8 December 2011

Ayam Rebah Bangun


Bahan-bahan:
1 ekor ayam kampung yang muda - 
dibersihkan dan dilayur di atas api (utuk hilangkan bulu-bulu halus)
8 biji cili merah
3 ulas bawang putih
12 biji bawang merah
3cm halia
3cm kunyit hidup
4 biji buah keras
250ml santan pekat
250ml santan cair
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1.Tumbuk kunyit dan buah keras hingga lumat.

2. Kemudian masukkan cili merah, bawang merah, bawang putih dan halia. 
Tumbuk kasar-kasar.

3. Selepas itu masukkan bahan-bahan tadi bersama sedikit air ke dalam periuk. Kacau rata sehingga mendidih.

4. Kemudian masukkan ayam, santan cair, daun kunyit, asam gelugur dan garam secukup rasa. Kacau rata.

5. Bila ayam agak masak, masukkan santan pekat. Kacau sehingga mendidih dan bolehlah diangkat.

6. Sedia dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com