16 November 2011

Aishwarya-Abishek dapat anak perempuan

Abishek Bachchan
Dunia hiburan Bollywood diserikan dengan berita gembira, apabila  pelakon jelita, Aishwarya Rai selamat melahirkan bayi perempuan, pagi tadi.
Perkara itu diumumkan sendiri suaminya juga aktor handalan, Abishek Bachchan, menerusi Twitter.

Bekas Ratu Cantik Dunia 1994 itu melahirkan anak sulungnya itu di hospital swasta terkenal, Seven Hills yang terletak di Mumbai, India.
Aishwarya dimasukkan ke hospital tersebut pada malam Isnin lalu. 

Sementara itu, bapa Abishek, pelakon veteran Amitabh Bachchan turut berkongsi kegembiraanya bergelar datuk dengan peminat.
Dalam laman Twitternya, Amitabh menyifatkan cucunya itu sebagai bayi perempuan paling comel.

Aishwarya yang terkenal menerusi filem Devdas ini mendirikan rumah tangga dengan Abishek, pada 2007 dalam majlis perkahwinan besar-besaran.

0 comments:

Post a Comment