4 April 2012

Nur Fatin Liyana Selebriti Alam Siber

Assalamualaikum selamat pagi rakan-rakan blogger. Wah pagi ni ada berita menarik tentang rakan blogger kita ni .. CF terpandang di front page ‘Nur Fatin Liyana Selebriti Alam Siber’..

Jom kita baca menarik tentang Nur Fatin Liyana dalam sisipan Utusan Malaysia Edisi 04 April 2012..

 

Nama blog Nur Fatin Liyana honeykoyuki.blogspot.com.. blog ini menceritakan kisah pengalaman belajar di luar negara. Ternyata penceritaan pengalamannya ketika menuntut ilmu dalam bidang kedoktoran di Bandung, Indonesia ada kelainan. Susunan ayat yang ringkas, penggunaan bahasa yang santai dan bersahaja sememangnya membuatkan mata terlekat mahu membaca apa yang disampaikan hingga ke hujung. Malah penulisannya juga tidak lekang daripada unsur humor yang terbukti menghilangkan tekanan sesiapa sahaja yang membacanya.

Pada sesetengah ekspresi dan persepsi adakalanya bersamaan dengan apa yang dilalui oleh pembaca namun diterjemahkan dengan begitu mudah oleh gadis manis ini.

Jesteru tidak hairanlah penulis dan beribu lagi pembaca blog menjadi ‘pengikut’ setia blog bakal doktor ini.

Bayangkan sejak dibuka kepada umum, blog Fatin telah mendapat perhatian kira-kira 500,000 hingga 600,000 pembaca sebulan dan pageview (paparan skrin) sejak tahun 2009 juga telah mencecah ke angka 9.6 juta pembaca!

Mula menulis blog pada 05 Januari 2009, dalam tempoh singkat dia mampu mengumpul beribu ‘pengikut’ tegar sehingga mampu meraih beberapa anugerah.

Blog yang diberi nama ala Jepun itu  telah dinobatkan sebagai :
Top 6 Fastest Rising People in Google Zeitgeist Malaysia 2011
Top 5 Blog in Google Zeitgeist Malaysia 2011
Best Celebrity Blog in World Blogger and Social Media Award 2012

Ia merupakan antara pencapaian dalam dunia blog yang tidak pernah sama sekali diduga oleh pelajar tahun empat ijazah Perubatan, program berkembar antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Universitas Padjadjaran Bandung (UNPAD) ini.

Prinsip Asas Kejayaan Nur Fatin Liyana..
Saya hanya akan buat sesuatu yang saya rasa betul.
Saya menulis sesuatu yang saya mahu dan bukan kerana disuruh.
Saya menjaga isi kandungan blog saya dan;
Saya akan pastikan ia menarik serta bermanfaat.
Saya tidak mahu sekadar mengemaskini blog tetapi isinya tidak menarik.

Nasihat Nur Fatin Liyana..
Fatin menegaskan dan menasihati penulis blog yang lain terutama yang terdiri daripada para pelajar agar tahu keutamaan dan tahu juga mengawal diri .

“Apabila membuat sesuatu kebaikan, kita mestilah bersungguh-sungguh dan ikhlas”

4 comments:

  1. Dapatkan Utusan Malaysia
    Edisi 04 April 2012

    ReplyDelete
  2. wah.. blogger yang boleh dianggap berjaya la ne...

    ReplyDelete
  3. redlomo: ya Fatin Liyana ni boleh dianggap berjaya .. tahniah Nur Fatin Liyana honeykoyuki.blogspot.com..

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com