30 Aug 2012

[Kemaskini] IKLAN JAWATAN KOSONG

Job TitleCompanyDateLocationViewed
2 Kekosongan JawatanUniversiti Selangor (UNISEL)2012/8/29SELANGOR934
3 Kekosongan JawatanUniversiti Malaysia Pahang (UMP)2012/8/29PAHANG712
10 Kekosongan JawatanUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)2012/8/29NEGERI SEMBILAN1164
7 Kekosongan JawatanKementerian Sumber Manusia2012/8/29SELURUH MALAYSIA2379
2 Kekosongan JawatanLembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)2012/8/29SELANGOR1080
JuruteknikTenaga Nasional Berhad (TNB)2012/8/28SELURUH MALAYSIA937
2 Kekosongan JawatanMalaysian Institute of Road Safety Research (MIROS)2012/8/28SELANGOR1122
80 Kekosongan JawatanSuruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)2012/8/28SELURUH MALAYSIA3293
Temuduga TerbukaTentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)2012/8/27SELURUH MALAYSIA1462
7 Kekosongan JawatanSuruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan2012/8/26KELANTAN1531
3 Kekosongan JawatanPermodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)2012/8/26SELANGOR1507
JuruteknikSIRIM Berhad2012/8/26SELANGOR529
Eksekutif KewanganLembaga Tabung Haji (LTH)2012/8/26KUALA LUMPUR605
5 Kekosongan JawatanMajlis Daerah Jelebu (MDJ)2012/8/26NEGERI SEMBILAN524
3 Kekosongan JawatanYayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)2012/8/16TERENGGANU1221
Eksekutif KewanganLembaga Tabung Haji (LTH)2012/8/16KUALA LUMPUR966
3 Kekosongan JawatanLembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)2012/8/15TERENGGANU1120
11 Kekosongan JawatanUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)2012/8/14KUALA LUMPUR4306
5 Kekosongan JawatanYayasan Pahang2012/8/14PAHANG1340
PengurusKraf Holdings2012/8/14SELANGOR562
3 Kekosongan JawatanPerbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP)2012/8/14PULAU PINANG822
2 Kekosongan JawatanMajlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)2012/8/14PAHANG562
2 Kekosongan JawatanUniversiti Sains Malaysia (USM)2012/8/13PULAU PINANG1554
Penolong Pegawai SenibinaJabatan Perdana Menteri (JPM)2012/8/13PUTRAJAYA724
Penolong PengurusLembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP)2012/8/13PAHANG645
2 Kekosongan JawatanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)2012/8/13SELANGOR1878
4 Kekosongan JawatanMajlis Daerah Lipis (MDL)2012/8/13PAHANG626
9 Kekosongan JawatanLembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA)2012/8/13SARAWAK832
2 Kekosongan JawatanMajlis Perbandaran Kluang (MPK)2012/8/13JOHOR605

  Pautan : http://jobless.my/




Menarik Tentang Perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna



Perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.




Biar Sampai Ke Bintang



Sekitar Majlis Berbuka Puasa Padang MPK Kuantan Pahang & Majlis Perpisahan Pelatih Pengurusan Pejabat K1-2012

30 Julai 2012   |  www.ipmmunshi.com

***********************************
Lirik lagu Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang



29 Aug 2012

Warna Warni Ramadhan : Bersama Team Comel

Terutama jutaan terima kasih kepada
boss Comel kerana telah mengadakan 
majlis berbuka puasa pada Ramadhan
yang lalu.

kami geng comel sentiasa mendoakan 
kita semua dipermudahkan segala 
urusan dan dalam lindungan Allah taala..aamiin..

Majlis berbuka  ini diadakan di warung 
Tomyam Hasan Bukit Rangin Permatang Badak 
Kuantan, Pahang

Memang sedap menu kat sini 
moh kita intai menu nye..




menarik kan menu kat sini...


tersenyumm selepas berbuka puasa..

CA, CF & Zihah

warung ni wajib di kunjungi .. memang besttt..


Tarikh Peristiwa : 03.08.2012







































55 Tahun Merdeka Janji Ditepati




KUALA LUMPUR: 'Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September. 
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai. 

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 Sept kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini hari ini, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan.

Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia.
Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas.

Pada 17 Julai, Perdana Menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak, kata Rais.

Pada bulan Ramadan, program berkaitan tetapi berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam dan beberapa acara untuk kaum lain turut disusun.

Rais dalam pada itu meminta semua pihak agar mengenepikan perbezaan fahaman politik bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 itu.

"Pemimpin masing-masing perlu memainkan peranan dengan sokongan rakyat supaya Jalur Gemilang dikibarkan di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing.

"Kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu," katanya. - BERNAMA



27 Aug 2012

Debaran 08.09.2012

   1 comment     
categories: 


08.09.2012 ~ Sabtu  ada apa tu CF ?
hmm .. pssttt.. tunggu...



Lepas Raya..



Hari ni hari pertama kerja selepas cuti raya sakan
wah..wah nak tayang rupa ker CF oii
ni gambo lepas jam 5 petang
setelah bergegas sebelah pagi dengan
pra ujian dan belah petang pulak ujian menaip

bukan apa lepas raya berat badan selalu naik
hmm CF tak berapa nak kawal lah juga kann..
makan sakan lah katakan
tapi teh herba di lupa jangan .. ni lah teh
yang mengawal segala pemakanan CF .. :)

Teh herba ni memang banyak khasiat
dan CF telah amalkan sejak 2008 lagi




26 Aug 2012

Blog oh Blog..























Post dah tersusun.. tunggu tarikh dan masa
untuk disiarkan je.. blog ni kena
ambik mood.. baru ada idea nak menaip
bahan cerita nye yek.. jadi nantikan ..

Apa pun terima kasih rakan sahabat
yang tak putus-putus bertandang
ke laman blog CF.. walaupun dah
berhari-hari tak berupdate..
masih ada yang setia berkunjung ..





Perkahwinan Syafiq & Yana

Agak terlewat cerita ini disiarkan
sebab CF dapat cerita ni dari
adik, Tie .. dia yang asalnya
menghebah cerita ni pada CF

Asalnya pun CF tak siarkan
dalam blog .. tapi cerita ni
menarik dan unik

Jadi CF teringin nak siarkan
Cerita ni mendapat liputan
di dada akhbar rujuk Sinar Harian
dan laman utama youtube
sehingga kini 26.08.2012 | 7:55 malam
telah di tonton sebanyak 1,004,879 kali.


Apa pun tahniah pasangan
mempelai Syafiq 16 tahun dan Yana 14 tahun
telah diijabkabulkan pada
Februari 2012 yang lalu
dan majlis resepsi pada bulan Julai  2012 ..










Selamat Hari Wanita Malaysia


[25 Ogos 2012] Selamat Hari Wanita kepada semua rakan FB serta rakan-rakan wanita kita sempena dengan Sambutan Hari Wanita 2012.

Mari kita selami dan amalkan ciri-ciri ini untuk menjayakan diri serta keluarga kita seperti slogan “WANITA PENCETUS EKONOMI BARU” yang dipilih sebagai tema Hari Wanita Kebangsaan tahun ini.

1) Bekerja keras dengan cara yang bijak
2) Berilmu, beriman dan beramal
3) Bijak Penjualan/Pemasaran
4) Bersikap Positif - Amanah
5) Kemahiran Mendengar, Menulis, Berkomunikasi dan Berfikir
6) Pintar Emosi, Bijak Bersosial dan Kemahiran ‘Kemanusiaan’
7) Pembangunan Diri & Penukaran Kerjaya Untuk Kemajuan
8) Menerima Perubahan & Pembaharuan
9) Sentiasa Bersedia & Mengenalpasti Peluang
10) Bersifat Periang, Lucu & Berpersonaliti Menarik
11) Sentiasa Berkeyakinan dan Menyakinkan
12) Cintai Diri dan Cintai Kerja

Kuatkan semangatmu,
Tabahkan hatimu,
Tinggikan IQ dan EQ mu…

Burulah Kejayaan, Kebahagiaan, Kekayaan dan Kesihatan!
 - 










25 Aug 2012

Seminar Facebook 2012




















ANDA INGIN TAHU..

Bagaimana menggunakan FACEBOOK
Dapat meningkatkan kuasa pemasaran
Perniagaan anda secara MAKSIMUM

Bagaimana memasarkan produk/servis di ‘facebook’
Dengan lebih efektif?

Bagaimana membina jualan yang tinggi dengan kos
Serendah RM0.00?

Bagaimana media sosial dapat memberi impak kepada
Perniagaan anda?

Bagaimana mengenalpasti permintaan produk/servis anda di
‘facebook’?

Bagaimana membina jenama anda di Facebook?



PERCUMA!!







Jika mendaftar 3 orang secara on-line di www.facebookpower.com

Selagi tiket masih ada. Jilka mendaftar seorang sahaja,
Akan dikenakan yuran pendaftar sebanyak RM50.00

Jom Semak Jadual Seminar Fesbuk Power  klik  >>SINI<<

-Bryan Gan
Pakar Pemasaran
Internet & Facebook





Kehilangan 5 Syawal ... Al-Fatihah

   No comments     
categories: 

AsSalam 24.08.2012 | 11:58 malam

Al-Fatihah buat arwah nenda
Fatimah binti Aliman 
telah kembali ke rahmatullah 
pada 23.08.2012 | 10:30 pagi 
Arwah meninggal dunia 
kerana sakit tua & telah dikebumikan 
di Kg Semaloi, Endau Johor.

Al-Fatihah..




23 Aug 2012

[PROMO] Suara FM ~ Muzik Satu Suara

   No comments     
categories: ,














Terima Kasih Diatas
Sokongan Rakan Pendengar
Terus Setia Dengarkan Kami
Hanya Di Radio Online
SUARA FM Muzik Satu Suara

---------------------------------------

Untuk mendengar KLIK link pilihan anda

WEB :
www.suarafm.com

BLOG:
http://crewsuara.blogspot.com/

SHOUTCAST:
http://www.shoutcast.com/shoutcast_popup_player?station_id=386166&play_status=1&stn=Suara+FM

TUNEIN (IPHONE,ANROID,BLACKBARRY) :
http://tunein.com/tuner/?StationId=172667

WINDOWS MEDIA PLAYER :
http://tengkorak.eu/tunein.php/suarafm/playlist.asx

WINAMP:
http://69.65.47.141:8000/listen.pls

REAL PLAYER:
http://tengkorak.eu/tunein.php/suarafm/playlist.ram

QUICK TIME:


Sokong/LIKE Page SUARA FM



Terpisah

   No comments     
categories: 
AsSalam 23.08.2012 | 5 Syawal 1433H | 7:13 pagi

CF mendoakan agar rakan sahabat
sihat, kaya, bahagia, berjaya & diberkati aamiin..

Pagi ini cerah dengan sinaran matahari
Ceria itu datang dari hati..

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya
itulah janji Allah untuk kita..
kita akan terus diuji dan diuji
bagi mengukuhkan lagi kasih sayang
antara kita dan Maha Pencipta.

Alumni DAO : 20201




[PROMO] Latihan Kerjaya Pengurusan Pejabat Sesi September 2012





19 Aug 2012

Restoran Terminal Kuantan


Kenangan Berbuka Puasa 
Bersama CA @ Restoran Terminal Kuantan
berdekatan dengan Terminal Bas Kuantan




Sementara menunggu masa berbuka puasa ..



CF n CA order popia, rojak..




Nasi goreng kerabu & air limau suam 
kena tapau sebab makan popia n rojak dah kenyang..




Bersusun pengunjung restoran 
dikaunter bayaran ..

Apa pun restoran ni menu pada bulan Ramadhan 
memang best.. 3 bintang ..

Tarikh Peristiwa : 10.08.2012




17 Aug 2012

Ucapan Hari Raya Aidilfitri




Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
ikhlas dari
- CF Nur Farizan
www.nurfarizan.com




15 Aug 2012

Ragam Balik Raya ~ Pok Yop


Isteri> x kira..i nak balik kg i jugakkk..."
Suami>aiii...tiap2 kali raya mesti macam ni..balik kg i la yanggg.."
Isteri>x nak..kg u x bestttt!!...."
Suami>alaa...kg i laaa..bkn jauh punnn..ptg raya kita balik la kg u..."
Isteri>jauh ke..de
kat ke..i x kiraaaa...."kg i jugakkkk...."
Suami>public holiday kg u..weekend kg u..cuti skolah kg u..raya poser lagik..pun kg u...raya haji ni pun kg u..?
Isteri>mestilah...kg i x macam kg u.."
Suami>kg i wangiii..kg u x wangi macam kg i tau.."
Isteri>knp u cakap mcm tu pulak..?..."
Suami>kg i KAMPUNG PANDAN...wangi tau.."
Isteri>ehh2..kg i sentiasa lawaaa tauuuu
Suami>pasal apa lawa?cakap2?
Isteri>ehh..mestilaa...Kg i..KAMPUNG BARUUUU"..:p
Suami>eeeeeee......itu la ayat U...
Isteri>yang..aii lebiuuu...hik..hik..hik...


*pakat2 tolak ansur la yerrr....
*kalam tumpul Pok Yop...aterrrrr.:)
06.08.2012 





13 Aug 2012

Terima Kasih Rakan Facebook

































Terima kasih rakan-rakan Facebook CF Nur Farizan :)






11 Aug 2012

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

1. Pegawai Tadbir
2. Penolong Pegawai Tadbir
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
5. Penolong Pegawai Wakaf
6. Ahli Fotografi
7. Juruaudio Visual
8. Pembantu Am Pejabat



MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 23 Ogos 2012 

11 Jawatan Kosong & lebih info klik SINI




10 Aug 2012

Malam Lailatulqadar

Daripada Hazrat ‘Aishah r.anha beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Carilah Lailatulqadar pada bilangan hari yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir daripada Ramadhan,”

Keterangan :
Pada pendapat kebanyakan ulama, sepuluh hari terakhir bermula pada malam ke 21 dan ini adalah umum sama ada bulan itu mengandungi 29 hari ataupun 30 hari. Dan perkiraan ini dan berdasarkan hadith di atas, pencarian Lailatuqadar hendaklah dilakukan pada malam ke 21, 23, 23, 25, 27 dan 29.

Sekiranya bulan itu mengandungi 29 hari pun maka malam-malam inilah yang masih dikatakan 10 hari terakhir.

Walau bagaimanapun, Ibn Hazam rah. Berpendapat bahawa perkataan ‘asyara membawa makna sepuluh. Oleh itu, jika Ramadhan mengandungi tiga puluh hari, barulah cara perkiraan ini digunakan, tetapi jikalau bulan Ramadhan mengandungi dua puluh sembilan hari akhir bermula pada malam ke dua puluh dan dengan perkiraan itu malam-malam ganjil (untuk sepuluh akhir) menepati malam ke 20, 22, 24, 26, dan 28 Ramadhan.

Walaubagaimana pun, Baginda telah ber’iktikaf pada bulan Ramadhan semata-mata untuk mencari Lailatuqadar dan secara kebetulan bermula pada malam ke 21 Ramahdhan.

Oleh itu, pendapat kebanyakan ulama yang mengatakan bahawa malam ganjil untuk sepuluh hari akhir bermula pada malam ke 21 adalah satu kemungkinan yang kuat dan merupakan pendapat yang lebih tepat walaupun ada kemungkinan malam Lailatulqadar jatuh pada malam-malam yang lain.

Pencarian malam Lailatulqadar berdasarkan kedua-dua pendapat itu hanya mungkin terjadi apabila kita berjaga setiap malam bermula malam ke-20 sehinggalah ke malam raya dengan kerisauan untuk mendapatkan Lailatulqadar.

Untuk berjaga selama sepuluh malam atau kesebelas malam akhir bukanlah satu perkara susah dan payah bagi mereka yang berharap untuk mendapatkan ganjaran yang begitu besar.

Seorang penyair bermadah :
Wahai Urfi! Sekiranya hanya dengan tangisan dapat menemukan aku dengan kekasih Maka ratusan tahun pun sanggup ku menangis untu bertemu dengannya.

Dipetik dari kitab : Fadhilat Amal (Fadhilat Ramadhan) Hadith 4 MS 63
Oleh Raisul Muhaddithin Allama Muhamamd Zakariyya (rah)




9 Aug 2012

Kenapa Orang Kelam- Kabut Tak Tentu Pasal?

KENAPA orang kalam- kabut tak tentu pasal? Kalau ada pasal boleh tahan. Tapi ini, tak ada pasal tapi kelam–kabut memanjang. Jawabnya, sebab hari yang anda tempuhi ni tak pun ada rancang semalam.  Tak percaya? Tengoklah esok. Akan kelam-kabut juga sebab perancangan hari ini anda tak buat.

Merancang ni  kita kena buat hari-hari. Pasal tu ada orang tulis diari. Tapi sekarang, orang tak pakai dairi. Tapi sekarang, orang pakai diari sebab handphone boleh ingatkan kita. Macam-macam perancangan boleh dibuat melalui handphone.

Handphone bukan setakat handphone aje, macam-macam kegunaan dia. Jadi, rancang hari anda dengan betul supaya tak kelam-kabut.

Orang yang mudah kalam-kabut selalunya tak cemerlang. Dengar sekali lagi, orang yang mudah kalam-kabut selalunya tak cermelang dan terbarai masa. Relaks, jangan gopoh-gopoh. Gopoh-gopoh tu daripada tu daripada syaitan, bertenang-tenang tu daripada malaikat.

Ini ada tiga tip macam mana supaya tak kelam-kabut. Mula-mula pada awal pagi, amalkan mandi. Mulakan dari bawah ke atas dan bukan dari atas ke bawah. Basahkan kaki dulu. Kemudian, perlahan-lahan bawa air ke atas sampailah ke puncak kepala. Lepas tu barulah nak mandi macam mana pun, ikut sukalah. Nak buat stail gajah mandi ke, nak buat gaya kupu-kupu ke gaya lentang ke, gaya bebas ke, bahkan gaya koboi atau gaya kuak depan, lantak koranglah. Tapi ingat, mesti mulakan air dari kaki dulu dan kemudian bawa ke atas.

Amalkan mandi macam ni sepanjang masa dan tengok kesannya. Apa yang pasti ialah anda akan lebih tenang. Sebab dengan mencurahkan air ke kaki dulu, kebiasaannya sesorang itu akan berada arus alpha iaitu arus ketenangan dan kepintaran. Ingat ya, orang cemerlang selalunya tak gopoh.

“ORANG YANG MUDAH KELAM-KABUT SELALUNYA TAK CEMERLANG”

Tulisan : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Nota Kaki : Peringatan untuk diri sendiri ..



5 Aug 2012

Olimpik: Chong Wei Menang Set Pertama

Lee Chong Wei


PEMAIN perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menang set pertama pertemuan akhir Sukan Olimpik 2012 London.

Chong Wei menamatkan set pertama, yang menyaksikan pertemuan ulangan dengan Lin Dan dan yang ke-30 antara dua jaguh ini, 21-15.

Beliau beraksi pada Sukan Olimpik 2012 London sebagai pilihan pertama dan membawa harapan negara untuk membawa emas.

Pautan : www.sinarharian.com.my




4 Aug 2012

Sayang




Sayangi haiwan hati terhibur, 
sayangi kerja bahagia oleh pendapatan, 
sayangi harta selesa hidup, 
sayangi manusia akan
dapat segala-galanya.



2 Aug 2012

Adi-G Ayam Bakar Station Rai Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim & Ibu-Ibu Tunggal Taman Medan, KL






Peristiwa : 29 Julai 2012   |   Penyiar Rasmi : Suara FM


 

ANJURAN : Adi-G Ayam Bakar Station , Pj.

Anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana.
Sekiranya ada Sumbangan ikhlas dari pihak Tuan-tuan dan Puan-puan,
untuk majlis anak-anak Yatim Dan ibu-ibu tunggal,
boleh terus menghubungi : Adi G : 012 - 228 8873.

Aturcara :
- Majlis Berbuka Puasa.
- Berdodol sambil2 di hiburkan persembahan ARTIS.
- Bersahur bersama sama.

Bertempat :
Ayam Bakar Station,
Komplek C,Jalan Sultan
46200 Petaling Jaya,SELANGOR.

Untuk Maklumat lanjut terus menghubungi
Adi G di talian : 012 - 228 8873





1 Aug 2012

Gambar Sekitar Majlis Berbuka Puasa & Majlis Perpisahan Pelatih Pengurusan Pejabat 2012

Gambar Sekitar Majlis Berbuka Puasa
& Majlis Perpisahan
Sesi Januari 2012 hingga Julai 2012
@ Padang MPK Kuantan Pahang










 




































CF akan edit lagi ..



Berhenti Mengejarnya !