23 March 2012

Panduan Tengok JODOH


SAYA doakan anda semua sihat luar dan dalam. Tak guna nampak sihat luarannya tapi dalamannya sakit tenat. Tak guna nampak sihat dalamannya tapi luarannya teruk.

Yang sebenarnya-benarnya sihat adalah luar dan dalam. Dan yang sebenar-benarnya sakit ialah sakit luar dan dalam. Alamak. Salah satu saja pun dah tak larat, ini dua-dua.

Baiklah, saya nak sambung isu cinta. Maaflah, saya pilih isu ni, bagi sesetengah orang ringan sangat, atau enteng sangat, tapi sebenarnya kalau nak tahu, melalui cintalah banyak perkara mustahil dapat dijelmakan menjadi sesuatu yang nyata.

Melalui cintalah ramai orang yang asalnya lemah menjadi kuat, melalui cintalah hidup yang pada mulanya memualkan menjadi indah dan cerah.

Betul? Setiap orang ada pengalaman bercinta tentu tahu nikmatnya bercinta. Dan tiada yang lebih sakit dari sakitnya akibat putus cinta. Pasal tu lah, cinta ni perlu diberikan perhatian dan juga panduan. Sebab tak ada sekolah cinta. Tak ada subjek khusus tentang cinta. Emak ayah pun tak pernah sebut pasal cinta, nak refer kat sapa? Cuba bagi tahu, kalau anda ada masalah dalam cinta nak refer siapa.

Pasal tu lah novel-novel cinta sentiasa mendapat sambutan yang hangat sebab orang yang tengah bercinta atau orang yang tak pernah bercinta dan rasa nak mencari cinta akan mendapatkan novel-novel cinta. Untuk memahami cinta, ramai orang menonton  filem, tengok wayang , buat wayang. Pasal tu jugalah, saya menulis buku, Membina Rasa Cinta.

Baik soalan seterusnya daripada peserta “Dr Tuah, macam mana kita nak tahu seseorang itu memang jodoh kita."

Laa, mana saya tahu. Saya bukan tok bomoh. Namun, sebenarnya kita masih boleh agak juga apakah seseorang itu ada harapan jodoh dengan kita ata tak ada jodoh. Kalau ada jodoh pun tenang, tenteram kehidupan kita, atau bakal timpa bala, kita boleh agak. Takkan tak boleh agak.

Kalau hubungan tu banyak sangat air mata, itu tandanya dia bukanlah calon terbaik kita, sebab kalau dalam bercinta pun bergaduh, lagilah dah kahwin.

Kalau hubungan tu banyak sangat masalahnya, macam-macam masalah, termasuklah kemaksiatannya.

Kalau sepanjang hubungan tu kita rasa macam tak tenang je. Kan kita ni ada instinct, indera keenam. Gerak hati kita boleh bagi tahu kita apakah dia tu sesuai untuk kita atau tak sesuai untuk kita.

Kalau sepanjang hubungan tu, terlalu banyak harta terpaksa dikorbankan, ia mungkin satu hubungan yang bermasalah dan dia boleh kita anggap bukan jodoh kita, sebab takkan kita nak jadi problem bila dah kahwin, dah tentu tak nak.

Kalau sepanjang hubungan tu, kita lebih cenderung untuk ingkari suruhan TUHAN, misalnya time sembahyang dia tak sembahyang malah tak galak pun kita sembahyang .

Kalau lepas kita sembahyang hajat, hati kita tak senang pada dia, atau lepas kita sembahyang istikharah, tak ada petanda dialah jodoh kita, dia memang bukan jodoh kita.
 
Tulisan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj



0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com