14 December 2011

"Stress" Punca Rambut Gugur













Rambut tumbuh di merata badan manusia kecuali di tapak tangan dan di tapak kaki. Ada sesetengah rambut tumbuh terlalu halus sehinggakan kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.

Secara purata, seorang dewasa mempunyai 100,000 ke 150,000 helai rambut. Rambut manusia pula akan gugur lebih kurang 100 helai sehari. Oleh itu jika anda menjumpai beberapa helai rambut di sikat ketika berdandan, janganlah risau.


Rambut Terbahagi Kepada Tiga Fasa
1. Fasa Anagen: Fasa penumbuhan aktif jangka masa dua ke enam tahun
2. Fasa Catagen: fasa di mana rambut yang aktif memanjang berhenti daripada memanjang. Jangka hayatnya antara dua ke tiga minggu
3. Fasa Telogen: Fasa di mana rambut mula berehat dan kemudian gugur. Jangka hayat dua ke tiga bulan.
90 peratus rambut kita dalam fasa Anagen dan dalam setahun rambut kita memanjang sebanyak enam inci secara purata. Namun begitu semakin berusia, kadar pemanjangan rambut semakin lambat.

Rambut Nipis Yang Kerap Dialami Oleh Wanita
Telogen Effluvium: Rambut menipis


- Majoriti wanita yang mengalami masalah "penipisan" rambut disebabkan sejenis kondisi yang dinamakan "Telogen Effluvium".

- Ini bermakna rambut secara tiba-tiba berhenti memanjang dan gugur secara banyak. Kenapa ini boleh berlaku? Telogen Effluvium boleh berlaku apabila badan mengalami stres seperti selepas demam panas, ketika mendapat penyakit dan untuk wanita selepas bersalin.

- Anda tidak perlu panik. Rambut akan tumbuh semula selepas beberpa bulan.
- Jika stres, ambil cuti dan berehat. Tetapi jika anda baru habis bersalin, ambil cukup vitamin dan mineral agar badan boleh sihat dengan cepat dan rambut boleh tumbuh lebat semula seperti sediakala.

Androgenic Alopecia
- Masalah rambut menjadi botak ada kaitan dengan genetik. Ia boleh berlaku kepada lelaki atau wanita. Lelaki boleh mengalami masalah ini seawal remaja manakala wanita pula sewaktu usia menjangkau 40-an.

- Masalah ini lebih kerap dialami oleh kaum lelaki. Lelaki yang mewarisi genetik androgenic alopecia, mempunyai folikel rambut sangat sensitif kepada hormon dihydrotestosterone (DHT).

- Kesan DHT adalah mengecutkan folikel rambut dan menyebabkan rambut gugur. Androgenic alopecia mempunyai corak 'botak' yang tertentu.

- Untuk wanita, androgenic alopecia boleh disebabkan oleh perubahan hormon. Di antara sebabnya adalah 'ovarian cyst', pil perancang yang mengandungi paras progesteron yang tinggi serta menopaus.

Untuk lebih banyak tip cantik dapatkan RAPI 1 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com