Follow Us @soratemplates

5 January 2012

Jalani Apa Adanya

Assalamualaikum Selamat Pagi.

Pagi ni post secara terus tidak melalui auto publish. Allah tak mengizinkan jalan seperti biasa. Di mana bila CF bangun jalan terhencot-hencot. Sebenarnya sakit ni dah lama. Tapi datang berulang-ulang bila mana banyak berjalan. Alhamdulillah Allah beri kudrat tangan yang masih boleh menaip, mata yang boleh melihat. Alhamdulillah segalanya hak milik Allah.

Sebenarnya hari ni hari penting ada mesyuarat di pejabat. Tapi apa kan daya sekiranya kita tidak mendapat keizinannya maka tugas yang perlu dilaksanakan tergantung begitu saja.

Tinggal 5, 6, 7 Januari 2012 tarikh tutup pengambilan Sesi Januari 2012 bagi Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. CF mohon rakan kesayangan CF mendoakan kesihatan CF kembali sedia kala.

CF nak kecoh-kecoh .. masih nak berkongsi ilmu bersama pelajar kesayangan CF :)

wajah ceria 04.01.2012

No comments:

Post a Comment