8 March 2012

Muka Je Lawa, Tapi….


Muka Je Lawa, Tapi…. [ayat DR HM Tuah]

ADUH. Tak sangka macam ni dia buat aku. Selama ni aku tolong dia, aku tatang dia, tiba-tiba aku dibelitnya, aku digigitnya.’”

Dik, bang, kak, encik, cik, puan dan tuan, ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan. Ini lumrah alam, adatnya dunia begitulah. Masa kita berharta, kita dihurung macam kelekatu hurung lampu. Ketika kita miskin mana semua orang pergi?

Ketika kita sihat, pantang kita duduk kat gerai, ramai, yang join sekali. Tak pernahnya mereka tu membayar, kitalah yang bayar. Tak apa. Alah, apa sangat teh secawan dan karipap sebiji. Tapi bila kita sakit, sorang-sorang kita menanggungnya. Usahkan datang hulur bantuan atau usahkan datang bawa hadiah atau buah epal ke atau anggur ke, jengah pun tidak.

Tuan-puan, kalau nak tahu siapa kawan anda, inilah waktunya. Jadi, sakit itu sebenarnya ada juga hikmahnya iaitu kita akan tahu siapa sebenarnya kawan, siapa sebenarnya rakan karib atau siapa sebenarnya sahabat. Ada tiga kategori berbeza. Setiap kategori membawa karektor-karektor berbeza. Dan siapa pulak yang musuh? Bukan setakat dia senyum sampai ke telinga bila dengar kita sakit, siap didoakan cepat mati lagi.

Jangan marah sangat dengan dengan mereka tapi ucaplah terima kasih pada mereka. Sekurang-kurangnya kita dah tahu dah siapa mereka, kan? Cuba kalau kita tak salah yang kita namakan dia tu kawan, rakan karib gunting dalam lipatan. Maka ingatlah. Berkawan dengan orang yang okey kadan-kadang lebih bagus daripada layan orang yang muka je lawa tapi hati busuk. Awas jangan terkena.

Kalau nak tahu siapa kawan dan siapa lawan, masanya ialah ketika kita ditimpa musibah.


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com