16 December 2011

Posted by CF Nur Farizan on December 16, 2011

Bahan-bahan:
200gm daun pegaga
200gm daging salai/bakar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5cm halia
50gm cili padi
½ biji bawang besar - dimayang
1 batang serai - dimayang halus
1 sudu makan kerisik
1 sudu makan jus limau nipis

Cara memasak:
1. Satukan kerisik, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan bahan yang dimayang halus dan digaul rata.
3. Akhir sekali, masukkan bawang besar, daun pegaga dan daging salai. Sebatikan.
4. Sedia dinikmati bersama nasi putih dan ikan bakar cicah air asam.