Follow Us @soratemplates

12 March 2012

Banyak Kemahiran


Hanya graduan yang yakin akan tahan lasak mudah dapat kerja’. Itu tajuk surat pembaca yang dihantar ke akhbar (BH 11 Feb 09). Ha, amacam? Anda ‘ayam kampung’ ke ‘ayam bandar’? Ayam kampung, dia tahan lasak sebab boleh cari makan sendiri. Ayam bandar pulak, dia duduk dalam sangkar dan tak reti cari makan.
 
Itulah perumpamaan kita-kita ni, dik. Macam ayam kampung dan bandar. Anda yang mana? Kalau nak mudah dapat kerja, jadilah macam ayam kampung, yakni lasak sikit dan tebat diri dengan pelbagai ilmu kehidupan. Tak boleh belajar satu perkara je, sebab hidup ni perlukan banyak kemahiran hidup.

Tahu tak? Kerajaan peruntukan kira-kira RM70 juta bagi tujuan melatih semula graduan yang menganggur. Majikan hanya memilih graduan yang memiliki kemahiran dan kebolehan diperlukan kerana kelayakan akademik semata-mata belum menjamin prestasi kerja tinggi. Pelajar IPT sendiri perlu mengambil inisiatif bagi meningkatkan kualiti diri sendiri agar mereka tidak menghadapi kesukaran memulakan kerjaya apabila tamat pengajian.

Graduan berdaya saing adalah graduan yang sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan, skil dan kebolehan serta mampu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh bakal majikan. Pelajar perlu sedar bahawa kecemerlangan akademik semata-mata tidak akan menjamin mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Jadi, semua yang di IPT dan tengah belajar sekarang, ambillah peluang untuk memahirkan diri dengan bermacam-macam kepandaian. Kat IPT kan ada macam-macam course singkat. Ambik, jangan malas sangat. Kalau anda ada banyak kelebihan dan orang tak ambik, maknanya orang tu tak pandai menilai tahap kemahiran anda.

Hidup ini perlukan banyak kemahiran hidup dan tak boleh belajar  satu perkara je..

Jom ikuti Latihan Kerjaya klik DI SINI 

1 comment:

  1. lagi satu menggoreng interviewer itu penting bila time interview..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete