Follow Us @soratemplates

25 May 2012

Aktiviti Luar @ Bukit Pelindung Kuantan Pahang

Hai awalnye update Aktiviti Luar @ Bukit Pelindung
Eh bukanlah .. ni aktiviti akan di adakan 
pada 26.05.2012 (esok)


Ni CF ambik dari website Hutan Lipur Bukit Pelindung

Hutan Lipur Bukit Pelindung terletak dalam Hutan Simpan Beserah yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Mempunyai persekitaran hutan yang nyaman dengan pelbagai flora dan fauna serta pemandangan Laut China Selatan di sebelah timur dan pemandangan Bandar Kuantan di sebelah barat tentunya melapangkan fikiran. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti merentas denai hutan dan jogging disamping itu pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Selain itu, pengunjung yang datang ke sini juga boleh menggunakan kemudahan denai hutan yang hanya mengambil masa 45 minit berjalan kaki yang menghubungkan Hutan Lipur Bukit Pelindung ke Pantai Teluk Chempedak. ran.
Lokasi: Kuantan, Pahang
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kuantan/Pekan/Maran
JKR 337,Tingkat Atas, Jln Bank,
25000 Kuantan, Pahang.
Tel. : 09-5524236

Terletak 5 km dari Bandar Kuantan, melalui Jalan Beserah atau Jalan Teluk Sisek.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kuantan.

http://www.forestry.gov.my/index.php/ms/component/content/194.html?task=view

Ni memo dari Ketua 

salam...sy wakil dari group k1/2012 menjemput semua warga Clique IPM untuk sama-sama menyertai ekspedisi mendaki bukit yang diadakan di bukit perlindung kuantan....sesiapa yang berminat tetapi mempunyai masalah transport kami menyediakan bas dan hanya terhad sebanyak 19 tempat sahaja dan juga boleh hadir secara sendiri...aktiviti ini sangat seronok dan mencabar mental dan fizikal anda....dan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan, jika sebarang pertanyaan sila P.M sayer ye....bagi yang berminat menaiki bas berikan name secepat mungkin kepada sayer...diharap aktiviti ini mendapat sambutan ramai (^_^)

TEMPAT: BUKIT PERLINDUNG, KUANTAN
MASA : 8.00 PAGI - 2.00 PTG
BAYARAN : PERCUMA KEPADA JEMPUTAN IPM
# MAKANAN & MINUMAN TIDAK DISEDIAKAN#

Terima kasih kepada Ketua dan rakan-rakan 
bagi menjayakan Ekspedisi yang bakal 
diadakan esok .. enjoy..

Swinky Sparky

Utama jazakallah sebab 
Tuan Haji Muhd Nasir
selaku Pengetua IPM
menyokong aktiviti 
Ekspedisi Mendaki 
Bukit Pelindung.

Apa pun CF n staff IPM mendoakan 
semoga dipermudahkan segala urusan
amin..

Ahad : ada lagi program yang menyeronokkan :D

No comments:

Post a Comment