This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

26 December 2012

Membina Motivasi Diri Tatkala Tertekan



Tatkala anda tertekan lakukanlah saranan kendiri, kenduran minda dan mengingati PENCIPTA.



Saranan Kendiri
Apa itu saranan kendiri? Saranan kendiri ialah apabila anda bercakap dengan diri anda sendiri sama ada dengan bersuara mahupun tidak. Bercakap sendiri ini sebenarnya berlaku setiap waktu, bahkan tatkala anda tidur, sebenarnya minda anda bercakap hingga tayanglah pelbagai gambaran mimpi. Jika kuat sangat percakapan itu ia akan terluah melalui kata-kata. Dalam keadaan begini anda dikatakan sedang mengigau.

Monolog dalaman ini lebih kerap terjadi sewaktu anda berdepan dengan masalah bersendirian. Ketika itulah diri anda sendiri mencadangkan berbagai-bagai cadangan tanpa anda ketahui sebabnya. Sesetengah orang menyebut suara hati. Daripada sinilah suatu tindakan itu diambil. Biasanya orang yang dalam tekanan akan mendapat saranan yang membuahkan tindakan-tindakan nekad yang juga berani tetapi tidak bertempat.

Jika dia gagal mendapat kembali arus bertenang dalam dirinya (arus Alpha) dia akan bertindak seperti apa yang disarankan itu. Hasilnya selalu buruk.
Saranan kendiri adalah mekanisme yang penting untuk mencapai motivasi diri meskipun dalam keadaan tertekan. Ia ibarat petrol yang dicurahkan ke api. Sebagaimana tekanan yang saya sebutkan sebelum ini, saranan kendiri juga boleh diperalatkan untuk mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam hidup. Anda hanya perlu bertenang dan positifkan setiap cadangan yang timbul dan cuba realitikan secara positif.

Dalam kata lain, anda membentuk kata-kata perangsang yang boleh meredakan perasaan negatif supaya berada pada tahap yang lebih terkawal dan seimbang. Kata-kata ini mendorong anda bertindak melakukan apa yang telah anda sarankan itu.

Misalnya anda bermonolog dengan kata-kata “Hai, sakitnya hati aku. Apa aku nak buat ni? Nampaknya kenalah tunjuk kuat. Kalau tidak selama itulah dia sangka aku takut padanya.”

Dalam keadaan begini, jika anda gagal mencetuskan kembali arus alpha anda akan terus bertindak mengikut saranan hati tadi. Akibatnya selalu buruk.
Tapi kalau anda menggunakan mekanisme ini (saranan kendiri) secara betul anda boleh memperalatkannya untuk mencapai sesuatu yang agak mustahil. Misalnya, anda bermonolog. ‘Aku boleh menghasilkan sebuah buku dalam bulan ini. Aku mesti berusaha bersungguh-sungguh.’

Penekanan perkataan ‘mesti’ pada ayat kedua menunjukkan peri pentingnya usaha manakala perkataan ‘boleh’ digunakan pada ayat pertama supaya kekecewaan tidak sangat terasa apabila anda tidak berjaya menulis buku berkenaan kerana anda telah pun berusaha.

Maknanya, biarpun usaha anda gagal setelah anda menggembeling segala usaha, anda masih boleh bertenang dan berada dalam arus Alpha. Kesimpulannya sentiasa positifkan, monolog. Jika yang negatif juga yang hadir, iringi dengan saranan positif.

Kenduran Minda
Penyakit utama minda ialah memberi ruang dan peluang kepada kata-kata negatif daripada menembusi minda?

Anda kata anda berjaya menyekat kata-kata negatif, minda anda akan lebih tenang dan boleh berfungsi dengan positif. Sebaliknya jika anda terus melayani kata-kata negatif, minda anda akan terus sakit dan anda juga akan bertindak secara negatif. Jadi, anda perlu menyekat kata-kata negatif daripada menembusi minda.

Contoh begini, tatkala monolog diri menyarankan agar anda bangun untuk melakukan sembahyang pada suatu subuh yang amat sejuk, kata-kata negatif akan cuba menembus, ‘Ala, tak payahlah. Nanti qada aje’.

Kalau ketahanan diri anda lemah pada waktu ini, anda akan menurut saranan negatif itu dan membiarkan ia mengatasi diri anda yang sebenarnya (fitrah anda memang mahu bangkit kerana sedar aktiviti itu wajib).

Dalam agama, situasi begini berlaku kerana adanya campur tangan syaitan. Ini memng tidak dinafikan. Agama menyarankan kita beristighfar dan membaca doa-doa untuk menghalau syaitan misalnya memohon pelindungan ALLAH dari syaitan yang direjam dan kemudian membaca Bismillah.

Namun, masih ramai yang gagal bangkit meskipun syaitan sudah terbirit-birit lari. Dia masih seronok berselubung dalam selimut dan membiarkan masa berlalu. Mengapa?

Ini dinamakan kenduran minda. Tatkala minda mengendur ia memang lebuh raya kepada saranan-saranan negatif. Anda terpaksa meletakkan road block supaya minda kembali tegang dan terangsang.

Bagaimana? Tidak lain, fikirkan dan sebutkan kata-kata yang berlawanan dengan yang timbul itu. Apabila saya katakan sebut, bermakna anda kena menyebutnya hingga didengar di telinga anda sendiri.

Mengingati Pencipta
Terakhir, dalam usaha mencapai ketenangan, menghindar tekanan dan membina arus yang betul untuk membina kecemerlangan ialah mengingati ALLAH. Kita kena sedar masalah hati tidak dapat ditangkis berpunca daripada lemahnya penghayatan agama.

Firman ALLAH dalam Surah al-Ma’rij, ayat 19 maksudnya, “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut), apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyang.”

=======================
Dapatkan Tips Kesihatan & Penjagaan Diri
Like Facebook 


24 December 2012

Agen Latihan Kerjaya IPM











Agen Latihan Kerjaya DILARANG sama sekali melakukan SPAM. Jika didapati mana - mana ahli yang melakukan SPAM, maka keahlian akan ditamatkan serta - merta. Komisen yang terkumpul tidak akan dibayar kepada ahli yang melakukan SPAM. Oleh itu, silalah mengamalkan teknik promosi yang baik dan beretika. 

Nilai komisen seperti berikut akan diberikan:
  1. Latihan Kerjaya Kesetiausahaan : RM70.00 Komisen
  2. Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat :  RM50.00 Komisen
  3. Latihan Kerjaya Aplikasi Komputer : RM30.00 Komisen
  4. Latihan Kerjaya Trengkas : RM20.00 Komisen
  5. Latihan Kerjaya Menaip (Touch Typing) : RM20.00 Komisen
Pembayaran komisen akan dibuat pada bulan kedua calon mengikuti kursus sebelum atau pada 15 haribulan .

Contoh : Kemasukan Sesi Jan 2013
Komisen akan dibayar sebelum atau pada 15 Februari 2013.

Calon yang hadir tanpa pengesahan dari keahlian agen tidak dimasukkan dalam komisen.

Untuk memastikan komisen ini dibayar ke akaun agen sila sahkan melalui SMS NO KEAHLIAN AGEN [jarak] NAMA RAKAN ANDA [jarak] ALAMAT  RAKAN ANDA [jarak] NO TELEFON RAKAN ANDA [jarak]  DAFTAR SESI hantarkan ke 011.1511.6182

Contoh : CF23122012 [jarak] Umairah Jahidah bt Md Nasir [jarak] B96-1 Taman Guru KM8 Jalan Gambang 25150 Kuantan Pahang [jarak] 0199936840 [jarak] Jan 2013;

Atau hadir bersama calon kursus ke kaunter pendaftaran IPM.

Pastikan agen membekalkan butiran peribadi yang tepat.

Selamat berpromosi kepada rakan adik beradik/rakan/kenalan/saudara mara @ kepada mereka yang berminat.

Butiran Peribadi Agen Latihan Kerjaya


Ikhlas,

Admin. NurFarizan.com
www.nurfarizan.com

Video Bandar Kuantan dilanda banjir kilat


KUANTAN: Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam. 

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter. 

Antara jalan yang ditenggelami air setakat jam 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

www.bharian.com.my





19 December 2012

Keindahan Cameron Highlands



Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. 

Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Mukabumi
Pengunjung boleh ke sini dari TapahPerak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.

Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia. Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung BrinchangTringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. 

Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Farm, Pasar Sayur, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Tokong Sam Poh ,Cactus Valley, Strawberry Farm, rumah rehat dan padang golf.

Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sini juga terletaknya Gunung BerembanGunung JasarGunung Perdah dan Air Terjun Robinson. Lain-lain lokasi ialah Ringlet dan Kampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal elektrik.

Sejarah
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Keistimewaan
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi

Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.

Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

Pekan
Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:
1.     Ringlet
2.     Lembah Bertam
3.     Tanah Rata
4.     Brinchang
5.     Kea Farm
6.     Tringkap
7.     Kuala Terla
8.     Kampung Raja
9.     Blue Valley




Pemandangan Ladang Teh



Rumah gaya inggeris di Cameron Highlands


Air Terjun Lata Iskandar, merupakan salah
satu tarikan pelancong di Perak.
Lata Iskandar terletak berhampiran daerah
Tapah, Batang Padang, Perak Darul Ridzuan.



#1 Pasar Malam Brinchang  |  cerita blogger www.cikreenatan.com



#2 Pasar Malam Brinchang  |  cerita blogger http://sharinginfoz.blogspot.com



Taman Agroteknologi Mardi
lagi gambar menarik --> http://destinasicameronhighlands.blogspot.com


Big Red Strawberry Farm  |  blogger http://mrkumai.blogspot.com

Penginapan 


  • Lokasi : Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
  • Di tingkat 2, tiada lif
  • RM280/malam (weekend), RM250/malam (weekdays)
  • Deposit RM100 untuk confirm booking. Seandainya berlaku pembatalan wang hanya dipulangkan sekiranya terdapat guest lain yg check in pada tarikh tersebut
  • Kemudahan memasak, peti ais, rice cooker disediakan
  • Astro
  • Terdapat kedai makan dan kedai runcit di Puncak Arabella
  • 3 bilik 2 bilik air, 1 tilam extra saiz queen disediakan
  • Check in jam 2 petang, check out jam 12 tengahari

Hubungi kak Aini
Call @ sms 0164941276
WhatsApp sahaja 0195270512

15 December 2012

Siapa tahu
















Siapa tahu rezeki kita
lebih banyak daripada
apa yang kita sangkakan
dan hal itu telah tercatat
di sana, tetapi disebabkan
kita kurang berusaha
membuatkan kita menyangka
setakat itulah yang telah
ditentukan buat kita.

Pok Dogo Suara FM on air..


tengah update blog 
eh Pok Dogo on air..

 radio online Suara FM 
Muzik Satu Suara

link untuk dengar layari 
I
I
I
I
V

11 December 2012

Oh My Trengkas !

AsSalam  |  11.12.2012

Trengkas kembali lagi setelah hampir setahun .. alhamdulillah kali ni sambutan untuk join kelas trengkas menggalakkan.. setelah diperincikan kelebihan dan kepentingan dalam dunia kerjaya .. sebenarnya subjek ini boleh dikatakan wajib dalam kursus berkaitan pentadbiran pejabat dan terpulang kepada individu tersebut sebab cabaran dalam dunia trengkas..sangat-sangatlah mencabar.. tapi tak ke penting sebab dalam dunia kerjaya yang sebenar memang mencabar dan tercabar..

Untuk kali ini Institut Perdagangan Munshi (IPM) berbesar hati menerbitkan buku Trengkas bagi memudahkan pembelajaran. Dengan bilangan 86 muka surat padat dengan gurisan dan contoh berserta latihan semoga buku ini membawa manfaat bersama. Harga pengenalan RM25 (harga sebenar RM40) semua mampu milik. sebenarnya jika dinilai dengan wang ringgit ia lebih berharga dari ilmu yang kita peroleh.

Tahniahkan untuk diri anda kerana BERANI menyahut cabaran dan selamat datang
ke dunia TRENGKAS 2012/2013.