8 January 2012

Masalah







Jika kita ada masalah mengadu pada Allah dan lihat diri untuk berubah. Tiada orang dapat menyelesaikan masalah kita kecuali kita dengan pertolongan Allah. Tulis masalah kita dan buat analisa apa kita harus ubah. jika ada masalah mata dan dah berjumpa doktor teruskan rawatan dan tidak ada doktor yang tidak akan beri rawatan jika penyakit itu boleh diubati.

Bila kita hidup dengan mengharapkan orang lain dan penuh dengan kasihan pada diri sendiri kita akan tenggelam dalam masalah hingga tidak nampak dan tidak bersyukur dengan kurniaan Allah yang lain. sebab itu Nabi Muhammad SAW bersabda dari urusan dunia lihat orang di bawah supaya kita bersyukur dan urusan akhirat kita lihat orang diatas supaya kita akan usaha untuk tingkatkan amalan.

Jadikan tips yang diberi cara mengubah minda supaya mencegah dan merawat masalah. Lebih baik kita luahkan masalah pada Allah dan tingkatkan komunikasi kita untuk atasi masalah dan perbetulkan diri kita sebelum kita perbetulkan orang lain. Oleh itu maaf tidak dapat menjawab soalan peribadi fan masalah peribadi sesiapa. kita harus ada konsep kehidupan. Selalu masalah kita dalam jiwa dan minda kita. Jiwa yang tenang dan dekat dengan Allah akan menerima keadaan dan akan tanya apa saya boleh belajar dai masalah ini. http://www.facebook.com/profdrmuhaya

0 comments:

Post a Comment