17 April 2012

Tarikh Lahir

Kaedah tarikh lahir ini digunakan satu parameter untuk mendapatkan keputusan kajian. Ianya dipilih berdasarkan pemahaman yang tarikh lahir adalah satu kejadian yang tidak akan berubah-ubah. Tentunya tidak ada sesiapa yang dapat menukar tarikh lahir mereka sesuka hati ataupun sewenang-wenangnya apabila ianya telah dinyatakan pada sijil kelahiran ataupun surat beranak.


Memang ramai yang menyedari bahawa kaedah ini mempunyai banyak persamaan dengan kaedah sains metafizik lain, contohnya astrologi yang juga menggunakan pendekatan tarikh lahir. CF kongsikan dalam blog ini adalah untuk memahami kapasiti, karakter dan potensi seseorang berbanding kaedah lain yang lebih berminat untuk mentafsirkan jalan kehidupan seseorang yang boleh menjurus kepada menilik nasib.


Panduan Sebuah Kehidupan yang Anda Inginkan 


Melalui ilmu yang dikongsi para pembaca blog boleh mempraktikkan untuk :


1.  Mengenali dan memahami keperluan, kemampuan dan bakat-bakat anda yang selama ini tidak diketahui. Kadangkala, kita hanya memahami diri melalui satu sudut sahaja. Kalau ada kawan-kawan yang memberikan pendapat, tetapi selalunya yang positif sahaja.


2.  Digunakan sebagai panduan untuk memaksimumkan potensi diri dengan lebih berkesan. Selama ini, kita mungkin tidak tahu kita mempunyai potensi diri dinyatakan selepas ini.


3.  Mengenali dan membaik pulih sesuatu kesilapan atau keadaan yang selama ini memberikan kesan negatif keapda kehidupan kita dan orang yang berada di sekeliling kita.


4.  Meningkatkan karakter positif dan mengubah karakter negatif yang kita miliki demi kejayaan dan kepuasan hidup kita.


5.  Mengenali masalah yang berpotensi untuk berlaku dalam kehidupan dan mengambil langkah-langkah pembetulan atau pencegahan.


6.  Mengubah keadaan dan perjalanan kehidupan yang lebih tersusun dan berkesan.


7.  Membantu mengenali dan memahami dengan lebih mendalam orang-orang yang berada di sekeliling kita. Tidak kiralah sama ada mereka-mereka ini adalah ibu, bapa, adik-beradik, saudara mara, ketua kampung, sahabat, rakan taulan, bos, bakal pembeli produk, bakal isteri/suami dan lain-lain.


Dah baca tekan button like ye.. terima kasih :) 

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com