Follow Us @soratemplates

25 November 2011

Mangsa banjir di Kelantan terus bertambah

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan terus bertambah buruk dengan mangsa yang dipindahkan sehingga pukul 8 pagi ini dilaporkan bertambah kepada 785 orang berbanding 416 orang malam tadi. 

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata mereka terdiri daripada 189 keluarga yang dipindahkan ke 18 buah pusat pemindahan.

Mereka yang baru dipindahkan ialah seramai 35 orang di daerah Kuala Krai, 306 (Kota Bharu), 101 (Machang), 197 (Pasir Mas), 21 (Pasir Puteh), dan 125 (Tanah Merah).
Sehingga 8 pagi ini, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard melebihi paras bahaya iaitu 9.99 meter (paras bahaya 9 meter) di Rantau Panjang dan 16.12 meter (16 meter) di Jambatan Guillemard dengan paras air dilaporkan semakin meningkat. 

Cuaca pada sebelah pagi dilaporkan mendung. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment