Follow Us @soratemplates

6 May 2012

Berhibur Tak Sampai Jadi Bubur

Ha, amacam? Takut ke dengan hidup? Rasa tak syok ke dengan hdup? Apa ke halnya pulak korang ni. Tak habis-habis.

Jangan takut dengan hidup dan jangan jadi pengecut. Dunia ni unuk orang yang berani. Hanya orang yang berani je boleh mencerlah hebat. Tak berani kalo, kena duduk dalam hutan sorang-sorang. Tapi apa gunanya bersilat seorang diri di tengah hutan, kan? Habis pokok-pokok tumbang kena sepak terajang. Tapi nak buat apa semua tu sorang-sorang dalam hutan pulak. Lawak-lawak.

Yang betul, kita berpencak, silat, karate, berjudo, dan beraikido di tengah ramai, biarlah sesuai. Maksud saya, kita berjuang dalam hidup dan bila berjaya nanti barulah boleh mengaku juara di depan ramai. Ini tidak, berjuang sorang-sorang dalam hutan, dabik dada depan singa. Apa ke jadahnya tu. Dengar ni, orang pengecut adalah orang yang melihat yang benar tetapi tidak melakukannya. Inilah cabaran jadi manusia bertamadun hidup dalam negara maju pulak tu. Jom sama-sama kita adalah orang yang bukan pengecut. Oleh itu, kita adalah orang yang melihat sesuatu yang benar dan kita akan melakukannya.

 
Satu hari tu, adalah seorang lelaki asyik mengomel depan saya. Macam-macam dia umpat dan macam-macam yang kena umpat. Itu ini, begitu begini, semuanya tak betul pada dia. Tapi setakat itu ajalah, bising tak buat apa-apa. Apalah faedahnya setakat cakap? Yang betul, cakap dan buat. Baru jadi insan yang luar biasa bagus dan hebat sekali. Berhibur tapi tak mahu sampai jadi bubur ha.

Orang yang pengecut adalah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.


2 comments:

  1. ramai jernis cakap jer.. suka komen.. tapi takut

    ReplyDelete
  2. agaknya tu sikap orang kita..

    ReplyDelete