13 December 2011

Hujan di Pahang, Johor berlarutan hingga esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dan lebat, yang berlaku di beberapa daerah di Pahang dan Johor, berterusan sehingga esok.

Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, keadaan tersebut boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah. 

Antara daerah yang terlibat di Pahang ialah Kuantan, Pekan serta Rompin manakala di Johor, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, angin kencang timur laut berkelajuan 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Tioman, Bunguran, Condore, North dan South Reef, Layang-layang dan Palawan, dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Kenyataan itu juga menyebut kawasan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga esok.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com