8 April 2012

Agresifnya Kelahiran April




Selamat luar biasa untuk sekalian kalinya. Ramai orang tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti bila saya nak bicara lagi tentang huraian peribadi melalui bulan kelahiran. Kita sambung sikit lagi iaitu untuk bulan April pulak. Macam selalu, kajian ni tak wajib betul harus salah. Kalau betul dan ia baik, tolong rangsang terus. Kalau tak baik tapi ia betul ada pada psikologi anda, tolong hapus. Kita nak bina peribadi unggul bukannya tunggul.

Baiklah. Anda kelahiran agresif. Betul? Anak saya yang ketiga lahir pada bulan April, memang agresif. Adik saya yang lahir pada bulan April juga memang agresif, emak saya pun sama, lagi? Orang sangat aktif dan dinamik tapi meskipun tindakannya pantas, tapi kerap menyesal. Alahai dik, kurang-kurangkanlah kelam-kabut ni sebab semua tindakan yang kelam kabut hujungnya kesal.

Peribadi pulak menarik dan pandai menarik perhatian untuk dimanjai, kekuatan mentalnya luar biasa, senang atau suka jika diberi perhatian, diplomatik orangnya berkebolehan menawan hati serta ada daya firasat untuk memahami orang. Amboi ala-ala tok bomoh gitu. Semulajadinya anda macam ada naluri untuk memahami hati orang. Maka itu, anda juga berkebolehan menyuntik semangat kepada diri sendiri dan orang lain. Kiranya macam motivator gitu. Kekasih anda kelahiran bulan berapa ya? Entah-entah bulan April tak, pasal tu kadang-kadang kata dia tu macam mendesup dalam jiwa kita, menyelinap rasanya.

Jadi, tu dia adik-adik, sebahagian daripada kajian saya tentang psikologi atau peribadi kelahiran April terus membaca.

Orang kelahiran April biasanya agresif dan berperibadi menarik.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com