       No comments     
    categories: 
    Assalamualaikum

    Selamat pagi semuaaaa, terutama sekali rakan blogger CF, terima kasih kerana rajin datang bertandang ke blog CF, kepada kawan CF yang jadi pengomen setia, terima kasih juga kerana telah memberi beberapa teguran berkaitan blog CF. Komen anda dialu-alukan..

    Insya Allah CF akan perbaiki dari masa ke masa, CF menghargai kesetiaan anda..

    kredit : technyat.com



    13 Sep 2011

    History Sudirman Arshad [Part 3]




    JANGAN PERCAYA CAKAP SAYA!

    Bagaimana Untuk Merubah Perniagaan Anda Menjadi Lebih Kaya & Berjaya Serta Lebih Ramai Pelanggan Dengan Strategi Kuasa Pemasaran Yang Terbukti Berkesan?



    Hadir dan dengar sendiri klinik usahawan saya ini tentang bagaimana perniagaan anda boleh berubah dalam masa yang pantas!

    Biar apapun yang saya cakap adalah TIDAK PENTING!
    Apa yang penting adalah hasilnya bukan?

    Jika saya boleh membantu perniagaan anda meningkatkan pendapatan anda sehingga lebih daripada 400% atau mendapatkan jutaan ringgit jualan setahun seperti kes-kes di atas, berapakah yang anda sanggup bayar saya untuk saya mengajar anda?

    Rakan-rakan yang sedang menjalankan bisnes jom join
    dan ikuti seminar
    berhampiran tempat anda..
    memang berbaloi-baloi..
    CF dah daftar untuk 4 orang
    Anda bila lagi?





    Sibuk .. Sibuk

       No comments     
    categories: 
    Assalamualaikum,

    Semalam tak post sebarang cite.. cer cite CF nape ek.. mm semalam menyibukkan diri, berokband pun tak OK, kata partner CF jangan merungut.. ye lah apalah Nur Farizan Muhd Nasir ni.. tak bersyukur.. padah slow sungguh semalam sampai la malam..

    Tapi hari ni OK.. hehe semoga hari ni hati kita ceria & bahagia .. k nak sambung tugas, nantikan post terkini..



    12 Sep 2011

    Kubur Lain-Lain

       No comments     
    categories: 
    credit by : Dj Bro KhaiFM 




    Walaupun “~KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN~”

    INGATLAHHH...
    yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
    yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
    yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
    yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
    yang membacakan yaa siin d pusara kamu "ORANG LAIN"
    yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"

    jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" DENGAN perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ORANG LAIN"...



    11 Sep 2011

    Kelas Blog Nur Munshi Career

    Baru 2 jam mengikuti kelas blog & berbaki 8 jam lagi kini blog nampak menarik ... Tahniah Yus anda hebat & berjaya.. Jom kita tengok perubahan dalam tempoh 2 jam anjuran Nur Munshi Career 




    daftar blog




    blog telah dipublish


    blog diperbaharui 


    Dapatkan DISKAUN yang menarik 
    Sebarang permasalahan berkaitan BLOG inbox
     klik di SINI






    History Sudirman Arshad [Part 2]





    10 Sep 2011

    Pandangan Mata

       No comments     
    categories: 
    Pandangan Mata Selalu Menipu, Pandangan Akal Selalu Tersalah, Pandangan Nafsu Selalu Melulu, Pandangan Hati Itu Yang Hakiki, Kalau Hati Itu Bersih.....Hati Tempat Jatuhnya Pandangan Allah, Jasad Lahir(Zahir) Tumpuan Manusia. Utamakanlah pandangan Allah drpd pandangan manusia!



    Riadah bersama CF : 1

       No comments     
    categories: 
    Assalamualaikum di petang Sabtu,

    Baru dapat taip di blog ni, hari ni happy dapat riadah bersama pelajar kesayangan. Apa pun CF ucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang turut serta pada pagi tadi di Taman Bandar Kuantan.

    mmm tempat ni banyak kenangan sebenarnya.. hehe CF suka ke tempat ni,, tenang dan mendamaikan.

    Nantikan gambar-gambar riadah bersama CF :D



    9 Sep 2011

    Rahsia Pemasaran Facebook

       No comments     
    categories: 
    Inilah dia cara paling mudah dan paling cepat untuk dapatkan keuntungan… Jika anda…. nak tambah pendapatan dengan bisnes, tapi tak tahu nak bisnes apa mahukan lebih ramai pembeli sudah muak asyik mencari dan mencuba perniagaan baru atau letih dengan perniagaan sekarang yang tak membawa jualan dan keuntungan yang bermakna…. …..baca seterusnya untuk mengubah nasib anda dalam 1 hari sahaja lagi. Malah, dengan system baru yang automatik ini… Anda Boleh Pasarkan Produk Pada Sasaran Khusus Hanya Dalam Beberapa Jam! Saya telah gunakan sistem ini secara peribadi selama 3 tahun, dan telah mendapatkan ratusan ribu prospek ke produk saya, dan menjana lebih dari RM47,000 hasil jualan secara part time. 


    Tambahan lagi, anda mungkin pernah dengar ‘teknik-teknik’ internet yang kononnya membawa puluhan ribu, malah ratusan ribu dalam sekelip mata, yang sememangnya mungkin benar…tapi anda diceritakan yang elok-elok sahaja. Yang susah-susah, termasuk masa yang mereka telah ambil selama bertahun-tahun lamanya, dan ribuan ‘database prospek’ yang telah lama mereka kumpul, tak pula diceritakan! Kalau sudah ada ribuan database prospek, memang semudah menekan satu ‘butang’ boleh jana duit. Tapi bagi anda yang baru nak bermula pula bagaimana?


    baca selanjutnya klik di sini






    Pandangan Hati Hijjaz Dr Azizan Osman

       No comments     
    categories: ,



    DOA

       No comments     
    categories: 
    Sekiranya kamu fokus atau BERI PERHATIAN (GIVE ATTENTION) serta bersangka baik dgn Tuhan dan org lain ttg perkara yg positif dan hasanah, nescaya lebih banyak perkara yang positif dan hasanah(Baik) akan berlaku pd kamu! Insya-Allah. Hidup kita adalah Resulted (Hasil) drpd sangkaan kita krn SANGKAAN ITU ADALAH DOA! -DAO-


    kredit : Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman



    Ulang Tahun Kelahiran

    Alhamdulillah usia semakin bertambah, segalanya telah berubah, apa yang berubah tu wahai CF ? mm banyaklah perubahan tapi belum cukup sempurna, tapi kita memang tak sempurna kan?

    Allah beri kita akal, walaupun CF selalu menasihati pelajar, kawan-kawan atau sesiapa saja yang mengenali CF adakalanya CF juga rebah, kita tak sempurna Allah sentiasa duga kita supaya kita jadi lebih baik.

    Teringat ulang tahun kelahiran dimana mak menunggu saat cemas melahirkan anak keduanya ni. Terima kasih mak walaupun kita (bahasakan diri CF) anak yang degil, keras kepala mm nakal tak payah cakaplah tapi mak tetap sayangkan kita.

    Mak memang sempoi tak bising-bising, hal kahwin kawen ni dia dah kata cari sendiri, mmm mak kita sayangggggggggggg sangat kat mak, nanti mak baca entry ni k.. sayang abah juga, takut abah kecik ati hehe..

    Kepada saudara mara, kawan-kawan, pelajar ku sekalian, soklan paling femes uolss tanya adalah "bila CF nak makan nasi minyak" mm sekarang ni dah tak pakai nasi minyak, nasi putih je, nasi minyak pekena dengan sirap sejuk haaa amek kau ... saluran jantung boleh tersumbat tauuu..

    Hehe jangan marah ni adalah kenyataan.. jaga kesihatan tau.. apa-apa pun bersyukurlah dengan apa yang Allah janjikan untuk kita.. kadang-kadang tu mudah bagai dikata, tapi sukar untuk dikota.

    Doakan untuk CF dan jutaan terima kasih kepada uolss semua wish kat CF lebih ratusan mesej CF terima. Terima kasih masih mengingati CF walaupun kita lama tak berjumpa..

    Cuba untuk mencuba ..




    8 Sep 2011

    Organik Mengkudu

       No comments     
    categories: 

    organikmengkudu.jpg


    Mengkudu
    (Morinda Citrifolia) yang berasal dari Asia Tenggara, Australia dan Kepulauan Pasifik telah digunakan secara meluas dalam tujuan perawatan pelbagai jenis penyakit.


    HPA menggunakan mengkudu hasil dari tanaman secara organik bagi memastikan nilai perubatan yang maksimum kepada para pengamal produk tersebut. Kajian telah mendapati Produk Organik Mengkudu HPA telah terbukti untuk mengubati permasalahan berikut:-

    1. Menurunkan tekanan darah ke paras normal.
    2. Membantu dan merangsang hormon melatonin dan serotonin.
    3. Membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
    4. Bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada Pengidap Arthritis.
    5. Anti Histimik.
    6. Melindungi usus dari serangan bakteria perosak dan membantu pencernaan.
    9. Memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel T.
    10. Anti penuaan.
    12. Mencegah ketegangan (stress)
    13. Mencegah penyakit sukar tidur

    Komposisi (75 Kapsul per botol) :Morinda Citrifolia

    rujukan :
    www.hpa.com.my/



    53L4M47 H4R1J451 F4R1Z4N..




    KEMAHIRAN mudahkan dapat KERJA


    MEMPUNYAI kelayakan tinggi tetapi terpaksa memilih pekerjaan tidak setimpal dengan kelulusan ?

    Itu antara dilema sebilangan graduan institusi pengajian tinggi tempatan apabila gagal memperoleh pekerjaan sesuai dengan kelayakan.

    Biarpun mempunyai ijazah sarjana muda mahupun diploma, kerjaya yang dipilih tidak menjanjikan gaji lumayan malah ada yang ‘terpaksa’ menggunakan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] untuk memohon jawatan.

    Bukan memilih, tetapi persaingan dunia kerjaya yang semakin hebat ‘memaksa’ graduan tidak terlalu berkira selain tidak mahu terus menyandang gelaran ‘penganggur terhormat’.

    Apakah faktor penyebab ramai graduan tidak memperoleh pekerjaan berdasarkan kelayakan ? Adakah kursus tidak menepati kehendak pasaran kerjaya ataupun majikan bersikap pilih kasih ?

    Mungkin juga graduan tidak mempunyai kemahiran tambahan berbentuk kemahiran teknikal seperti mampu berkomunikasi dengan baik terutama dalam Bahasa Inggeris [BI] menyebabkan gagal menambat hati majikan.

    Masalah graduan terutama wanita sukar memperoleh pekerjaan setimpal disebabkan kesilapan memilih kursus pengajian.

    Kebanyakan lebih gemar memilih bidang pengajian berbentuk akademik semata-semata sedangkan kehendak pasaran kerjaya masa kini lebih kepada teknikal.

    Walaupun gender bukan isu utama, kebanyakan majikan lebih gemar mengambil graduan lelaki kerana lebih berkeupayaan dalam kemahiran teknikal meskipun keputusan akademiknya sederhana.

    Kita tidak boleh menyalahkan majikan semata-mata kerana pasaran kerjaya masa kini memang begitu. Oleh itu, pelajar dinasihatkan bijak memilih bidang pengajian, jangan memilih bidang yang mudah tetapi kurang pasaran kerjaya.