Follow Us @soratemplates

4 November 2011

Kisah Kejayaan Pelatih Pengurusan Pejabat Siti Hajar Abu Karim

Assalamualaikum w.b.t



Syukur ke hadrat Ilahi kerana di beri peluang sekali lagi untuk mencoret @ kongsi serba sedikit tentang kejayaan sepanjang Latihan industri selama 4 bulan ini. Terlebih dahulu saya amat berterima kasih kepada pengajar-pengajar Institut Perdagangan Munshi (IPM) kerana telah memberi tunjuk ajar yang bagus lagi berkesan kepada pelajar-pelajar yang telah menimba ilmu di IPM.


Selain itu juga, saya amat berterima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra Sungai Buloh Selangor, Tuan Haji Majid bin Madon yang telah memberi seribu kepercayaan kepada saya untuk menimba ilmu dalam bidang pentadbiran dan memberi peluang kepada saya untuk bekerja dalam situasi pejabat dan dapat belajar dengan baik dan lancar. 


Begitu juga dengan kakitangan-kakitangan pejabat. Walaupun saya hanya membekalkan mesin taip di meja, tetapi tiada masalah bagi saya untuk belajar tentang perkara-perkara yang sering Pembantu Tadbir @ pembantu am lakukan. Dari situ,saya belajar serba sedikit dan sentiasa bertanya jika tidak faham. Pergaulan sesama kakitangan amat penting kerana kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain.

Dari situ saya dapat belajar serba sedikit tentang tugasan yang di lakukan dan ilmu yang di berikan oleh staf-staf. Perkara yang saya suka sekali ialah, staf di sini ialah mereka memberi layanan yang terlalu baik, tidak kedekut ilmu, dan sentiasa memberi tunjuk ajar jika saya memerlukan dan memberi nasihat jika saya ada perkara-perkara yang tidak patut diikuti. Mereka juga telah mengajar saya menepati masa, memberi tumpuan sepenuhnya semasa bekerja. Mereka juga tidak pernah membezakan saya dengan pelatih-pelatih lain.Setiap aktiviti, mesti saya perlu terlibat.

Setakat ini yang saya dapat kongsikan kepada kawan-kawan..dan kalau tiada aral melintang, pada 14 November ini saya akan memulakan kerja di Syarikat Swasta. Semasa temuduga, seperti biasa kita mestilah berpakaian kemas yang sedap mata majikan memandang. Perlu jugak jawab dengan Yakin.

Pengalaman saya semasa temuduga tempoh hari, saya mesti menjawab dengan yakin dan tidak disangka-sangka tanpa mengisi borang, majikan terus bertanya, bila saya boleh mula bekerja dan tanpa segan silu saya menjawab selepas tamat praktikal.Waktu itu, tuhan je yang tahu betapa gembira nya saya. Dalam hati saya waktu itu, adalah CFn Mak…kerana CF lah yang banyak memberi segala-galanya n mak pula banyak memberi saya nasihat, dorongan serta pertolongan.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Siti Hajar Abu Karim
Sesi Januari 2011




No comments:

Post a Comment