19 November 2011

Cerita Aku

Cerita aku? hari ini badan semacam demam panas, mungkin banyak dosa, menghukum orang-orang yang tak berdosa. Ya Allah berilah aku kekuatan, badan ni lemah tak bermaya, tapi ada hati untuk menaip. Apa-apa pun diri ini sangat beruntung ada kawan-kawan yang berjaya menegur merubah apa-apa yang belum diubah. Andai terdaya diri ini mahu memaparkan nama-nama rakan yang berhati mulia. Tapi biarlah aku dan dia saja yang tahu. Jazakallah sujud syukur bahawa hidup ini kita tak rasa sendirian. Dengan teguran dan kita berubah barulah boleh jadi orang berguna. Diri ini bukanlah sempurna tapi sentiasa belajar dan terus belajar. Adakalanya ego boleh membawa padah, mengundang 1001 kecelakaan. Apa-apa pun selepas ini sebelum bertindak maka berfikirlah di kotak fikiran yang waras. Terima kasih sahabat.. Anda hebat dan luar biasa.

0 comments:

Post a Comment