Follow Us @soratemplates

30 April 2012

Tutorial Carian Dalam Blog

Monday, April 30, 2012 0 Comments

++ Macam mana nak buat enjin carian ++
++ BUKAN enjin carian pak google ++
++ Tapi enjin carian untuk entry dalam blog kita ++

1. Design > Page Element > Add Gadget > HTML/Javascript

2. Copy kod bawah ni dalam HTML/Javascript

<form action="http://URL BLOG ANDA/search" method="get"> <input class="textinput" name="q" size="30" type="text"/> <input value="search" class="buttonsubmit" name="submit" type="submit"/></form




29 April 2012

Cinta

Sunday, April 29, 2012 0 Comments
“Cintakan bunga, ia akan layu, Cintakan harta, ia akan musnah, 
Cintakan Allah, ia akan kekal, Itulah CINTA yang abadi.”
 

23 April 2012

PERCUMA Seminar Kuasai Potensi Diri Wanita 2012

Monday, April 23, 2012 0 Comments

7 Perkara yang akan di pelajari bersama pakar Imej Konsultan bertauliah Puan Fiona Tahir
& Jurulatih Kejayaan No.1 Malaysia Dr Azizan Osman.


#Bagaimana untuk menjadi wanita yang tampak lembut di luar tetapi kuat dan berkuasa di dalam ?

#Bagaimana imej membantu meningkatkan kerjaya, perniagaan, serta kehidupan sosial dan peribadi ?

#Bagaimana mengembalikan keyakinan diri dan mengekalkan kecantikan ?

#Bagaimana membentuk imej yang sepadan dengan karakter dan personaliti anda ?

#Bagaimana mengenakan solekan dan dandanan yang sesuai dengan sesuatu majlis ?

#Bagaimana mengenalpasti warna yang sesuai bagi meningkatkan karisma dan penampilan diri anda ?

#Bagaimana kekal menawan dan sihat tanpa mengira usia ?


PERCUMA!
Jika anda mendaftar secara online diwww.potensiwanita.com.my sebelum
23 April 2012 atau selagi tiket masih ada.
Masukkan kod “SKPDW2012” di ruang Kod Baucar

17 April 2012

Tarikh Lahir

Tuesday, April 17, 2012 0 Comments
Kaedah tarikh lahir ini digunakan satu parameter untuk mendapatkan keputusan kajian. Ianya dipilih berdasarkan pemahaman yang tarikh lahir adalah satu kejadian yang tidak akan berubah-ubah. Tentunya tidak ada sesiapa yang dapat menukar tarikh lahir mereka sesuka hati ataupun sewenang-wenangnya apabila ianya telah dinyatakan pada sijil kelahiran ataupun surat beranak.


Memang ramai yang menyedari bahawa kaedah ini mempunyai banyak persamaan dengan kaedah sains metafizik lain, contohnya astrologi yang juga menggunakan pendekatan tarikh lahir. CF kongsikan dalam blog ini adalah untuk memahami kapasiti, karakter dan potensi seseorang berbanding kaedah lain yang lebih berminat untuk mentafsirkan jalan kehidupan seseorang yang boleh menjurus kepada menilik nasib.


Panduan Sebuah Kehidupan yang Anda Inginkan 


Melalui ilmu yang dikongsi para pembaca blog boleh mempraktikkan untuk :


1.  Mengenali dan memahami keperluan, kemampuan dan bakat-bakat anda yang selama ini tidak diketahui. Kadangkala, kita hanya memahami diri melalui satu sudut sahaja. Kalau ada kawan-kawan yang memberikan pendapat, tetapi selalunya yang positif sahaja.


2.  Digunakan sebagai panduan untuk memaksimumkan potensi diri dengan lebih berkesan. Selama ini, kita mungkin tidak tahu kita mempunyai potensi diri dinyatakan selepas ini.


3.  Mengenali dan membaik pulih sesuatu kesilapan atau keadaan yang selama ini memberikan kesan negatif keapda kehidupan kita dan orang yang berada di sekeliling kita.


4.  Meningkatkan karakter positif dan mengubah karakter negatif yang kita miliki demi kejayaan dan kepuasan hidup kita.


5.  Mengenali masalah yang berpotensi untuk berlaku dalam kehidupan dan mengambil langkah-langkah pembetulan atau pencegahan.


6.  Mengubah keadaan dan perjalanan kehidupan yang lebih tersusun dan berkesan.


7.  Membantu mengenali dan memahami dengan lebih mendalam orang-orang yang berada di sekeliling kita. Tidak kiralah sama ada mereka-mereka ini adalah ibu, bapa, adik-beradik, saudara mara, ketua kampung, sahabat, rakan taulan, bos, bakal pembeli produk, bakal isteri/suami dan lain-lain.


Dah baca tekan button like ye.. terima kasih :) 

16 April 2012

Program Reunion & Recharge Graduan IMKK 2009-2012 Bersama Dr Azizan Osman

Monday, April 16, 2012 0 Comments

Program Reunion & Recharge 
Graduan IMKK 2009-2012 
bersama Dr Azizan Osman 
Tarikh : 22 April 2012 (Ahad) 
Masa : 9 pagi - 4 ptg
Lokasi : Menara PGRM Cheras Kuala Lumpur
Bawa bersama 2 tetamu bersama (umur 21 tahun ke atas). 
masukkan code : rimkk2012 (untuk yuran 100% percuma). 
Tempat adalah TERHAD! 
hubungi 019/0132442244/0192442400 untuk pertanyaan.

7 Cara Elak Lemak Tepu Dalam Badan

Monday, April 16, 2012 0 Comments

Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi.

Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan.

Ketahui berapa jumlah yang anda perlukan setiap hari.

Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.

Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Sebaliknya apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.

Tambahkan supplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. Omega-3 ini boleh didapati dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.

Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.


15 April 2012

Renungan Terakhir

Sunday, April 15, 2012 1 Comments

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

"Ayah, boleh Amin tanya satu soalan?
"Ya, nak tanya apa?"
"Berapa pendapatan ayah sejam?"
"itu bukan urusan kamu. Kamu apa nak sibuk tanya?"
"Amin saja nak tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?"
"20 ringgit sejam"

"Oh......," kata si anak tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, "Ayah ... boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?"

Si ayah mula menjadi berang dan berkata. "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai nak mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-perlahan melangkah ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu.

Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini, " kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyak ayah," katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang, "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?" jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup," jawab si anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa??" soal balik si ayah.

"Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah," jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Kongsi kisah teladan ini bersama mereka yang disayangi, atau mungkin lebih baik lagi, kongsi masa anda bersama  yang bernilai RM20 itu dengan orang yang tersayang.

Buat mereka yang bekerja bertungkus lumus sepanjang masa, kisah ini sekadar peringatan. Harus diingat, dalam kesibukan seharian kita tidak sepatutnya membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa meluangkan masa bersama mereka yang memberi makna dalam kehidupan kita.

Cuba kita fikirkan, setekun mana kita berkhidmat untuk syarikat di tempat kita bekerja, kita tidak begitu mudah digantikan andainya kita ditakdirkan tiada esok hari. Hanya keluarga dan teman rapat yang akan benar-benar merasai kehilangan.

FAMILY= Father And Mother I Love You  

Dah baca tekan button like ye.. terima kasih :)

11 April 2012

Hubungi

Wednesday, April 11, 2012 4 Comments

















Kepakaran saya ialah dalam bidang Latihan & Terus Bekerja Pengurusan Pejabat di sektor Kerajaan, swasta. Menjalani Latihan secara jangka pendek dan peluang pekerjaan disediakan bagi pelatih tamat dengan jayanya

Sertai Latihan Terus Bekerja
Taip NAMA  >jarak> IC >jarak> E-MEL hantarkan ke 019-993 6840

Hubungi Institut Perdagangan Munshi untuk sebarang
Pertanyaan & Pendaftaran ditalian 09-5531036.

SMS / WhatsApp 011-15116182

Berdaftar di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang :  JPNP/04/06/0092.

Atau Datang Terus ke Alamat : 
B96-1 Taman Guru Business Centre 
KM8 Jalan Kuantan - Gambang 25150 Kuantan Pahang.
Tel : 095531036 / 0199936840
Facebook : www.fb.com/ipmmunshipage
E-mel : ipmmunshi[at]gmail.com


8 April 2012

Kerja

Sunday, April 08, 2012 2 Comments
Assalam selamat petang,

Lama dah tak menceceh kat blog ni
selalunya keluar artikel je ..

Masih di mood kerja walaupun hari Ahad..
tak de hal kerja hujung minggu ..
dapat sumbangkan apa yang patut
kat tempat kerja ni..

Ada yang tanya tak bosan ke keje je..
tak de lah .. sebab banyak benda boleh buat

Memang lah.. tapi tak bosan ke asyik koje je
bila masa nak bercuti.. ada banyak sebab
kita bekerja .. sebab minat.. lepas tu
ada hasil yang lain dari yang lain ..

Time orang keje .. kita cuti..
time tu best nak 'sopinn' hihi
terapi tu..

Apa pun .. kita buat apa yang kita suka
asalkan tak melanggar batas-batas
yang telah ditetapkan..

Apa yang penting selain keje sama..
senyummm selalu.. pepetang ni

ok ada masa CF dok menceceh kat sini

lama dah tak dengar deejay ni ke udara
kat KhaiFM dalam segmen
Santai Tapi Syempoii
Menceceh Merapu Meraban

Agresifnya Kelahiran April

Sunday, April 08, 2012 0 Comments



Selamat luar biasa untuk sekalian kalinya. Ramai orang tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti bila saya nak bicara lagi tentang huraian peribadi melalui bulan kelahiran. Kita sambung sikit lagi iaitu untuk bulan April pulak. Macam selalu, kajian ni tak wajib betul harus salah. Kalau betul dan ia baik, tolong rangsang terus. Kalau tak baik tapi ia betul ada pada psikologi anda, tolong hapus. Kita nak bina peribadi unggul bukannya tunggul.

Baiklah. Anda kelahiran agresif. Betul? Anak saya yang ketiga lahir pada bulan April, memang agresif. Adik saya yang lahir pada bulan April juga memang agresif, emak saya pun sama, lagi? Orang sangat aktif dan dinamik tapi meskipun tindakannya pantas, tapi kerap menyesal. Alahai dik, kurang-kurangkanlah kelam-kabut ni sebab semua tindakan yang kelam kabut hujungnya kesal.

Peribadi pulak menarik dan pandai menarik perhatian untuk dimanjai, kekuatan mentalnya luar biasa, senang atau suka jika diberi perhatian, diplomatik orangnya berkebolehan menawan hati serta ada daya firasat untuk memahami orang. Amboi ala-ala tok bomoh gitu. Semulajadinya anda macam ada naluri untuk memahami hati orang. Maka itu, anda juga berkebolehan menyuntik semangat kepada diri sendiri dan orang lain. Kiranya macam motivator gitu. Kekasih anda kelahiran bulan berapa ya? Entah-entah bulan April tak, pasal tu kadang-kadang kata dia tu macam mendesup dalam jiwa kita, menyelinap rasanya.

Jadi, tu dia adik-adik, sebahagian daripada kajian saya tentang psikologi atau peribadi kelahiran April terus membaca.

Orang kelahiran April biasanya agresif dan berperibadi menarik.

6 April 2012

Petai dan STROK

Friday, April 06, 2012 1 Comments

Hasil daripada penyelidikan yang ditulis oleh 
The New England Journal  of Medicine, 
makan petai mampu menurunkan 40% 
risiko kematian akibat strok. 
Walaupun petai sering dipandang rendah 
kerana baunya, petai itu sendiri memiliki kandungan 
gula alami iaitu sukrosa, glukosa dan fruktosa 
dengan kombinasi serat.


Prayer Time Schedule April 2012

Friday, April 06, 2012 0 Comments
Prayer Time Schedule
Location
Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah
Month/Year
April / 2012
GMT
8
Qiblat Direction
292° 24′ 36″
Qiblat Direction

Date
Day
Imsak
Subuh
Syuruk
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
01-04-2012
Sunday
5:42
5:52
7:08
13:15
16:16
19:17
20:27
02-04-2012
Monday
5:41
5:51
7:08
13:14
16:17
19:17
20:26
03-04-2012
Tuesday
5:41
5:51
7:07
13:14
16:17
19:17
20:26
04-04-2012
Wednesday
5:41
5:51
7:07
13:14
16:18
19:17
20:26
05-04-2012
Thursday
5:40
5:50
7:06
13:13
16:18
19:17
20:26
06-04-2012
Friday
5:40
5:50
7:06
13:13
16:19
19:16
20:26
07-04-2012
Saturday
5:39
5:49
7:06
13:13
16:19
19:16
20:26
08-04-2012
Sunday
5:39
5:49
7:05
13:13
16:19
19:16
20:26
09-04-2012
Monday
5:38
5:48
7:05
13:12
16:20
19:16
20:25
10-04-2012
Tuesday
5:38
5:48
7:05
13:12
16:20
19:16
20:25
11-04-2012
Wednesday
5:37
5:47
7:04
13:12
16:20
19:16
20:25
12-04-2012
Thursday
5:37
5:47
7:04
13:11
16:21
19:15
20:25
13-04-2012
Friday
5:37
5:47
7:04
13:11
16:21
19:15
20:25
14-04-2012
Saturday
5:36
5:46
7:03
13:11
16:21
19:15
20:25
15-04-2012
Sunday
5:36
5:46
7:03
13:11
16:22
19:15
20:25
16-04-2012
Monday
5:35
5:45
7:03
13:10
16:22
19:15
20:25
17-04-2012
Tuesday
5:35
5:45
7:02
13:10
16:22
19:15
20:25
18-04-2012
Wednesday
5:35
5:45
7:02
13:10
16:22
19:14
20:25
19-04-2012
Thursday
5:34
5:44
7:02
13:10
16:23
19:14
20:25
20-04-2012
Friday
5:34
5:44
7:01
13:10
16:23
19:14
20:25
21-04-2012
Saturday
5:33
5:43
7:01
13:09
16:23
19:14
20:25
22-04-2012
Sunday
5:33
5:43
7:01
13:09
16:23
19:14
20:25
23-04-2012
Monday
5:33
5:43
7:01
13:09
16:24
19:14
20:25
24-04-2012
Tuesday
5:32
5:42
7:00
13:09
16:24
19:14
20:25
25-04-2012
Wednesday
5:32
5:42
7:00
13:09
16:24
19:14
20:25
26-04-2012
Thursday
5:31
5:41
7:00
13:08
16:24
19:14
20:25
27-04-2012
Friday
5:31
5:41
7:00
13:08
16:25
19:13
20:25
28-04-2012
Saturday
5:31
5:41
6:59
13:08
16:25
19:13
20:25
29-04-2012
Sunday
5:30
5:40
6:59
13:08
16:25
19:13
20:25
30-04-2012
Monday
5:30
5:40
6:59
13:08
16:25
19:13
20:25

http://www.e-solat.gov.my/MainWS.php