8 June 2012

Warna Pelangi Yang Ada Pada ♥Kawan♥

Kalau tiada saudara-mara dan saudara kandung, kawan adalah segala-galanya. Hidup sebatang kara, kawan amat bermakna buat kita. Pentingnya kawan. kadang-kadang kita lebih memerlukan mereka daripada ibu bapa.

Ramai orang sanggup berkorban demi kawan. Sanggup bersusah payah demi kawan dan sanggup melakukan apa saja demi kawan.

Kenalilah kawan anda. Mereka kadang-kadang membawa rahmat, kadang-kadang membawa bencana. Usah lupa dengan istilah kawan makan kawan' - harapkan kawan, kawanlah petualangnya. Kalau unggul kawan, unggullah kita dan begitulah sebaliknya.

Sekurang-kurangnya kawan boleh dinilai melalui warna pelangi. Kategorikan kawan-kawan anda mengikut warna pelangi.

Buat permulaan, anggap semua kawan adalah sebenar-benarnya kawan. Mereka itu dalam persaingan untuk diistilahkan sebagai sahabat.

Kawan-kawan kita semuanya datang dengan membawa warna-warna tertentu. Ada yang datang dengan warna :

Hijau - Mereka ini adalah yang sentiasa melihat sesuatu daripada sudut yang positif. Mereka meletakkan harapan pada segalanya. Mereka memberikan ketenangan kepada kita. Dalam keserabutan, mereka seolah-olah membawakan kandil.

maksud kandil : lampu, pelita, kaki lilin

Biru - Mereka datang dengan membawa kedamaian dan rasa tenteram. Mereka adalah warna biru yang selalunya menghiasi langit dan lautan.

Kuning - Mereka membawa keceriaan dalam hidup kita. Mereka datang dengan membawa pelbagai jenaka yang membuatkan kita tertawa. Mereka juga ibarat bintang yang mengerlipkan hidup kita tatkala kita bersedih.

Merah - Mereka selalu mengingatkan kita tentang undang-undang kehidupan dan menyarankan kita berubah tatkala kita lemah dan tiada wawasan. Mereka datang dan membawa semangat kita untuk bangkit dan terus melangkah.

Oren - Mereka membawa penunu yang sentiasa menghangatkan keinginan kita untuk gemilang dan cemerlang. Mereka memberi kita tenaga dan vitamin untuk berkembang.

Kelabu - Mereka mengajar kita untuk senyap, mendengar dan menerima keadaan. Mereka mengajar kita mengenali diri kita sendiri.

Ungu - Mereka adalah orang yang datang membawa kepintaran dan kebijaksanaan hingga kita turut menjadi pintar dan bijak sebagai mana mereka.

Coklat - Mereka mebantu kita undur tatkala patut berundur. Mereka memperlihatkan pada kita ilusi yang silap dan kembali berpijak di bumi nyata. Mereka juga mengajar kita untuk menikmati hidup seadanya.

Putih - Merekalah yang membantu kita meneroka dalam kita sendiri, belajar tentang suara hati serta kejujuran-kejujuran yang telah sedia ada di situ, yang selalunya kita terlupa dan kita terlepas pandang.

Kalau kita gabungkan kesemua warna-warna ini, kita akan dapat kawan yang memenuhi semua kategori. Ini bermakna kita akan mendapat kehidupan yang paling bermakna, kehidupan pelangi penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Keunggulan adalah milik kita dan milik mereka.

Jika anda melihat kesemua warna yang ada pada mereka - dalam kata lain seseorang kawan itu membawa kesemua warna apabila berdamping dengan anda - dia layak dijadikan sahabat.

Kawan adalah mereka yang sudi mendengar dengan kesusahan anda. kawan adalah mereka yang meringankan bebanan anda, tetapi sahabat sanggup memikulnya buat anda.

Lihat, saya tidak memasukkan hitam. Andainya anda melihat ketidakjujuran menghiasi peribadi kawan-kawan anda, anggaplah itu hitam dan jauhilah mereka. Anda tidak rugi kehilangan mereka tetapi anda pasti rugi jika nanti kehadiran merekalah menyebabkan anda kerugian.

Kawan boleh menjadikan kita hitam, kawan juga boleh menjadikan kita seindah pelangi. Pilihlah seorang sahabat daripada seribu kawan. 

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com