30 Jun 2012

Doa Sebelum Tidur & Doa Sesudah Bangun Tidur

• Sebelum Tidur Membaca Doa :
ุจِุงุณْู…ِูƒَ ุงู„ู„ّู‡ُู…َّ ุฃَุญْูŠَุงูˆَุฃَู…ُูˆุชُ
bismikallahumma ahya wa amutu

Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

----------------------------------------------------------------------

• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :
ุงَู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุงู„َّุฐِู‰ ุฃَุญْูŠَุงู†َุง ุจَุนْุฏَู…َุง ุฃَู…َุงุชَู†َุง ูˆَุฅِู„َูŠْู‡ِ ุงู„ู†ُّุดُูˆุฑُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Keterangan :
Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :
ุนَู†ْ ุญُุฐَูŠْูَุฉَ ูˆَุฃَุจِู‰ุฐَุฑٍّ ุฑَุถِู‰َุงู„ู„ّู‡ُุนَู†ْู‡ُู…َุง ู‚َุงู„َ : ูƒَุงู†َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„ู‡ِ ุตَู„َّ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฅِุฐَุงุฃَูˆَู‰ ุฅِู„ู‰َ ูِุฑَุงุดِู‡ِ ู‚َุงู„َ :  ุจِุงุณْู…ِูƒَ ุงู„ู„ّู‡ُู…َّ ุฃَุญْูŠَุงูˆَุฃَู…ُูˆุชُ ، ูˆَุฅِุฐَุงุงุณْุชَูŠْู‚َุธَ ู‚َุงู„َ : ุงَู„ْุญَู…ْุฏُ ِู„ู„ู‡ِ ุงู„َّุฐِู‰ ุฃَุญْูŠَุงู†َุง ุจَุนْุฏَู…َุง ุฃَู…َุงุชَู†َุง ูˆَุฅِู„َูŠْู‡ِ ุงู„ู†ُّุดُูˆุฑُ . ุฑَูˆَุงู‡ُ ุงู„ْุจُุฎَุงุฑِู‰ُّ

Artinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)



Fotografer Comel

Alhamdulillah tugasan hari ini 
bertarikh 30.06.2012
berjalan dengan lancarnya.

Penutup Tirai bagi bulan Jun 2012
rasanya nanti CF akan update
rentetan perjalanan Kisah Jun 2012


Hari ni bersama geng Comel
memang happening

CF anda bersedia untuk di komen 
dengan hasil kerja anda?

Ya saya sedia terima sebarang 
teguran untuk saya lebih 
hebat dan berjaya ..

Bersama geng fotografer Comel 
















    bersama pengantin Ema dari Kuantan




29 Jun 2012

Radix Palsu vs Radix Ori

1 jenama yang tidak asing lagi dengan menggunakan tagline 'Mai Secawan' 
iaitu RADIX ada ceritanya .. jom baca 


Ori –
Dikilangkan Oleh :
HPA Industries Sdn Bhd
Arau Perlis

Debunya Warna GELAP
Bau HERBA

Palsu –
Dikilangkan Oleh :
Radix Industries Sdn Bhd
Kuala Perlis, Perlis
(Keluaran Baru
Semuanya menggunakan
HPA Industries Sdn Bhd)

Palsu –
Debunya warna CERAH
Baunya KOPI agak KUAT

“Orang ramai perlu tahu, jika melanggar hak cipta mengikut 
Akta Hak Cipta 1987 tanpa lesen atau kebenaran tuan punya 
hak cipta itu, denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih 
RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak 
lebih lima tahun atau kedua-duanya. - 

ori - serbuknya kehitaman (adunanan 7 herba dan kopi) tiruan
 - serbuk agak keputihan (ada serbuk kopi saja)


FB : i love HPA



Harta & Amalan

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya ALLAH SWT
tidak memandang kepada
rupa paras dan harta benda
kamu tetapi ALLAH hanya
memandang kepada niat
hati dan amalan-amalan kamu"
- Riwayat Muslim




28 Jun 2012

Pok Dogo Suara FM

LIKE/Sokong Radio Online Suara FM



www.facebook.com/muziksatusuara

Jom berkenalan dengan DJ Pok Dogo Suara FM
layari www.suara-fm.blogspot.com





Khamis

   No comments     
categories: ,
AsSalam Khamis | 28.06.2012

Hari ni cuti rehat



apa lagi update blog le..
buat keje yang manfaat  :)



26 Jun 2012

26.06.2012 ~ 6 Tahun dalam Kenangan



Hari ini dalam sejarah
IPM di Taman Guru
memasuki tahun ke-6

Terima kasih di atas doa semua
Doakan bersama agar terus
kami memberi sumbangan
ilmu kemahiran.

Jazakallah khairan kasira..




DJ Atan Lunchai Kuchai Suara FM






25 Jun 2012

♥Noryn♥

   No comments     
categories: 
Gambar Peribadi dari Album ♥Noryn♥ 

Eh eh sama la sedondon warna gitu..
malam ni tetiba nak post cerita ni 
tak formal .. 

        Masa 10:20 malam | 25.06.2012

Rindu kat  ♥Noryn♥  adik CF yang sorang ni 
Terima kasih mengembalikan kenangan 
kita n geng Munshi @ Pantai Balok 
beberapa bulan yang lalu..

CF sentiasa ingat Nor ..
doa CF untuk Nor sentiasa
dipermudahkan segala urusan dan 
dalam lindungan Allah taala.. aminn




Sedar

   No comments     
categories: 


Kejayaan seseorang bukan terletak pada 
ilmu dan bakat yang dimilikinya, 
tetapi kesedaran dan keberaniannya 
untuk bertindak menggunakan kelebihan-kelebihan itu.



Rendah Diri

   No comments     
categories: ,
Usah terlalu
merasa rendah
diri dengan
kedudukan anda,
sebab bukan
semua kehebatan
orang dalam
suluhan ALLAH.



23 Jun 2012

Santai Petang Sabtu

AsSalam petang Sabtu
Edisi 23.06.2012
4:07 petang

Sambil menyiapkan tugasan
di pejabat .. layan jap
radio online SuaraFM

Bersama DJ Atan Lunchai Kunchai Kuchai
(unik nama dj nih..)


Facebook www.facebook.com/Muziksatusuara

Tumpang like Radio Online SuaraFM kat sini boleh



Panduan Solat Qasar Dan Jama'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
 
gambar : carian google

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” 

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

ุฃุตู„ูŠ ูุฑุถ ุงู„ุธู‡ุฑ ุฑูƒุนุชูŠู† ู‚ุตุฑุง ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua. 
2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

ุฃุตู„ูŠ ูุฑุถ ุงู„ุธู‡ุฑ ุงุฑุจุน ุฑูƒุนุงุช ู…ุฌู…ูˆุนุง ุฅู„ูŠู‡ ุงู„ุนุตุฑ ุงุฏุงุก ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

ุฃุตู„ูŠ ูุฑุถ ุงู„ุธู‡ุฑ ุฑูƒุนุชูŠู† ู‚ุตุฑุง ู…ุฌู…ูˆุนุง ุฅู„ูŠู‡ ุงู„ุนุตุฑ ุงุฏุงุก ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

ุฃุตู„ูŠ ูุฑุถ ุงู„ุธู‡ุฑ ุงุฑุจุน ุฑูƒุนุงุช ู…ุฌู…ูˆุนุง ุฅู„ู‰ ุงู„ุนุตุฑ ุงุฏุงุก ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

ุฃุตู„ูŠ ูุฑุถ ุงู„ุธู‡ุฑ ุฑูƒุนุชูŠู† ู‚ุตุฑุง ู…ุฌู…ูˆุนุง ุฅู„ู‰ ุงู„ุนุตุฑ ุงุฏุงุก ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)



22 Jun 2012

Jom Menjadi-JADI




MENUJU CAHAYA


Hadiah dari seorang sahabat



21 Jun 2012

Syaaban dan Kelebihannya


gambar : carian google

REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.

Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

KEUTAMAAN SYAABAN:

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.” 

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?

Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)

v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.” 

Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin) 

Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN:

Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban.

Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.

Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.



20 Jun 2012

Bicara Mac

Seseorang yang di lahir pada bulan 3, bahawa orang berkenaan biasanya :

  • Personalitinya ada kelas
  • Tidak selesa dengan birokrasi 
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sediakalanya sangat baik hati
  • Usah mempertikaikan kejujurannya
  • Murah hati dan mudah berasa belas
  • Sangat perasa pada bicara orangnya
  • Sensivitinya pada alam amat tinggi
  • Damai orangnya dan tak suka gaduh 
  • Kepekaannya pada orang lain sangat tinggi
  • Serasi dengan tugas khidmat orang ramai
  • Mudah merajuk jika tidak diberi perhatian 
  • Tak tetap pendirian dalam soal memilih pasangan hidup
  • Tidak cepat marah tapi boleh jadi terlalu pemarah 
  • Sangat jujur dan amanah 
  • Tahu membalas apabila terasa berhutang budi
  • Persepsinya sangat tajam 
  • Boleh jadi seorang pendendam yang tegar
  • Hobinya berangan-angan
  • Kalau boleh mahu menjejaki dunia
  • Senang dimanjai
  • Sangat berbakat dalam dunia muzik
  • Emosi yang berubah-ubah
birokrasi (kata nama)
Bersinonim dengan pentadbiran,peraturanpita merah.,



Petang Rabu

AsSalam Petang Rabu,
Edisi 20.06.2012
2:02 petang


CF mendoakan semua
dipermudahkan segala urusan
dan dalam lindungan
Allah taala..

CF dalam pada menasihati
anda, dalam pada masa
yang sama CF menasihati
diri sendiri supaya menjaga
kesihatan, menjaga perhubungan
dan yang paling penting
kita dapat menjaga hubungan
dengan Maha Pencipta.

~ senyum ~ 



19 Jun 2012

SuaraFM



Santai petang
masuk 2 hari bersama
Atok Ali Rockers
(betul ker ejaan ni)
hanya di SuaraFM
Muzik Satu Suara.

Ok juga lagu pepetang ni
setelah penat berkerja
balik redah blog
sebab ada link radio ni

Apa pun layan..
sambil menghirup
secawan radix
(mai secawan)
hihi...

lagi link cerita tentang
SUARAFM



Pagi

AsSalam pagi,

Awal CF update blog pagi ni ye..
Kat pejabat dah bz 
jadi sepanjang minggu ni 
kena 'kurung' jap ..
menyiapkan tugasan 
sebelum menjelang Julai 2012

Pagi ni seawal 9 pagi ada 
Bengkel Trengkas (Siri I)
jadi kena buat tugasan
mana yang terlebih dahulu
untuk disiapkan..

Alhamdulillah misi untuk tugasan
semalam berjaya di siapkan
dalam soal kerja ni
kena lah suka dan rasa minat
yang mendalam, baru lah
tugasan dapat di siapkan dengan
mudah. Utama mohon kepada
Allah taala semoga
dipermudahkan segala urusan.

Hari ini keluar keputusan
peperiksaan sesi yang lalu.

Ok lah CF dah nak bersiap ke
pejabat seawal jam 7 dah ready
dengan bahan untuk kelas pagi ni.



18 Jun 2012

#2 Jawatan Kosong Jun 2012




17 Jun 2012

#1 Jawatan Kosong Jun 2012



6 Kekosongan Jawatan



Abah


Abah,
Selamat Hari Bapa,
Betapa besarnya pengorbanan 
seorang bernama abah,
Kami sentiasa mendoakan 
abah sentiasa sihat,
dapat beramal serta dalam 
lindungan Allah Taala.
Sayang abah selalu..



Israk Mikraj Menguji Iman


Kehebatan peristiwa luar biasa Israk dan Mikraj yang telah berlaku sejak 15 abad yang silam  masih terasa sehingga saat ini. Saban tahun ketibaan bulan Rejab disambut pelbagai lapisan masyarakat Islam negara ini dengan mengadakan majlis-majlis memperingati keagungan peristiwa ini.

    Sesungguhnya bagi orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, mereka menerima peristiwa ini dengan hati yang terbuka dan penuh yakin terhadap kekuasaan Allah SWT yang Maha Besar dalam merealisasikan takdir ciptaanNya.

    Israk dan Mikraj merupakan mukjizat yang tidak ada syak dan ragu yang telah dianugerahkan khusus buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, sekalipun ianya menyalahi hukum alam dan logika akal manusia. Allah Ta'ala berfirman dalam Al-Quran Surah Al-Israa' ayat 1:

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
    
 Perjalanan dari Masjidil Haram Makkah ke Masjidl Aqsa Palestine seterusnya menuju ke Sidratul Muntaha dan Baitul Makmur,  Baginda Rasullullah S.A.W bersama Malaikat Jibrail A.S. telah melintasi semua lapisan langit dan bertemu dengan para ambiya' terdahulu sehingga kemuncaknya baginda Nabi Muhammad S.A.W mengadap Allah S.W.T untuk menerima perintah khusus dan istimewa buat diri dan ummatnya iaitu kewajipan menunaikan 5 solat fardu sehari semalam.

    Kekuasaan dan Kebesaran Allah S.W.T terserlah menerusi peristiwa ini dan ianya menundukkan keingkaran dan kekufuran bangsa Arab yang sentiasa membantah dan menolak kebenaran risalah Ad-Din yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W agar tunduk dan patuh kepada segala titah perintah Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan dan keimanan.

    Hikmah dan tujuan utama peristiwa Israk dan Mikraj adalah agar umat Islam mewujudkan hubungan dengan Allah S.W.T menerusi ibadah utama yang wajib dilaksanakan iaitu solat. Ibadah solat merupakan pokok keimanan yang perlu ditunaikan secara tekun dan berterusan dalam apa jua keadaan dan tempat.

    Ibadah solat merupakan pasak atau tiang agama, ianya perlu ditegakan dalam setiap diri individu muslim. Tanpa ibadah solat dalam kehidupan harian bererti robohlah keutuhan iman dan agama seseorang insan.
    Solat merupakan pembeda insan muslim dan bukan muslim; sesungguhnya ibadah solat yang dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawadhuk menjadi perisai pencegahan berlakunya perbuatan-perbuatan dan perkara-perkara keji dan mungkar.

    Era globalisasi yang menampilkan kecanggihan sains dan teknologi serta kepesatan pembangunan kebendaan menjadi kehidupan insan muslim dalam pelbagai bidang dan lapangan senantiasa menagih komitmen masa yang amat tinggi dan mencabar. Lantaran dari itu, ramai dari kalangan insan muslim tertewas dengan asakan kebutuhan keperluan kehidupan harian sehingga terabai dan meninggalkan kewajipan utama dalam agama Islam iaitu solat.

    Ajaran Islam tidak pernah memingirkan keperluan dan kepentingan kehidupan di dunia malah ianya amat menekan setiap insan muslim agar berusaha dengan gigih dalam mencapai kesejahteraan dan kebahagian kehidupan di dunia ini berlandaskan hukum syarak Islam yang syumul.

    Keyakinan dan keimanan yang jitu ke atas peristiwa Israk dan Mikraj menjadi asas ke arah pembentukan insan rabbani dan masyarakat madani yang terpelihara dari segala anasir dan sifat-sifat mazmumah seterusnya berupaya menzahirkan ketinggian dan keunggulan ajaran Islam.

Disediakan oleh:
Mohd Yusof Ong bin Abdullah 
Bahagian Dakwah, JAIS



14 Jun 2012

Hebat Ceria Bahagia

Senyum tak perlu kata apa-apa



Adik


17.06.2012 (Ahad) genap usia adik
Umairah Jahidah bt Md Nasir
14 tahun .. wah dah beso 
dik ye ..diam tak diam 

Selamat Ulang Tahun Kelahiran
semoga dipermudahkan segala urusan 
dan dalam lindungan Allah taala..
amin..




Mawlaya Lyrics - ู…ูˆู„ุงูŠุง

>>Mawlaya Lyrics - ู…ูˆู„ุงูŠุง  <<


ู…ูˆู„ุงู‰

ู…ูˆู„ุงู‰ ุตู„ูŠ ูˆ ุณู„ู… ุฏุงุฆู…ุง ุฃุจุฏุง
ุนู„ู‰ ุญุจูŠุจูƒ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฎู„ู‚ ูƒู„ู‡ู…
ูŠุงุฑุจ ุตู„ูŠ ุนู„ูŠู‡ ูŠุงุฑุจ ุตู„ูŠ ุนู„ูŠู‡
ุตู„ูˆุงุช ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูŠุงุฑุจ ุตู„ูŠ ุนู„ูŠู‡

ุงู„ุจุฏุฑ ูƒุทู„ุนุชู‡ ูˆุฌู‡ ุฌู…ูŠู„
ูˆุงู„ุดู…ุณ ูƒุจุณู…ุชู‡ ุธู„ ุธู„ูŠู„
ู‡ูˆ ุนุจุฏ ุงู„ู„ู‡ ุณูŠุฏ ุงู„ุฎู„ู‚ ูˆ ู…ุตุทูุงู‡
ูˆุญุจูŠุจ ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑ ู…ุจุนูˆุซ ู„ูˆุญู‰ ุงู„ู„ู‡

ู‡ูˆ ุฎูŠุฑ ุนุจุงุฏ ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑ ุงู„ุจุฑุงูŠุง
ุญู‰ ููŠู†ุง ุจู‡ุฏุงู‡ ุญู„ูˆ ุงู„ูˆุตุงูŠุง
ู†ุณุฃู„ูƒ ุงู„ู„ู‡ ุชุฌู…ุนู†ุง ูŠูˆู…ุง ุจุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡
ู…ู† ูƒูˆุซุฑู‡ ูŠุฑูˆูŠู†ุง ูุชู‚ุจู„ ูŠุง ุฑุจุงู‡

ู…ูˆู„ุงู‰ ุตู„ูŠ ูˆ ุณู„ู… ุฏุงุฆู…ุง ุฃุจุฏุง
ุนู„ู‰ ุญุจูŠุจูƒ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฎู„ู‚ ูƒู„ู‡ู…
ูŠุงุฑุจ ุตู„ูŠ ุนู„ูŠู‡ ูŠุงุฑุจ ุตู„ูŠ ุนู„ูŠู‡
ุตู„ูˆุงุช ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูŠุงุฑุจ ุตู„ูŠ ุนู„ูŠู‡

ุทุงู‡ุฑ ุงู„ู‚ู„ุจ ู†ู‚ู‰ ุฐุงูƒุฑ ู„ู„ู‡
ุงู„ู…ุตุทูู‰ ุงู„ุตูู‰ ุตู„ู‰ ุนู„ูŠู‡ ุงู„ู„ู‡
ุฃุฎู„ุงู‚ู‡ ูˆ ุตูุงุชู‡ ุณุจุญุงู† ู…ู† ุณูˆุงู‡
ู‡ูˆ ู‚ุฏูˆุชูŠ ูˆ ุญุจูŠุจูŠ ูˆ ุฏุนูˆุฉ ุงู„ู†ุฌุงุฉ
ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ูŠุง ุญุจูŠุจ ุงู„ู„ู‡
ูุฃูƒุชุจ ู„ู†ุง ู†ู„ู‚ุงู‡ ู†ุฏุนูˆูƒ ูŠุง ุฑุจุงู‡

ู…ูˆู„ุงู‰ ุตู„ูŠ ูˆ ุณู„ู… ุฏุงุฆู…ุง ุฃุจุฏุง
ุนู„ู‰ ุญุจูŠุจูƒ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฎู„ู‚ ูƒู„ู‡ู…
ูŠุงุฑุจ ุตู„ูŠ ุนู„ูŠู‡ ูŠุงุฑุจ ุตู„ูŠ ุนู„ูŠู‡
ุตู„ูˆุงุช ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูŠุงุฑุจ ุตู„ูŠ ุนู„ูŠู‡



Lyrics: Salah Galal
Chorus Melody: Islamic Folklore
Verse & Bridge Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain



12 Jun 2012

CF n The Typewriter


Lebih sedekad yang lalu ilmu telah dicurahkan untuk 
anak didik .. semakin hari semakin 
bersemangat untuk terus mencurahkan ilmu 
berkongsi rahsia menaip pantas.

Apa pun dalam kursus ini kesabaran 
perlulah ada sebab menaip menggunakan mesin taip
amat berbeza dengan menaip berkomputer.

Menggunakan mesin taip .. pelatih 
tidak ada peluang digalakkan untuk membetulkan kesalahan ejaan
tapi belajar memperbaiki mutu penaipan sentuh (touch typing)
pada latihan yang berikutnya.

Ia boleh di tafsir seperti sebuah  kehidupan 
pastinya kita ada membuat kesilapan 
dan kita juga belajar untuk memperbaikinya.

Perlu ada disiplin yang tinggi dalam 
menggunakan teknik menaip yang betul
al maklum sajalah kena guna 10 jari 
dan bukannya 5,6 jari.


CF sedia maklum semua boleh menaip
tapi adakah anda menaip menggunakan 
kaedah yang betul?

turut tersedia laman web yang 
menyediakan kaedah belajar secara percuma
antaranya typingweb.com

Jom study klik SINI