30 Mar 2012

IK

Langgan Majalah IK (Irfan Khairi)




Majalah IK memuatkan informasi dan juga isu semasa berkaitan perniagaan, kewangan dan motivasi yang praktikal untuk diamalkan oleh setiap pembaca.
Berkonsepkan santai, tetapi penuh dengan mutiara ilmu terbaik dari serata dunia, Majalah IK adalah peneman mereka yang impikan kejayaan dan dahagakan ilmu untuk mencapai matlamat perniagaan, kewangan dan juga diri.

Di asaskan oleh Irfan Khairi, personaliti TV dan radio yang tidak asing lagi dalam bidang perniagaan, kewangan dan motivasi, majalah IK adalah pilihan terbaik dan bacaan santai untuk usahawan, bakal usahawan, pelajar, mereka yang bekerja, suri rumah, dan sesiapa sahaja yang ingin mencapai bebas kewangan.

maklumat lanjut klik SINI 

INFO dari IK


uka diumumkan, road tour saya bersama Asia eUniversity sudah hampir sampai ke PENGHUJUNGNYA! Hentian saya TERAKHIR buat kali ini adalah di  KUANTAN pada 31hb Mac (ESOK!) di Hotel Seri Malaysia. 
Di sesi bersama saya, anda akan pelajari:
  • Menggunakan Internet untuk penambahan nilai kerjaya anda
  • Memulakan perniagaan Internet sebagai perniagaan sambilan
  • Menggunakan Media Sosial untuk menggandakan keuntungan perniagaan
  • Pelaburan yang mendapat 300% pulangan!
Untuk mendaftar sesi percuma yang ditaja oleh Asia eUniversity di SERATA MALAYSIA, "Diploma Eksekutif Pemasaran Internet dan Media Sosial"sila lakukan tempahan disini Warga KUANTAN, pastikan anda menyertai dan tidak lepaskan sesi ini  ;)

Internet, Wang dan ANDA! @ Kuantan
Bersama Irfan Khairi
10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Sabtu 31hb Mac 2012 (ESOK)

Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang
Masuk: PERCUMA!
Kaunter pendaftaran dibuka pada jam 9.45 pagi- di minta anda datang awal untuk pastikan anda mendapat tempat.

Jumpa di sama!
Salam ikhlas,
-Irfan Khairi
Kuala Lumpur



28 Mar 2012

cerita RAHSIA 7 Warna Alam



sejak 17.07.2011 berblogging di blog ni
belum pernah trending di innit lagi 
setakat ni bertarikh 28.03.2012
masa 1:12 petang
ni adalah kali pertama..
senyumm
happy :D


sebenarnya apa cer ni CF
oo gara-gara cerita
RAHSIA 7 Warna Alam

nak tengok kat innit pun boleh juga
klik SINI




Senarai Kementerian, Agensi Yang Mempunyai Sosial Media

lain -lain senarai Kementerian Agensi 
Yang Mempunyai Sosial Media 
klik SINI



Abby Abadi Bertudung Kerana Allah

Abby
sumber : mediahiburan


Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.- mediahiburan



RAHSIA 7 Warna Alam ,

RAHSIA 7 Warna Alam 

 


Tahukah anda bahawa warna pakaian yang dipakai mampu mempengaruhi hari-hari anda? Kuasai warna memainkan peranan dalam membentuk keterampilan dan menguasai mood anda setiap hari.

Berpakaian mengikut tema warna pada hari-hari tertentu akan membuatkan kita menarik keceriaan, kebahagian, kemakmuran, kejayaan dan kekayaan dalam hidup kita. 

Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut.

Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Law of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.

ISNIN, PUTIH (Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometer
SELASA, PINK / VIOLET(Kesucian rohani) 380- 489 nanometer
RABU, BIRU (Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometer
KHAMIS, KUNING / OREN (Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometer
JUMAAT, HIJAU (Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometer
SABTU, MERAH (Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometer
AHAD, HITAM (Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer

Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water).

Isnin (Putih) = Putih lambang kesucian. Mulakan rutin harian dengan mengenakan pakaian warna putih pada setiap hari Isnin kerana ia mampu mencetuskan idea dan merangsang semangat baru dalam diri anda.

Selasa (Merah Jambu/Violet) = Merah jambu adalah warna kasih sayang . Pakaian warna ini sesuai dikenakan pada hari Selasa kerana ia adalah hari untuk anda beremosi dan meluahkan perasaan sayang kepada keluarga mahupun rakan.

Rabu (Biru ) = Pada hari Rabu, amat sesuai mengenakan pakaian berwarna biru yang melambangkan peyembuhan. Ia memberi kesan terhadap komunikasi yang mana meningkatkan keyakinan dalam bercakap, berucap, berhujah dan sebagainya.

Khamis (Kuning ) = Kuning adalah warna keceriaan. Ia termasuk dalam kategori warna yang penuh godaan, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual wanita.

Jumaat (Hijau )= Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan kedamaian.

Sabtu (Merah)
Pilihan warna merah menyemarakkan mood di malam minggu untuk bersuka ria.

Ahad (Hitam)
Hitam mempunyai azimat untuk menyimpan tenaga sepanjang enam hari. Ia ibarat mengecas semula tenaga untuk memulakan hari baru pada minggu berikutnya.

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.

Mulai esok saya akan kongsikan penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna-warna ini...ikutilah perkongsian saya setiap hari :)

Saya doakan anda ceriaan, bahagia, makmur, kaya dan berjaya dalam kehidupan anda! -
MN-



27 Mar 2012

Kahwin-Suka Atau Suka-suka?

Pernahkah dalam hidup ini kita begitu bersemangat untuk meneruskan kehidupan tetapi ada waktunya semangat itu menjadi malap dan hilang entah ke mana. Ketika itu nurani menjadi lemah dan akhirnya mati. Hanya kembali kepada Pencipta, ia akan bangkit semula. Namun, bagaimana untuk bangun andai tiada pencetus semangat kebangkitan?

Hakikatnya, kehidupan yang dilalui bukanlah sebuah pelarian. Nurani yang sihat berjaya melalui rencah kesulitan, kepahitan, kesusahan dan cabaran di samping menikmati pelbagai kemanisan dan keindahan. Biarpun banyak cubaan mendatang namun berjaya ditepis dengan cekalnya hati dan perasaan. Manakala yang lemah pula akan layu andai tidak dirawat dengan keyakinan.

101 RAHSIA PENGUAT NURANI menelusuri warna-warni ranjau kehidupan yang tidak akan berubah melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Baik atau buruk, terang atau suram, pilihan ada di tangan masing-masing. Justeru, kuat-kuatkanlah jiwa, belai-belailah rasa, mudah-mudahan kehidupan bahagia dan tenang itu milik kita jua hendaknya.

Antara Kandungan Menarik:
- Ujian Semakin Mantapkan Hati
- Bertuhankan ALLAH Tetapi Bertuankan Syaitan
- Couple Yang Tidak Berdosa
- Mengawal Hati Agar Tidak Mati
- Jodohku Terlalu Sulit
- Terapi Hubungan Mentua-Menantu
- Betulkah ALLAH Menzalimi Kita?
- Kahwin-Suka Atau Suka-suka?
- Resipi Untuk Dilihat Bahagia Selalu
- Bangkit Dari Lembah Hitam 







26 Mar 2012

Diet RASULULLAH

 



25 Mar 2012

Kenangan Terindah di Balok Kuantan Pahang

Pada 24.03.2012 bertempat di Balok kami telah mengadakan aktiviti bersama pelajar Institut Perdagangan Munshi tak nak cite panjang-panjang hihi.. Geng Munshi turun ke sana dan dibahagi kepada 3 kumpulan.. Jom selongkar n tengok geng berkumpulan ni hihi..



Kumpulan 1 (K1)
 

Kumpulan 2 (K2)

Kumpulan 3 (K3)
 

wah wah aju jelita .. hmm tengok jap lagi 
memang jelita sangatt.. hihi ..

Pelbagai acara yang telah diadakan .. acara ni 
memang happening ..
Santai Tapi Syempoi.. just for fun ..
merapatkan lagi ikatan antara pelajar dan tenaga IPM Munshi

Jom kita terjah apa yang warga Munshi dah buat ni hihi..

Acara PERTAMA 
Bahan-bahanya ialah
straw & gelang getah
1 set bagi setiap peserta
gelang getah perlu dipaskan 
sehingga ke peserta terakhir dan 
peserta terakhir perlu meletakkan 
gelang getah ke dalam bekas
yang disediakan.. 
proses ni berulang-ulang sehingga
ke getah yang keenam 
(bilangan peserta)


 

 
Tenaga Pengajar IPM Munshi pun turut serta 

 

 

dan pemenangnya adalah KUMPULAN 3 ..


ok acara KEDUA 
CF ingat ingat lupa nama acara ni 
tapi de kaitan kasih sayang gitu
(silap nanti CF edit semula ek)
k kita lupakan kasih sayang tu hhihi

acara kedua ni 
setiap peserta berkumpulan 
perlu membuat balingan belon yang berisi air 
dan rakan berkumpulan perlu berpasangan
setelah balingan pertama berjaya dibuat
maka peserta perlu membuka selangkah ke belakang
dan balingan seterusnya dibuat
bagi peserta yang telah memecahkan belon 
dikira gagal dan keluar padang hihi..
peserta  bertahan 
kira tak pecah belon dikira 
 PEMENANG ..

 
gadis ayu jelita ni lah 
yang mengadili pertandingan kali ni :D


Jomm siap sedia..


 



 
Naa adalah rakan partner CF dalam acara belon kali ni
(baju merah - tengah)


CA antara dua peserta terakhir yang berjaya
tidak memecahkan belon

dan JUARA bagi acara kali ni 
adalah CF & NAA KUMPULAN DUA..
tengok tu belon tu cukup bertuah hihi


Gaya Pemenang :D


Macam-macam gaya pun ada..
 
waktu sedang memikirkan strategi bagi 
task yang seterusnya ..
sempat lagi berposing
time ni comel comel belaka 

sebelum acara seterusnya 
seperti biasa tugas tugas
telah dibahagikan 

Aina n the geng tengah menghidupkan bara bara api
nak bako ayam .. ayam percik Mira ..
hihi memandai je CF beri nama tu ye..

Acara KETIGA .. 
gambar belum ada lagi 
nanti CF edit ye..
yang pasti pemenang bagi acara ketiga
adalah K2 (ambeekk geng aina yang bolot hihi)

Acara KEEMPAT 
cari gula-gula dalam tepung
cabaran bagi CF hihi
sebab acara ni dan acara yang lain
pun adalah acara pertama kali dalam 
hidup .. yelah dah 30 an 
baru join acara sebegini
sebelum ni kita hanya tengok orang yang 
buat menda macam ni 

 
posing sebelum dimekapkan oleh tepung gula gula hihi

Jom kita tengok .. acara kali ni..

 
K2 ni macam nak menang je kali ni 
dua dari tiga acara dia bolot
Aina kali ni kita tak target MENANG 
tapi kita cuba.. tu lah kata kata
terakhir kumpulan dua.. :D

acara cari gula-gula dalam tepung 
dan ambil guna mulut kemudian 
lari dan isi dalam bekas yang disediakan 

acara dah bermula ..
 



Dah siap acara .. acara bergamboo senyuummm
kumpulan yang berjaya meraih gula-gula dalam tepung 

nilai mata mengikut biji gula-gula

Kumpulan Pertama  : 18 
Kumpulan Kedua : 28 
Kumpulan Ketiga : 17

TAHNIAH : KUMPULAN 2

bergambo bersama 
Tudung Koleksi Tepung Gula Gula :D
time ni memang tak bawa mekap pun
 

Acara berhenti seketika dan akan bersambung 
selepas sembahyang zohor..

Acara masak & makan-makan pulak..

 

 
Mira & Zati .. Terima kasih
ayam percik Mira terbaikk.. sedap..

 
Bah. memanggang ayam ni memang ramai 
antaranya : Mira, Aina, Ain, Naa, Zati,
dan ramai lagi..

Jom makan..
 

 

 

ni lah ketua kami .. Amir.. 


sambil menunggu acara petang 
snap gambo sana sini 
jalan jalan amekk angin 

 

 


 



Comel tudung CF tu 
hitam putih hihi..


 

 

 

 

 

 


 
Eh kereta TAN pun ada kat sini .. hmmm
TAN aka Tie, Adawiah, Nur Farizan Nasir

 
 

 
sape kat belakang CF tu.. teetttt


 
bergambar bersama pemilik kenderaan 
TAN.. alpha tu CF :D

Ok ni adalah acara terakhir 



 

 




 


 


 


 
Dari kiri : Nor, Zati & Fqah 
memang sporting ..

Pemenang kali ni Nor dari Kumpulan 2

Terima kasih SEMUA 
kerana telah menjayakan program kali ni
sehingga kita berjumpa lagi 
di program akan datang .. tungguu...

Koleksi gambar ditaja oleh
INTAN HANA

----------------------------------------------------------
Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Institut Perdagangan Munshi. 
Lebih 5000 Graduan IPM Munshi telah berjaya mengikuti kursus dengan jayanya. 
Ikuti Kisah Kejayaan Graduan IPM Munshi di www.facebook.com/ipmmunshipage 
Sebarang pertanyaan hubungi talian hotline kami 019 993 6840. 
“Ilmu, Kemahiran & Sahsiah Menjana Kecemerlangan Kerjaya’ 
LIKE US