8 September 2011

KEMAHIRAN mudahkan dapat KERJA


MEMPUNYAI kelayakan tinggi tetapi terpaksa memilih pekerjaan tidak setimpal dengan kelulusan ?

Itu antara dilema sebilangan graduan institusi pengajian tinggi tempatan apabila gagal memperoleh pekerjaan sesuai dengan kelayakan.

Biarpun mempunyai ijazah sarjana muda mahupun diploma, kerjaya yang dipilih tidak menjanjikan gaji lumayan malah ada yang ‘terpaksa’ menggunakan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] untuk memohon jawatan.

Bukan memilih, tetapi persaingan dunia kerjaya yang semakin hebat ‘memaksa’ graduan tidak terlalu berkira selain tidak mahu terus menyandang gelaran ‘penganggur terhormat’.

Apakah faktor penyebab ramai graduan tidak memperoleh pekerjaan berdasarkan kelayakan ? Adakah kursus tidak menepati kehendak pasaran kerjaya ataupun majikan bersikap pilih kasih ?

Mungkin juga graduan tidak mempunyai kemahiran tambahan berbentuk kemahiran teknikal seperti mampu berkomunikasi dengan baik terutama dalam Bahasa Inggeris [BI] menyebabkan gagal menambat hati majikan.

Masalah graduan terutama wanita sukar memperoleh pekerjaan setimpal disebabkan kesilapan memilih kursus pengajian.

Kebanyakan lebih gemar memilih bidang pengajian berbentuk akademik semata-semata sedangkan kehendak pasaran kerjaya masa kini lebih kepada teknikal.

Walaupun gender bukan isu utama, kebanyakan majikan lebih gemar mengambil graduan lelaki kerana lebih berkeupayaan dalam kemahiran teknikal meskipun keputusan akademiknya sederhana.

Kita tidak boleh menyalahkan majikan semata-mata kerana pasaran kerjaya masa kini memang begitu. Oleh itu, pelajar dinasihatkan bijak memilih bidang pengajian, jangan memilih bidang yang mudah tetapi kurang pasaran kerjaya.




0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com