21 March 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak Istimewa


Assalamualaikum selamat tengahari semua,

Hmm nak makan apa ye hari ni
Apa kata kita pekena
Ikan Patin Masak Tempoyak Istimewa

Nak cuba resepi ni hujung minggu pun ok juga
Al maklum aje lah hambatan keje
Nak balik time ni dah tak sempat
Pegi balik beli makanan pun dah 20 minit
alasan la tu hihi

Jom kita tengok bahan-bahan
Bagi resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Istimewa

Kunyit Hidup
Cabai burung hijau atau merah
Sekiranya ambil cili merah
Tambah lada besar
Ikan Patin
(bersihkan dan bilas dengan air garam)
Bilas dengan air garam + asam keping untuk
Buang hanyir
Timun asam yang warna kuning
Daun kesum
Petai (sekiranya ada)
Tempoyak
Asam keping

Jom kita masak..

Tumbuk cabai burung, kunyit, lada besar
Kalau malas blender pun boleh
Masukkan air kemudian
Masukkan bahan yang ditumbuk tadi
Masak hingga mendidih
Masukkan petai, masukkan         
Timun asam yang warna kuning
Masukkan tempoyak & asam keping
Masak api perlahan
Biarkan kuahnya surut
Sekiranya masam..keluarkan
Asam keping & masukkan daun kesum

k siap..

 
Ini lah resepi khas istimewa
Dari rakan sempoi CF ..

0 comments:

Post a Comment