This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

28 February 2012

Promo Page #RAPI Magazine


Bagaimana anda menghargai tubuh badan anda? Dan bagaimana anda mengamalkan gaya hidup yang sihat?6 Komen menarik akan dimuatkan dalam ruangan mesej sihat edisi 15mac.Terima kasih. (Yna Sidek)
 ·  ·  · February 11 at 9:25pm via mobile · 
  • You and 21 others like this.
    • Nur Farizan Nasir Pengambilan makanan tambahan bagi menggembalikan tenaga dan memperbaiki sistem dalam tubuh badan. Disamping itu mengawal kadar kuantiti makanan yang diambil serta senaman, minum yang secukupnya dan tidur yang berkualiti.
      February 11 at 9:32pm ·  ·  3
    • Si Mistri mengambiL makanan yg sihat terutamanya buah-buahan & sayur-sayuran.bersenam 3 kaLi seminggu...
      February 11 at 9:35pm ·  ·  3
    • Hidayah Maznan Memperbanyakkan minum air putih,mengambil supplement (vit c dan EPO),banyakkan bergerak aktif, meluangkan masa untuk berjoging, mengawal kuantiti pemakanan seharian,mengamalkan rutin menjaga kulit muka/badan secara teratur dan sentiasa berfikiran positif.
      February 11 at 9:54pm ·  ·  2
    • Nor Jihan Sapawi Tak semestinya kena diet baru badan sihat,apa yg penting kena pandai mengawal kuantiti makanan yang dimakan. Makan sikit-sikit tapi kerap. Tak perlu berlari atas threadmill setiap hari tapi yang penting mesti berjalan dn bergerak aktif.cthnya,window shopping sejam dua adalah lebih seronok kan berbanding berlari keliling tasik? Setiap org perlu menghargai diri sendiri dan sentiasalah bersyukur dengan bentuk badan masing2.
      February 11 at 9:59pm ·  ·  2
    • Jamiesya Isa Pengambilan supplement,SPA,Saloon,Lulur,Urut dan apa2 yang berkaitan dengan kecantikan semuanya memerlukan duit!jadi...untuk menghargai tubuh badan janganlah kedekut untuk berbelanja sedikit..!kalau tak cukup budget buat jer sendiri kat rumah..pakai jer tepung,telur,madu,beras pulut di blender pun boleh di jadikan bahan utk kecantikan.. jadikan RAPI sebagai panduan!untuk gaya hidup yang sihat..peruntukkan sedikit masa untuk bersenam!dan amalkan jer cabaran langsing yg ada kat RAPI insyaallah Sihat dan cantik!!!(Bukan bodek tapi kenyataan kerana RAPIlah diri ku berubah!)thanks RAPI!
      February 11 at 10:26pm ·  ·  2
    • Ati Siti Aktif kn diri, sentiasa positif ,memberi masa utk diri sendiri , eratkan kasih sayang dan yg penting hati kena sentiasa bersih!!
      February 11 at 10:40pm ·  ·  2
    • Hurin Humaira Bsyukur dgn apa yg dkurniakan spt rupa paras dan bentuk badan.tdk mbandingkn2 kkurangan diri dgn org lain.ambik supplement habbatus sauda, epo,vco.kerap mandi,bhenti mkn sblum kenyang dan bg bragama islam,jaga s0lat 5 waktu.krna tanpa solat,cahaya iman tdk tpancar dwajah dan wajah mjd kusam.^_^
      February 12 at 6:17pm ·  ·  2
    • Nik Maizatol bgun tidur ingat ALLAH.........seharus wajib yg 5 jgn diabaikan.sayangi ibu bapa n family,think positive,lakukan senaman rutin,mkn apa yg tubuh perlu n hindarkan nafsu mkn yg merugikan......zikir utk santapan rohani!
      February 19 at 8:36pm ·  ·  1

Peraturan Hidup

Hidup ni kena ada peraturan 
barulah kita berdisiplin
walaupun ada kalanya kita culas 
nak laksanakan tanggungjawab tu kan..

Demi keharmonian dan sikap 
bertolak ansur serta kasih sayang
dalam diri kita, maka wujudlah
keikhlasan dalam diri kita .


Hidup ini sebenarnya indah 
dan bahagia.. 

Apa pun jalan ni 
kita yang pilih 
untuk terus 
suka, sedih, kaya & bahagia

petua : senyum 
pasti hidup ceria + bahagia

25 February 2012

Promo Page

Tengahari ni CF dok
jalan-jalan di FB
jadi ternampaklah
Page ni
buat Promo Page

Bagi yang berminat
nak join mudah aje
just kasi

Nama
Lokasi
Ucapan
Kepada

CF rajin sikit
tengahari ni
maka terjoin lah












Terima kasih Admin -SLAYSHIMIZU CROWZERO I-


Kenali Wanita

Assalamualaikum,
Selamat Tengahari
rakan-rakan SEMUA,

CF doakan semoga
berbahagia di hari Sabtu.
Bagi yang kurang sihat.
Dapatkan rawatan
dari pakar ya..

Ok tengahari ni
CF nak berkongsi artikel
dari rakan facebook

‎~~KENALI WANITA~~

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.



24 February 2012

11 April Hari Kelepasan Am Tambahan


11 April Hari Kelepasan Am Tambahan


KUALA LUMPUR – Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sidek berkata dua acara utama akan diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara.
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lalu, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011. – BERNAMA

Become a FAN


10 Petanda Dia Jodoh Kita

by NEWSFAIZAL on FEBRUARY 22, 2012
Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com

23 February 2012

Fiesta Boling Astro @ Megalanes Berjaya Megamall Kuantan


promo1 header

STRIKE FIESTA BOLING ASTRO TOURNAMENT PARTICIPATION.

Pelangan-pelangan Astro akan berpeluang memenangi Pendaftaran masuk percuma ke Strike Fiesta Boling Astro di Johor Bahru, Kuantan, Pulau Pinang dan KL!

MENDAFTARLAH DI WWW.ASTRO.COM.MY/ASTROLIFE MULAI 14 HARIBULAN FEBRUARY SEHINGGA 7 HARIBULAN MARCH 2012

1 langkah yang mudah untuk memenangi-
10 pelanggan PERTAMA yang mendaftar di www.astro.com.my/astrolife dari 14 haribulan February sehingga 7 haribulan March 2012 akan berpeluang memenangi pendaftaran masuk ke Strike Fiesta Boling Astro!

Hubungi 0126444364 untuk maklumat lanjut, dari 9 pagi - 6 petang.
Tertakluk kepada Terma & Syarat.

 berminat ? klik DISINI

sumber dari Megalanes Kuantan

Nur Farizan Dot Com

Alhamdulillah akhirnya berjaya
tukar domain dari
Nur Farizan Dot Blogspot
ke
Nur Farizan Dot Com

Semoga dengan domain
baru ni CF akan terus
berkongsi ilmu
dengan pelajar dan rakan di luar sana


20 February 2012

Jujur Aku Dayus

Cerita ni tak dapat tengok 
hari Sabtu 18.02.0212
rehat awal 

Jom layan cerita ni 
kawan-kawan bagitau 
jalan cerita ni 
lain dari yang lain 

Nur Farizan Dot Blogspot


Nur Farizan Dot Blogspot
di jam-jam terakhir
Cer cite..
nantikann..