Follow Us @soratemplates

27 October 2011

Belajar Hari Ini Untuk Hari Esok

Belajar memang susah kalau menyampah. Ya tak? Kebanyakan orang yang tak boleh perform bagus dalam pelajaran ni pasal apa, tau? Pasal mereka menyampah belajar. Tak boleh menyampah belajar ni. Kena rasa syok. Bila syok, tak ada rasa penat dan tak timbul rasa malas.
Macam mana nak syok? Besarkan matlamat anda. Besarkan macam mana? Ala, besarkan hujungnya. Hujungnya anda nak jadi apa? Kalau hujungnya besar, usaha dekat sini kurang susah.tapi kalau hujungnya kecik aje, kecik boleh tahan atau langsung tak ada, usaha hari ini memang sakit sangat.

Orang yang panjat gunung, dia kena matlamatkan nak sampai ke puncak gunung. Kalau dia tak matlamatkan ke puncak, dia cepat give up. Penat sikit atau susah sikit, terus fed-up. Dia rasa cukuplah setakat kaki  gunung. Tapi orangyang matlamatnya besar dan jelas nak sampai ke puncak gunung biasanya tak mudah menyerah kalah. Walau sikit macam mana sekalipun,dia akan usahakan. Berdikit-dikit, lama-lama sampailah.

Belajar pun macam tu. Kalau tak ada matlamat besar atau cita-cita besar, memang mudah bosan. Baca buku sikit, mula mengantuk. Kena tegur cikgu sikit, mula nak merajuk. Gagal sikit pulak , hilang semangat.

Tapi kalau matlamat besar, semua halangan jadi kecik. Semut boleh bina busut yang beribu kali saiz dia, pasal apa? Pasal matlamatnya besar dan tak pernah malas. Tak percaya? Tanya semut.

Percaya tak? Di kalangan semua makhluk, manusialah yang paling malas dan suka beri alasan. Lebah tak pernahnya malas dan tak pernah beri alasan. Burung tempua tak pernahnya bosan sampailah menjadi sarang dia. Selagi tak jadi, tak berhenti dia. Anda pulak?

Matlamat besar, kesakitan pun hilang dan jalan jadi mudah. Akhirnya, anda juga yang akan jadi terbilang.

untuk rasa syok belajar, besarkan matlamat anda.”



Pautan :

No comments:

Post a Comment