9 December 2011

Posted by CF Nur Farizan on December 09, 2011
Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd., Datuk Hussamuddin Yaacub hari ini tampil memberi penjelasan sebenar berhubung kenyataan penulis asal novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari yang mengatakan beliau tidak menerima bayaran setimpal selepas karyanya diangkat menjadi filem.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, pagi tadi (9 Disember 2011).