10 October 2011

Posted by CF Nur Farizan on October 10, 2011

Gambar ni adalah gambar paling mahal dan paling berharga, sebab abah memang susah nak bergambar. 

Barangkali tarikh 10.10.2010 [setahun yang lalu] adalah ulang tahun kelahiran abah, kami anak beranak meraikan maka tak menolak dan semudah a b c hihi..

Walaupun dah berusia 60an tapi rambut masih belum beruban, wajahnya masih awet muda, pada pendapat CF abah ni dapat membezakan kerja dunia dan kerja akhirat.

Tahun ni kami akan sambut bila abah kembali ke Malaysia [sekarang sedang berkursus]. Apa pun CF sentiasa mendoakan abah kesayangan CF sihat, bahagia, kaya, berjaya dan diberkati aminnn..

Abah tempat berkongsi pendapat dan masalah. Sentiasa berfikiran terbuka, seorang yang teliti dalam membuat keputusan, tabah dalam menghadapi segala dugaan, sentiasa tenang apabila mendapat kritikan..

Tahniah Abah hebat dan berjaya.