8 March 2012

Anak Lelaki Sepanjang Hayat

Apa khabar? Moga-moga hari ini dan seterusnya ada dalam situasi luar biasa dan hebat sekali. Jom bagus-baguskan hidup kita. Ni nak pesan pada orang perempuan yang dah jadi isteri, suami anda tu meskipun dah jadi suami sekarang, dia tetap seorang anak pada ibu ayahnya. 

Bermakna, dia masih wajib berbakti kepada ibu ayah dia, tak boleh tidak. Berbeza dengan anda orang perempuan, kan. Orang perempuan bila dia kahwin je, seluruh ketaatan dia berpindah kepada suami. Tadinya kepada ibu ayah, sekarang kepada suami. 

Oleh itu, faham-fahamilah suami anda kalau dia nak berbakti pada ibu ayahnya. Jangan halang. Ini yang menyebabkan ramai orang lelaki bila kahwin je jadi anak derhaka, pasal campur tangan andalah para isteri.

Abang nak bagi duit pada emak bapak, mukanya monyok sebab tak setuju. Abang ajak balik kampung ziarah orang tua, mukanya masam tak nak bercakap.

Ha, kalau anda buat mertua macam tu, tak mustahil menantu anda buat pulak nanti bila anda dah bermenantu nanti. Hidup ini selalu berulang alik. 

Sejarah selalunya kembali berulang. Macam mana kita buat kat orang, selalunya macam tulah orang akan buat kat kita balik. Selalunya tak gitu tapi selalunya gitu. Maka, anak lelaki tetap menjadi anak lelaki meskipun telah beristeri. Manakala anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.

Jadi, jom tingkatkan motivasi diri supaya jadi insan berkualiti.

Walaupun seseorang lelaki itu telah menjadi suami, dia tetap seorang anak pada ibu ayahnya. 


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com