9 August 2012

Kenapa Orang Kelam- Kabut Tak Tentu Pasal?

KENAPA orang kalam- kabut tak tentu pasal? Kalau ada pasal boleh tahan. Tapi ini, tak ada pasal tapi kelam–kabut memanjang. Jawabnya, sebab hari yang anda tempuhi ni tak pun ada rancang semalam.  Tak percaya? Tengoklah esok. Akan kelam-kabut juga sebab perancangan hari ini anda tak buat.

Merancang ni  kita kena buat hari-hari. Pasal tu ada orang tulis diari. Tapi sekarang, orang tak pakai dairi. Tapi sekarang, orang pakai diari sebab handphone boleh ingatkan kita. Macam-macam perancangan boleh dibuat melalui handphone.

Handphone bukan setakat handphone aje, macam-macam kegunaan dia. Jadi, rancang hari anda dengan betul supaya tak kelam-kabut.

Orang yang mudah kalam-kabut selalunya tak cemerlang. Dengar sekali lagi, orang yang mudah kalam-kabut selalunya tak cermelang dan terbarai masa. Relaks, jangan gopoh-gopoh. Gopoh-gopoh tu daripada tu daripada syaitan, bertenang-tenang tu daripada malaikat.

Ini ada tiga tip macam mana supaya tak kelam-kabut. Mula-mula pada awal pagi, amalkan mandi. Mulakan dari bawah ke atas dan bukan dari atas ke bawah. Basahkan kaki dulu. Kemudian, perlahan-lahan bawa air ke atas sampailah ke puncak kepala. Lepas tu barulah nak mandi macam mana pun, ikut sukalah. Nak buat stail gajah mandi ke, nak buat gaya kupu-kupu ke gaya lentang ke, gaya bebas ke, bahkan gaya koboi atau gaya kuak depan, lantak koranglah. Tapi ingat, mesti mulakan air dari kaki dulu dan kemudian bawa ke atas.

Amalkan mandi macam ni sepanjang masa dan tengok kesannya. Apa yang pasti ialah anda akan lebih tenang. Sebab dengan mencurahkan air ke kaki dulu, kebiasaannya sesorang itu akan berada arus alpha iaitu arus ketenangan dan kepintaran. Ingat ya, orang cemerlang selalunya tak gopoh.

“ORANG YANG MUDAH KELAM-KABUT SELALUNYA TAK CEMERLANG”

Tulisan : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Nota Kaki : Peringatan untuk diri sendiri ..

1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Copyright © NurFarizan.Com