Follow Us @soratemplates

1 November 2011

Pilihan Makanan Terbaik Di Sisi Islam - Part 1

Setiap tatacara dalam kehidupan kita seharusnya berpandukan Al-Quran dan As-sunnah. Ini kerana kedua-duanya merupakan batu asas yang menjadi pegangan kita sebagai umat Islam. Sunnah Rasulullah SAW boleh menjadikan kita panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Dalam menjalani kehidupan seharian, adakah anda begitu prihatin terhadap pemakanan yang diambil? Atau makan mengikut selera dan nafsu makan semata? Rupa-rupanya tanpa kita sedari dalam makan yang kita makan sehari-sehari tidak boleh diambil sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antaranya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.

No comments:

Post a Comment