11 July 2012

Sarapan dapat kurangkan berat badan?

AsSalam Edisi 11.07.2012 | 8:26 pagi

CF doakan agar anda dipermudahkan segala urusan dan dalam lindungan Allah taala. Pagi ni CF ‘share’ bersama pembaca dan rakan bloggers yang lain tentang Rahsia sarapan pagi dapat kurangkan berat badan .. ye ke? Macam tak caye jer..

Jom kita baca artikel ni ..

ADAKAH anda tahu bahawa bersarapan itu penting bagi mengurangkan berat badan? Ya, kerana apabila bersarapan, kita dapat mengurangkan pemakanan makanan ringan atau snek sebelum makan tengahari. Maka sarapan sebenarnya amat penting kepada kehidupan terutamanya remaja dalam proses tumbesaran.

Selalunya, selepas tidur, badan akan menjadi lemah kerana perut telah menjadi kosong dan air dalam badan juga berkurangan. Kandungan gula dalam darah juga menjadi rendah, menjadikan badan tidak bermaya dan bertenaga. Apabila bersarapan makanan yang perlu diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya makanan berlemak dan tinggi kolestrol.

1.  Sediakan semangkuk salad sebelum masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.

2.  Roti bakar boleh menjadi enak dan berkahsiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3.  Muffin juga pilihan yang baik jika mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.

4.  Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

5.  Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

6.  telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun saleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protien.

7.  Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

Gambar : Carian Google 

SELAMAT MENCUBA J


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com