9 September 2011

Ulang Tahun Kelahiran

Alhamdulillah usia semakin bertambah, segalanya telah berubah, apa yang berubah tu wahai CF ? mm banyaklah perubahan tapi belum cukup sempurna, tapi kita memang tak sempurna kan?

Allah beri kita akal, walaupun CF selalu menasihati pelajar, kawan-kawan atau sesiapa saja yang mengenali CF adakalanya CF juga rebah, kita tak sempurna Allah sentiasa duga kita supaya kita jadi lebih baik.

Teringat ulang tahun kelahiran dimana mak menunggu saat cemas melahirkan anak keduanya ni. Terima kasih mak walaupun kita (bahasakan diri CF) anak yang degil, keras kepala mm nakal tak payah cakaplah tapi mak tetap sayangkan kita.

Mak memang sempoi tak bising-bising, hal kahwin kawen ni dia dah kata cari sendiri, mmm mak kita sayangggggggggggg sangat kat mak, nanti mak baca entry ni k.. sayang abah juga, takut abah kecik ati hehe..

Kepada saudara mara, kawan-kawan, pelajar ku sekalian, soklan paling femes uolss tanya adalah "bila CF nak makan nasi minyak" mm sekarang ni dah tak pakai nasi minyak, nasi putih je, nasi minyak pekena dengan sirap sejuk haaa amek kau ... saluran jantung boleh tersumbat tauuu..

Hehe jangan marah ni adalah kenyataan.. jaga kesihatan tau.. apa-apa pun bersyukurlah dengan apa yang Allah janjikan untuk kita.. kadang-kadang tu mudah bagai dikata, tapi sukar untuk dikota.

Doakan untuk CF dan jutaan terima kasih kepada uolss semua wish kat CF lebih ratusan mesej CF terima. Terima kasih masih mengingati CF walaupun kita lama tak berjumpa..

Cuba untuk mencuba ..

0 comments:

Post a Comment