Follow Us @soratemplates

10 March 2012

Cemburu Itu Bagus


Selamat luar biasa dan hebat sekali. Kita sambung ciri-ciri oran gkelairan  bulan April untuk membina unggul diri dan jati diri. Bila kita tahu kita hebat, baru kita sedar kita luar biasa bagus. Kalau tak sedar kita hebat, kita tak sedar-sedar kita ni bagus ya tak? Baiklah, sambungnya, orang kelahiran April, psikologinya pandai selesaikan masalah orang lain. Waaa, motivasi tu, juruam tu.

Anda terlalu berani, kadang-kadang. Sikap terlalu berani ni adakalanya bagus. Namun, adakalanya kurang bagus.Yang nyata, anda ada sifat-sifat kasih sayang, beradab orangnya dan permurah juga. Tapi, emosi mudah terentuh dan pulak tu kemungkinan berdendam jika tak dikawal perasaan. Anda jugak mudah kelam kabut, pendirian kadang-kadang goyah, dah tu, sangat cemburu dan kadangkadang menghampiri ‘buta’.

Cemburu ni bukan tak bagus untuk meningkatkan motivasi diri. Cemburu pada kejayaan orang maka kita pun naik semangat berusaha keras. Kan bagus macam tu. Yang salah ni cemburu buta pada semua perkara hingga ramai orang menderita dibuatnya. Anda kelahiran April, seorang yang adventurous. Aktif gitu. Dan satu yang saya nak tabik, anda ni seorang yang tinggi ingatan. Memang sepatutnya kalau belajar. Kalau tak pandai, boleh jadi usaha yang kurang tu. Jadi, perkukuhkan usaha dan perbanyakkan usaha. Jom aktifkan hidup.

Kalau kena caranya, cemburu bagus untuk meningkatkan motivasi diri.   

1 comment:

  1. anda di-tag !
    http://misspinkblackorwhite.blogspot.com/2012/03/cheqppjoy-shop-giveaway.html

    ReplyDelete