12 May 2012

Bicara September

AsSalam selamat malam,

Okey, jom kita berbicara tentang orang kelahiran bulan September. Tak wajib belum malah harus salah. Kita bicara sekadar kebiasaan dan kebetulan, yang betul dan baik kita rangsang terus, yang betul tapi tak baik kita hapus terus. Okey, faham?

Mereka selalunya santun dan sopan orangnya. Wah! Bukan itu saja, mereka juga mudah bertolak ansur. Wah mereka juga terperinci, teliti dan cermat orangnya. Wah! banyaknya wah.

Hmm.. ikut kebiasaan lagi, mereka tidak segan-segan menegur dan mengkritik orang lain. Pulak! Mereka amat bijak berkata-kata walaupun terkadang pendiam, cool, baik, prihatin dan mudah simpati, amanah setia lagi jujur.

Biasanya mereka yang lahir pada bulan September hasil kerjanya sangat sempurna, tetapi jangan sesekali berani tegur atau komen, sebab dia boleh sensitif tak pasal-pasal.

Otaknya asyik berfikir, keupayaan taakulannya jelas, otaknya juga cerdas dan mudah belajar, maklumatnya semasa, pandai mendorong diri sendiri, daya firasatnya juga hebat, gemarkan sukan, hiburan dan makan angin. Lebih kurang suka enjoy gitu.

Walau bagaimana pun, mereka sering memendam rasa dan andai terluka, hatinya lambat sembuh. Soal cinta jangan dibuat main kerana mereka sangat memilih orangnya. Yang jelas, mereka yang kelahiran ini ada pemikiran dan tindakan yang sistematik. Itu pasallah ramai orang kagum dengan mereka!

Dari pengamatan saya juga, saya dapati orang kelahiran bulan September agak sampai hati sikit. Mereka amat suka bergaya, bahkan di dalam rumah pun boleh pakai baju berlengan panjang dengan butang yang terkancing sampai ke atas!

Jom kongsi anda lahir bulan berapa? CF bulan September hihi..

Tulisan :  DR TUAH

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com