Follow Us @soratemplates

28 March 2012

Abby Abadi Bertudung Kerana Allah

Abby
sumber : mediahiburan


Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.- mediahiburan

No comments:

Post a Comment