21 December 2011

Best sangat ke Blog?

Tidak semestinya anda, ramai lagi yang sering tertanya-tanya kenapa kita perlu Blog? Best sangat ke Blog? Bolehkah Blog mengubah hidup kita? Jawapanya YA jika kena tempat dan gayanya. Pada zaman serba moden ini, segala-galanya perlu dilakukan dengan pantas dan bak kata omputih ‘here and now’. Blog membantu mempercepatkan segala proses kerja, kehidupan dan bermacam-macam lagi. Blog juga boleh menjadi medan menyuarakan isi hati, kekal berhubung bersama kawan-kawan, mencari idea atau kenalan baru, menambah pengetahuan serba banyak lagi yang boleh anda terfikirkan.
Bagi mereka yang tidak gemar sangat bab emosi-emosi ini, boleh menggunakan Blog untuk tujuan wang. Ya cari wang melalui Blog siapa yang tidak mahu? Apa pun tujuan anda Blog, ia adalah hak anda. Apa yang anda perlukan hanya mengenal pasti tujuan anda ingin Blogging agar memudahkan anda memilih jenis Blog yang sesuai dengan anda pula selepas ini.

1.     Blog untuk kepuasan diri/emosi
2.     Blog untuk ekonomi
3.     Blog untuk portfolio
4.     Blog untuk komunikasi
5.     Blog untuk kenalan
6.     Blog untuk minat
7.     Blog untuk ilmu
8.     Blog untuk hiburan
9.     Blog untuk politik
10.            Blog untuk komersial diri

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com