Follow Us @soratemplates

16 April 2012

7 Cara Elak Lemak Tepu Dalam Badan


Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi.

Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan.

Ketahui berapa jumlah yang anda perlukan setiap hari.

Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.

Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Sebaliknya apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.

Tambahkan supplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. Omega-3 ini boleh didapati dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.

Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.


No comments:

Post a Comment