16 September 2011

Pasangan anda curang?


2011/09/16


Banyak faktor kerukunan rumah tangga goyah 

HUBUNGAN sulit membabitkan pasangan berkahwin sudah menjadi perkara biasa dan dianggap sebagai asam garam kehidupan masa kini terutama dengan kewujudan laman sesawang yang memberi banyak pengaruh. Berdasarkan statistik, kira-kira 68 peratus pasangan berkahwin di seluruh dunia akan berhadapan dengan masalah berkenaan hingga boleh menggugat serta menggoyahkan kerukunan rumah tangga mereka.
[komen CF : kurangnya komunikasi 2 hala serta tidak berterus terang dalam apa jua keadaan, lebih-lebih lagi berkaitan perasaan]

Kemunculan teknologi canggih menjadikan ramai pasangan berkahwin tanpa sedar atau tidak, sebenarnya menyebabkan komunikasi antara mereka semakin terbabas kerana, sebilangannya ‘leka’ melayani rakan menerusi laman facebook, twitter, blog dan sebagainya dan sekali gus memberi ruang lebih luas menjalin hubungan dengan orang lain.
Tidak ada insan yang mahu istana perkahwinan dibina khususnya yang bercinta bagai nak ‘rak’, akhirnya runtuh dek kerana perbuatan curang sama ada dicetuskan oleh suami atau isteri. 

Jika berlaku curang seharusnya ditangani segera untuk menyelamatkan perkahwinan kerana ia akan pelbagai implikasi terhadap fasa kehidupan seterusnya membabitkan hal anak, emosi, pembahagian harta dan sebagainya. 

Persoalannya, sejauh mana dan bagaimana anda bertindak mengelak keadaan menjadi semakin parah. Berikut beberapa tanda pasangan anda mempunyai hubungan sulit: 


  • Perubahan drastik dalam rutin harian mereka.

  • Pasangan anda semua secara mendadak dan terlalu mengambil berat terhadap penampilannya 

  • Pasangan anda mula untuk berpakaian berbeza, mungkin memakai pakaian tidak sesuai dengan usianya. 

  • Pasangan anda bekerja lebih lebih masa atau datang ke tempat kerja lewat daripada biasa. 

  • Ada nombor yang pelik atau asing pada bil telefon. 

  • Pasangan anda berahsia mengenai panggilan telefon bimbit. 

  • Pasangan anda lebih emosi. 

  • Menghabiskan banyak masa pada komputer 

  • Kerap marah-marah untuk perkara remeh 

    Penyelesaian: 

  • Jika menyaksikan sebarang perubahan dalam pasangan anda, sudah tiba masanya melihat dengan lebih dekat dan mengetahui apa pemangkin kepada perubahan itu. Anda mungkin boleh mengintip sendiri atau memasang pengintip peribadi untuk mendapatkan bukti sah bahawa pasangan anda curang. 

  • Boleh juga hubungi nombor telefon bimbit yang asing. 

  • Periksa pelbagai resit seperti kad kredit untuk melihat perbelanjaan berlebihan yang anda tidak tahu tujuannya. 

  • Jika anda terlalu syak wasangka, tanya dengan penuh diplomasi dengan pasangan anda dan bertanya apa yang sedang berlaku. 

    Panduan bagaimana menangani masalah bagi mengelak menjadi parah: 

    1. Jangan buat tuduhan sebelum anda jumpa bukti kecurangan. 
    Andaian pasangan ada hubungan sulit, mungkin salah. Anda mungkin terfikir atau hanya serkap jarang bahawa suami atau isteri menipu. Gincu pada baju suami, jumpa nombor telefon tidak dikenali, masih belum cukup dijadikan bukti. Jangan terus buat kesimpulan, menuding jari dan memusnahkan kepercayaan. Jangan sentiasa mempersoalkan kesetiaan pasangan mereka. 

    2. Bercakap dengan pasangan anda mengenai syak wasangka itu: 
    Mula-mula bertenang, rasional dan profesional. Bangkitkan isu dengan cara tidak menyinggung perasaan hingga mereka bertindak mempertahankan perbuatannya. Dengarnya macam ganjil tetapi anda mahu pasangan boleh terima teguran itu. Ini adalah sangat penting jika ingin cuba menyelamatkan perkahwinan anda. 

    Upah pengintip: 
    Jika anda merasa pasangan tidak jujur, alternatif lain cari pakar yang lebih profesional untuk mengintip suami sebagai bahan bukti seperti rakam gambar atau video aktivitinya. 

    Jangan anda sendiri mengekori pasangan. Anda mungkin terdedah kepada risiko 
    jika berlaku perkara tidak diingini. Sewa penyiasat persendirian yang dapat mengesahkan kebimbangan anda. Semua keterangan penting untuk bahan bukti jika antara pasangan ingin memfailkan perceraian sebagai jalan terakhir. 

    Dapatkan nasihat peguam: 
    Selepas disahkan pasangan menipu dan anda mengambil keputusan bercerai, maka berunding peguam yang boleh memberi nasihat dari segi undang-undang dan langkah seterusnya apa perlu dilakukan. Ikut nasihat peguam dan jangan babitkan diri dalam konflik dengan pasangan anda. 

    Sistem Sokongan 
    Hubungan sulit dalam perkahwinan adalah satu tamparan emosi untuk hidup anda. Dalam keadaan ini keluarga terdekat dan teman rapat adalah insan paling tepat berkongsi masalah bagi meredakan tekanan untuk meneruskan hidup dengan lebih positif. 

    Jangan salahkan diri sendiri: 
    Perkara biasa anda mempersoalkan diri dan peranan sepanjang berkongsi hidup. Anda akan tertanya-tanya apakah salah anda hingga menyebabkan pasangan curang. Mungkin juga rasa anda tidak cukup intim, keraguan tentang nilai sebagai isteri atau suami dan sebagainya. Yang penting, dalam keadaan ini, jaga harga diri dan emosi. Bertindak dengan lebih profesional. 

  • 0 comments:

    Post a Comment