Follow Us @soratemplates

21 December 2011

Blog Untuk Kepuasan Diri / Emosi

Ini merupakan tujuan yang paling lazim orang gunakan untuk Blog. Blog menjadi diari peribadi bagi mengekspresi diri, menyuarakan isi hati,untuk kepuasan diri dan untuk dikenali di alam siber. Wanita selalunya mencipta Blog untuk tujuan ini mungkin kerana wanita penuh dengan emosi. Sedih,suka,duka semuanya dicoret di dalam Blog dan kita boleh memilih sama ada ianya menjadi tatapan umum mahupun tidak. Tetapi jika dan dipos ke Blog, tentunya kita mahu berkongsi dengan individu lain suka-suka kita atau emosi kita terhadap sesuatu.

 
Lebih-lebih lagi dalam kehidupan sekarang ini, yang selalunya menghimpit jiwa dan perasaan. Kita memerlukan teman untuk berbicara dan Blog salah satu medium yang boleh membantu kita. Luahkan segalanya di Blog dan alangkah seronoknya apabila mendapat  komen atau respons dari rakan-rakan mahupun kenalan talian di Blog kita. Siapa tahu ia mampu menguraikan kekusutan yang melanda minda.

Atau mungkin anda terlalu teruja untuk berkongsi kegembiraan. Hendak berkahwin, menimang cahaya mata, lulus peperiksaan atau ingin memberitahu dunia bahawa anda cintakan si dia. Inilah tempatnya! Blogging untuk isi hati dan emosi anda, luahkan. 

No comments:

Post a Comment