Follow Us @soratemplates

28 November 2011

Sekitar Majlis Merisik & Bertunang Keluarga Haji Muhd Nasir

27.11.2011: Alhamdulillah selesai sudah Majlis Merisik & Bertunang keluarga Haji Muhd Nasir & Encik Zulfakar Felda Sungai Nerek Temerloh Pahang dengan 5 buah kenderaan pacuan 4 roda di antara Muhd Ilyas dan Nor Assilah . Allah permudahkan segala urusan dan berjalan dengan lancar. Perkara yang baik dan diizinkan segala jadi mudah.. Alhamdulillah ..

Sebagai kakak NF sangat teruja sebab dalam keluarga kami Ilyas yang pertama melangsungkan Majlis Pertunangan. Dengan izin Allah dan selepas ni kakak n abangnya akan menyusul.. wah masin mulut hihi..

Majlis pertunangan diikat dalam tempoh setahun.. lagi cepat lagi bagus pesan kedua-dua belah pihak ..

Tujuan gambar ini disiarkan untuk berkongsi dengan kenalan terdekat yang telah mengetahui majlis ini akan diadakan..

Ok jom kita intai-intai di Sekitar Majlis Merisik & Bertunang Keluarga Haji Nasir & Encik Zulfakar








Ketua rombongan : songkok hitam baju batik oren 


Bakal bapa pengantin lelaki 
(kopiah putih baju biru) 
&
Bakal bapa pengantin perempuan 
(songkok hitam baju coklat)



Bonda menyarungkan cincin merisik ke jari Shila 



Sesi menyarungkan cincin bertunang ke jari Shila 



Shila bersama bakal mak mentua, kakak dan adik ipar




Makan kenduri .. memang sedap.. NF siap
buat teknik tett.. nak pekena ikan patin Temerloh
Alhamdulillah ada.. :)


k sampai kat sini dulu.. jumpa lagi cerita yang akan datang .. terima kasih berkunjung di laman blog www.nurfarizan.blogspot.com




No comments:

Post a Comment