Follow Us @soratemplates

31 October 2011

10 Jenis Tangisan

Monday, October 31, 2011 0 Comments
Terdapat 10 Jenis Tangisan Manusia atas muka bumi ini yg perlu anda tahu:-

1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis munafik kerana mengikut-ikut orang / berpura-pura menangis.
10) Menangis kerana dosanya.

"...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Anda pernah menangis?? Sbb ape? Sbb kekasih!! yg xde kaitan atau ikatan? X payah la..bazir air mate je....
atau ada sebab2 lain selain dari yang atas ni??
Share lae...lagi banyak Anda share, Insyallah lagi banyak yg Anda akn dapat...

- By Admin ActionRich.net




Pautan :

29 October 2011

Hari Yang Luar Biasa

Saturday, October 29, 2011 0 Comments
Assalamualaikum, hari yang luas biasa
senyum seindah suria yang memancar cahaya
senyum dari hati duniamu berseri
senyum umpama titian dalam kehidupan kau terseyum
ku terseyum kemesraan menguntum

Saya Cik Farizan aka CF mendoakan
rakan-rakan bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati amin..


Pautan :

3 blogger [IPM Munshi] & Vanida Imran [Pengacara Nona TV3]

Saturday, October 29, 2011 0 Comments
Selepas bersua muka dengan Vanidah Imran atau lebih mesra lagi dengan panggilan Vee di Dewan MCA Jalan Ampang di Program Dr Azizan Osman  pada Julai 2011 yang lalu, CF ada impian untuk berjumpa dengan Vee secara dekat, that mean dapat bergambar ke something like that la kan..

Alhamdulillah di Program Jom Aerobik bersama YM Tengku Norihan di hotel Vistana Kuantan pada 23.10.2011 dapat bersenamrobik bersama Vee.

Maka 3 blogger ni macam berpakat .. tapi tak pun .. masing-masing meletakkan gambar bersama Vee di profil picture masing-masing.





Tie Fatimah
              tie-fatimah



Pautan :

Mendiang Marco Simoncelli

Saturday, October 29, 2011 0 Comments

KERANDA penunggang motosikal MotoGP Honda, mendiang Marco Simoncelli pada majlis pengebumian di sebuah gereja di Coriano, hari ini. Simoncelli terbunuh ketika perlumbaan berkenaan di Litar Sepang Ahad lalu apabila hilang kawalan motosikal dan dirempuh Colin Edwards dan Valentino Rossi. - Foto Reuters - www.facebook.com/bhonline

28 October 2011

Kemalangan Jalan Raya

Friday, October 28, 2011 1 Comments
CF  nak post cerita ni dari 24.10.2011 di mana dalam pada masa yang sama, serentak 2 rakan bisnes CF  Ahmad Kamil dan Bro Khai di mana ahli keluarganya terlibat dengan kemalangan jalan raya.





Sama-sama kita doakan semua seluruh ahli keluarga kita dalam lindungan Allah Taala.. aminn.. Allah uji kita.. Allah sayangkan kita..

Sebenarnya trauma dengan kemalangan ni belum lagi reda.. doa naik kenderaan adalah pelindung kita..

Pautan :

Sindrom Keletihan Kronik

Friday, October 28, 2011 0 Comments





Nama lain bagi CFS adalah Myalgic Encephalitis. Tanda awal bagi penyakit ini adalah keletihan teramat sangat yang muncul secara tiba-tiba dan selalu datang dan pergi atau tidak pernah berhenti. Anda kadangkala berasa terlalu letih untuk melakukan aktiviti normal atau senang berasa letih tanpa sebab tertentu.


Selalunya apabila kita berasa letih, ramai yang mengambil keputusan untuk tidur. Namun bagi sindrom keletihan kronik ini, rasa yang letih tidak boleh hilang walaupun setelah seseorang itu tidur. Sebaliknya, secara diam-diam rasa letih ini akan ‘mencuri’ tenaga dan kekuatan seseorang selama beberapa bulan dan kadangkala bertahun.



Bagaimana CFS bermula

Bagi kebanyakan orang, CFS akan bermula selepas serangan penyakit ringan seperti selesema, atau penyakit bronkitis, mononucleosis, hepatitis atau penyakit usus. Selalunya, ramai yang berkata bahawa penyakit mereka bermula semasa mereka dalam keadaan tekanan melampau. Yang lain pula, mereka akan mengalami keadaan ini secara beransur-ansur, sama ada dengan tiada tanda-tanda jelas atau tanda penyebab.



Gejala-gejala CFS
Tidak seperti gejala-gejala demam selesema, di mana ia selalunya akan berakhir dalam beberapa hari atau minggu, gejala-gejala CFS pula berlainan. Gejala-gejala ini akan selalunya sama ada akan kekal atau timbul dan hilang dalam jangka masa lebih daripada enam bulan. Gejala-gejalanya termasuklah :

๐Ÿ“ Pening
๐Ÿ“ Nodus limfa lembut
๐Ÿ“ Keletihan dan kelemahan
๐Ÿ“ Sakit otot dan sendi
๐Ÿ“ Kurang daya tumpuan
๐Ÿ“ Tidur sering terganggu dan tidak berasa segar selepas bangun tidur
๐Ÿ“ Rasa hendak muntah atau mual dan hilang selera makan



Siapa berisiko mendapat CFS
Tanpa sebab yang diketahui, CFS didiagnosis lebih banyak berlaku terhadap wanita daripada lelaki. Penyakit ini selalunya terjadi kepada orang dewasa yang berumur antara 20 hingga 40 tahun.







Penyebab CFS

Doktor tidak mengetahui penyebab CFS. Beberapa penyebab yang mungkin menyebabkannya adalah termasuk :

Anemia akibat kekurangan zat besi
Gula dalam darah rendah (hypoglycemia)
Alahan kepada bahan persekitaran
Mononucleosis
Imun sistem tidak berfungsi
Perubahan dalam tahap penghasilan hormon di hypothalamus, kelenjar pituari atau kelenjar adrenal
Tekanan darah rendah kronik (hypotension)

Penyebab CFS mungkin satu inflamasi di laluan sistem saraf sebagai satu tindak balas kepada proses autoimun, tetapi bukan seperti di dalam penyakit autoimun lain seperti reumatisme artritis atau lupus. CFS mungkin boleh berlaku apabila penyakit virus itu menjadi rumit melalui sistem imun yang tidak berfungsi. Sesetengah orang yang mengalami CFS mungkin mempunyai tekanan darah rendah yang dapat mendorong kepada tindak balas untuk pengsan.



Penjagaan diri
Malang sekali, tiada ubat bagi CFS. Namun begitu, kajian mendapati bahawa individu yang paling berpeluang untuk bebas daripada sindrom ini adalah dengan cuba kekal aktif menjalani kehidupan seharian. Mempelajari bagaimana untuk menguruskan keletihan dapat membantu anda meningkatkan kualiti kehidupan. Sebaik-baiknya, cubalah mengekalkan kesihatan anda dengan mengikuti langkah-langkah penjagaan diri seperti berikut :


Kurangkan tekanan

Cuba elak tekanan emosi yang berlebihan. Beri masa kepada diri sendiri untuk berehat. Jika boleh, jangan ubah rutin seharian anda dengan tiba-tiba. Mereka yang berhenti kerja atau berhenti melakukan aktiviti harian mungkin akan lebih teruk daripada mereka yang masih aktif.

Dapatkan tidur yang cukup

Sebagai tambahan bagi mendapatkan tidur yang cukup, latihlah diri anda terhadap tabiat tidur yang baik seperti tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari serta batasi tidur waktu petang.

Besenam selalu

Pada mulanya, senaman mungkin boleh meningkatkan rasa sakit dan keletihan. Tetapi dengan berbuat demikian selalu dapat memperbaiki gejala. Senaman yang sesuai termasuklah berjalan, berenang, berbasikal dan aerobik air. Pakar terapi fizikal boleh membantu anda membuat program senaman.

Kekalkan kehidupan sihat

Cuba untuk makan diet seimbang, minum banyak air, hadkan pengambilan kafein, berhenti merokok, rehat secukupnya dan senaman selalu. Cari hobi atau karier yang dapat memberi kepuasan kepada diri anda.

Kesimpulannya, jika anda mengalami sindrom keletihan kronik, perlulah anda segera mendapatkan nasihat doktor bagi mengetahui cara bagaimana mahu mengatasi masalah tersebut.

27 October 2011

Belajar Hari Ini Untuk Hari Esok

Thursday, October 27, 2011 0 Comments
Belajar memang susah kalau menyampah. Ya tak? Kebanyakan orang yang tak boleh perform bagus dalam pelajaran ni pasal apa, tau? Pasal mereka menyampah belajar. Tak boleh menyampah belajar ni. Kena rasa syok. Bila syok, tak ada rasa penat dan tak timbul rasa malas.
Macam mana nak syok? Besarkan matlamat anda. Besarkan macam mana? Ala, besarkan hujungnya. Hujungnya anda nak jadi apa? Kalau hujungnya besar, usaha dekat sini kurang susah.tapi kalau hujungnya kecik aje, kecik boleh tahan atau langsung tak ada, usaha hari ini memang sakit sangat.

Orang yang panjat gunung, dia kena matlamatkan nak sampai ke puncak gunung. Kalau dia tak matlamatkan ke puncak, dia cepat give up. Penat sikit atau susah sikit, terus fed-up. Dia rasa cukuplah setakat kaki  gunung. Tapi orangyang matlamatnya besar dan jelas nak sampai ke puncak gunung biasanya tak mudah menyerah kalah. Walau sikit macam mana sekalipun,dia akan usahakan. Berdikit-dikit, lama-lama sampailah.

Belajar pun macam tu. Kalau tak ada matlamat besar atau cita-cita besar, memang mudah bosan. Baca buku sikit, mula mengantuk. Kena tegur cikgu sikit, mula nak merajuk. Gagal sikit pulak , hilang semangat.

Tapi kalau matlamat besar, semua halangan jadi kecik. Semut boleh bina busut yang beribu kali saiz dia, pasal apa? Pasal matlamatnya besar dan tak pernah malas. Tak percaya? Tanya semut.

Percaya tak? Di kalangan semua makhluk, manusialah yang paling malas dan suka beri alasan. Lebah tak pernahnya malas dan tak pernah beri alasan. Burung tempua tak pernahnya bosan sampailah menjadi sarang dia. Selagi tak jadi, tak berhenti dia. Anda pulak?

Matlamat besar, kesakitan pun hilang dan jalan jadi mudah. Akhirnya, anda juga yang akan jadi terbilang.

untuk rasa syok belajar, besarkan matlamat anda.”



Pautan :

25 October 2011

Antara lelaki & perempuan, siapa paling penyayang? bukti??

Tuesday, October 25, 2011 0 Comments
Wah malam ni di KhaiFM- Penggerak No.1 Anda .. radio online yang sedang meningkat naik ni.. hangat membincangkan topik Antara lelaki & perempuan, siapa paling penyayang? bukti?? yang dikelolakan oleh Deejay Faizah .. jom kita baca komen CF pun ambil serta juga.. 





  • You, Bro Khai and 3 others like this.
    • Nor Anashatul Afini wslm...hye Deejay Faizah KhaiFM...pmpuan yg penyayang tp llki susah nk fhm yg kte syg dia..hehe..(tibe2 mnyibuk lak kat cni)
      58 minutes ago ·  ·  4 people
    • Cik Farizan pendapat Cik Farizan (CF) .. perempuan lebih penyayang.. sebab perempuan sangat peka dengan keadaan pasangan, bertanya khabar, ambil berat soal makan minum.. di mana amat jarang dilakukan oleh kaum adam..
      53 minutes ago ·  ·  2 people
    • Mike Shah Edan Blh pcya kew..Nor Anashatul Afini lalala~
      pulanglah sblm ku runaway..
      aku menunggu kamoo evryday... :P
      50 minutes ago ·  ·  1 person
    • Nor Anashatul Afini ape plk x pecaya nye Mike Shah Edanoiiii....kte ni syg dia tp llki akan anggap kte ni wat dia mcm baby lak..tp cara kte tu la sbnar nya bukti kte syg dia....org llki bl da dpn mata je br la nmpk syg dia tu...hehehe...
      47 minutes ago ·  ·  1 person
    • Nor Anashatul Afini x de mknanya la..llki ni lbh utama kan kwn2 dr gf sndiri...dia syg kwn dia lbh2....hehe..
      44 minutes ago ·  ·  1 person
    • Mike Shah Edan haha.. bkn smuala.. kuar dgn kwn 2 dpt relieve stress tau..
      pompuan ayik nk mnja2 jew.. wekk :P
      42 minutes ago · 
    • Nor Anashatul Afini tu bukan manja...ish...tu la..llki bkn fhm pun pe yg pmpuan nk...llki klu nk mnja2 blh plk eh....:P
      41 minutes ago · 
    • Cik Farizan Nor Anshatul : setujuuuuuu..
      40 minutes ago · 
    • Zul Dyla hohoho... misti la lelaki paling penyayang..
      39 minutes ago ·  ·  1 person
    • Nor Anashatul Afini cik farizan: tq coz stuju...hehe...
      38 minutes ago ·  ·  1 person


<>

Pautan :

22 October 2011

Kisah Suami Isteri..

Saturday, October 22, 2011 0 Comments


Tetaplah dengan Allah SWT buat selama-lamanya. Jangan awal ada Allah . Pertengahan hilang Allah sikit-sikit. Penghujung mati tidak sebut Allah .. Allah .. Allah.. 



Al-Kisah .

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.." 

kredit : Zawawi Abdullah